Yokohama F. Marinos
Yokohama F. Marinos (横浜F・マリノス , Yokohama Efu Marinosu) ialah sebuah pasukan bola sepak Jepun yang beraksi dalam Liga J. Divisyen 1. Mereka telah memenangi kejuaraan Liga J. tiga kali dan menduduki tempat kedua dua kali. Kelab ini berpangkalan di Yokohama dan diasaskan sebagai pasukan syarikat untuk Nissan Motors. Kelab ini ditubuhkan dengan penggabungan Yokohama Marinos dan Yokohama Flügels pada tahun 1999. Marinos bermaksud "pelaut" dalam Bahasa Sepanyol.
Nama penuh | Yokohama F·Marinos | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Marinos, Tricolore | ||
Diasaskan | 1972 | sebagai Nissan Motors F.C.||
Stadium | Stadium Nissan (Stadium Antarabangsa Yokohama) Kohoku-ku, Yokohama (Kapasiti: 72,327) | ||
Pemilik | Nissan Motor Company (80%) Kumpulan Bola Sepak City (20%) | ||
Pengerusi | Ryoji Kurosawa | ||
Pengurus | Ange Postecoglou | ||
Liga | Liga J. Divisyen 1 | ||
2023 | ke-2 | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
|
Sejarah
suntingPada tahun 1972, kelab ini bermula sebagai Nissan Motors F.C. berpangkalan di Yokohama dan dinaikkan ke Japan Soccer League Divisyen 2 pada tahun 1976. Kelab ini mememnangi kejuaraan pada tahun 1988 dan 1989. Pada tahun 1991, ia merupakan ahli pengasas Liga J. Pada tahun 1998, selepas kehilangan salah satu daripada penaja utama mereka, ia telah diumumkan bahawa Yokohama Flügels akan bergabung dengan Marinos. Sejak itu, perkataan F telah ditambah pada nama mewakili Flügels.
Sejak Naoki Matsuda meninggalkan pasukan ini, nombor 3 F.Marinos telah ditamatkan. Naoki Matsuda telah bermain 385 perlawanan untuk F.Marinos. Yokohama F. Marinos memenangi Piala Maharaja pada tahun 2014 buat kali pertama dalam tempoh dua puluh satu tahun. Pada 20 Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa Kumpulan Bola Sepak City, syarikat induk Manchester City F.C. telah melabur dalam saham minoriti Yokohama F. Marinos, mewujudkan kerjasama dengan kedua-dua kelab bola sepak dan pengeluar kereta Nissan.[1]
Stadium
suntingStadium tuan rumah kelab ini adalah Stadium Nissan juga dikenali sebagai Stadium Antarabangsa Yokohama dan Stadium Mitsuzawa. Walau bagaimanapun, skuad ini berlatih di Marinos Town yang terletak di Minato Mirai, Yokohama.
Pemain
suntingSkuad semasa
sunting- Sehingga 7 March 2024.[2]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Nota: Laman rasmi kelab menyenaraikan lakaran mascot sebagai dengan nombor pundak #0 dan penyokong sebagai #12.
Pencapaian
suntingNissan Motors FC
suntingDomestik
- Japan Soccer League Divisyen 1
- Juara (2): 1988–89, 1989–90
- Piala Maharaja
- Juara (5): 1983, 1985, 1988, 1989, 1991
- Piala JSL
- Juara (3): 1988, 1989, 1990
- Piala Shakaijin
- Juara (1): 1976
Asia
- Piala Pemenang Piala Asia
- Juara: (1) 1991–92
Yokohama Marinos / Yokohama F.Marinos
suntingDomestik
- J. League Divisyen 1:
- Juara (5): 1995, 2003, 2004, 2019, 2022
- J.League 1° stage
- Juara (4): 1995, 2000, 2003, 2004
- J.League 2° stage
- Juara (1): 2003
- Piala Maharaja:
- Juara (2): 1992, 2013
- Piala Liga J.:
- Juara (1): 2001
Asia
- Piala Pemenang Piala Asia
- Juara: (1) 1992–93
Rujukan
sunting- ^ "Manchester City reveals plan to invest in Yokohama F. Marinos". The Japan Times. AFP-JiJI. May 20, 2014. Dicapai pada 15 December 2014.
- ^ "選手・スタッフ". 横浜F・マリノス 公式サイト (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2022. Dicapai pada 3 February 2022.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Yokohama F. Marinos |
- Tapak web rasmi (Jepun)
- Yokohama F. Marinos di J. League (Inggeris)