Yang di-Pertuan Agong

ketua utama negara dan raja berperlembagaan elektif Malaysia
(Dilencongkan daripada Yang Dipertuan Agong)


Yang di-Pertuan Agong (YDPA, Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ) atau lebih penuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia, di mana negara ini yang mengamalkan pemerintahan beraja dilantik yang menonjol daripada beberapa bentuk monarki lain di dunia. Konsep raja yang dipilih dipercayai berakar dari kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7; ketika itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Srivijaya.

Yang di-Pertuan Agong
Malaysia
يڠ دڤرتوان اݢوڠ
Jata Rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Bendera Rasmi Peribadi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Penyandang
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
sejak 31 Januari 2024
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
SingkatanYDPA Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanIstana Negara
Dilantik olehMajlis Raja-Raja
Tempoh jawatan5 tahun
Penjawat sulungTuanku Abdul Rahman
Dibentuk31 Ogos 1957; 67 tahun yang lalu (1957-08-31)
Nama tidak rasmiRaja Malaysia
Timbalan/naibSultan Nazrin Muizzuddin Shah
GajiRM1,054,560.00 setahun
Akta Peruntukan DiRaja 1982 [Akta 269] [1]
Tapak webwww.istananegara.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa pelaksana, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. [2]

Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat bersama Baginda dan seseorang itu tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen. [3] Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya. [4]

Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024 [5] berikutan Al-Sultan Abdullah dari Pahang Tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kekal sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Gelaran

sunting

Gelar panggilan penuh baginda dalam bahasa Melayu adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان أݢوڠ).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bermaksud "Di bawah debu Yang Mahakuasa" merujuk kepada bagaimana kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah debu berbanding dengan kuasa Allah dan pemerintah selalu tunduk kepada Tuhan.[perlu rujukan]

Seri Paduka Baginda membawa gabungan perkataan "Seri", "Paduka" yang bermaksud alas kaki atau kasut[6] dan istilah "Baginda" yang merupakan kata ganti nama diri ketiga dalam bahasa Melayu untuk golongan raja dan para Nabi. Peristilahan ini membawa kerendahan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dibandingkan kepada Nabi.

Yang di-Pertuan Agong adalah istilah lama untuk ketua iaitu "Yang di-Pertuan" atau secara harfiah bermaksud "yang bertanggungjawab" atau "yang dinaikkan kedudukannya." "Agong" atau dalam bahasa piawai, Agung, bermaksud tertinggi dan gelaran ini tidak berubah termasuk ejaannya kerana ia termaktub dan tersimpan di dalam Perlembagaan.

Dalam pasport Malaysia sebelum 2010, gelaran "The Supreme Head of Malaysia" telah digunakan dalam nota pasport versi bahasa Inggeris. Sejak penerbitan pasport e-compliant ICAO pada tahun 2010, gelaran itu tidak diterjemahkan dan "Yang di-Pertuan Agong of Malaysia" digunakan.

Sejarah

sunting

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu

Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Jika menurut tempoh lama memerintah, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama.

Raja-raja yang hadir ketika Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama adalah:

  1. Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah (Sultan Pahang; 1932–1974)
  2. Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933–1960)
  3. Sultan Hisamuddin Alam Shah (Sultan Selangor; 1938–1942, 1945–1960)
  4. Sultan Badlishah (Sultan Kedah; 1943–1958)
  5. Sultan Ibrahim (Al-Sultan Kelantan; 1944–1960)
  6. Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis; 1945–2000)
  7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Al-Sultan Terengganu; 1945–1979)
  8. Sultan Yussuff Izzuddin Shah (Sultan Perak; 1948–1963)
  9. Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan Johor 1959–1981)
  10. Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (Sultan Brunei; 1950–1967)

Pemilihan

sunting

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu. Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut. Yang di-Pertuan Agong yang baharu mesti dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.[7]

Giliran Negeri

sunting

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah yang tidak beraja adalah tidak berpeluang walaupun boleh diwakili dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja tahunan.

Penggiliran asal adalah seperti berikut, yang mengikut kekananan tempoh pemerintahan Raja-Raja Negeri ketika dipilih, tetapi atas urusan-urusan tertentu di dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu seperti penolakan dan sebagainya, sistem penggiliran berlaku rombakan dan diputuskan ke dalam sistem penggiliran pertama yang sembilan.

 
Istana Negara, Jalan Duta kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia
  1.   Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  2.   Sultan Selangor
  3.   Raja Perlis
  4.   Sultan Terengganu
  5.   Sultan Kedah
  6.   Sultan Kelantan
  7.   Sultan Pahang
  8.   Sultan Johor
  9.   Sultan Perak

Kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan dipilih, tetapi peraturan itu tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-9 pada 1994.

Selepas itu senarai yang penggiliran baharu disusun semula dan tidak lagi mengikut kekananan tempoh pemerintahan Raja-Raja Negeri. Senarai yang digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini (1957-1994) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Susunan tersebut ialah:

  1.   Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  2.   Sultan Selangor
  3.   Raja Perlis
  4.   Sultan Terengganu
  5.   Sultan Kedah
  6.   Sultan Kelantan
  7.   Sultan Pahang
  8.   Sultan Johor
  9.   Sultan Perak

Dengan penolakan Brunei masuknya ke Malaysia pada tahun 1963, hanya peraturan 9 negeri diraja Semenanjung Malaysia telah dibuat layak untuk dipilih untuk tahta. Sekiranya ia diterima sebagai kerajaan diraja, Sultan Brunei akan diberikan hak untuk bertanding sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Persidangan.

Walau bagamanapun, penggiliran ini masih tertakluk kepada perkenan dan undi rahsia ketika Mesyuarat Pemilihan Majlis Raja-Raja.

Bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16, terdapat sedikit analisis penggiliran seterusnya berikutan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengalami masalah kesihatan, jika Baginda menolak, maka Sultan Johor, Sultan Ibrahim akan mengambil alih takhta tersebut dan sekiranya Baginda juga menolak, baharulah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan ditabalkan menjadi SPB Yang di-Pertuan Agong ke-16.[8]

Faktor pemilihan

sunting
 
Tengkolok Diraja yang menjadi salah satu alat kebesaran bagi Yang di-Pertuan Agong

Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa seseorang Raja adalah layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali tiga sebab berikut;[9]

  1. Raja itu belum dewasa;
  2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih; atau
  3. Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja.

Walau bagaimanapun, pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem kekananan dan penggiliran yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Syarat yang akan diambil kira ialah:

  1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
  2. Baginda berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong;
  3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental;
  4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
  5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
  6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.


Majlis Raja-Raja pertama selepas pembentukan Malaysia terdiri daripada :

Persidangan Raja-raja Pertama
Tajuk Raja-raja Negeri
  Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
  Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah
  Raja Perlis Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
  Sultan Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah
  Sultan Kedah Sultan Badlishah
  Sultan Kelantan Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV
  Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
  Sultan Johor Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
  Sultan Perak Sultan Yussuff Izzuddin Shah

Proses pemilihan

sunting

Apabila terdapat kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja maklum perlunya pemilihan yang baharu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon perkenan sama ada Baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, Raja-raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada masa itu.

Di bawah kategori kelayakan seorang Raja atau Sultan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, hanya Raja-Raja yang boleh dipilih selepas baginda memberi perkenan untuk dipilih. Pada masa yang sama, hanya Raja-Raja yang boleh mengundi dan jika seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai proksi. Yang di-Pertua Negeri mahupun pemangku Raja tidak boleh ikut hadir. Dalam Mesyuarat Pemilihan itu, hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan membekalkan sekeping kertas undi kepada setiap Raja. Setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang pada giliran tersebut (satu nama sahaja) sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pemilihan dibuat secara undi sulit dan kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Baginda.[10]

Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong lazimnya akan dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun. Sebaik sahaja keputusan undian diumumkan semua kertas undi akan dimusnahkan di hadapan Raja-Raja.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan menghantar surat mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.[7]

Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan fungsi rasmi selepas menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-raja dan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai saksi-saksi.[7]

Kebaikan sistem

sunting

Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan (monarki) tetapi di dalamnya tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi iaitu pemilihan secara moden.

Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.

Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem pelantikan rajanya tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sepuluh orang Raja yang memerintah Negeri-negeri Melayu.

Peranan

sunting

Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian IV Bab 1:

32.

  1. Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
  2. Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
  3. Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.
  4. Peruntukan Bahagian I dan Ill Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.[11] Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[12].

 
Istana Negara, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[13]:

  1. Melantik seorang Perdana Menteri
  2. Menangguhkan pembubaran parlimen
  3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kerajaan persekutuan dalam pentadbiran raja. Walau bagaimanapun, dengan beberapa pengecualian, baginda terikat untuk menggunakan kuasa ini atas nasihat Kabinet atau seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet. Oleh itu, secara amalinya, kebanyakan kerja harian pentadbiran yang sebenarnya dilakukan oleh Kabinet.

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong khususnya untuk melantik Perdana Menteri, membubarkan Parlimen, dan memanggil mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja "bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, penghormatan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu." Di bawah Sistem Westminster, Yang di-Pertuan Agong dijangka melantik Perdana Menteri yang mempunyai keyakinan majoriti Dewan Rakyat Parlimen yang dipilih. Sekiranya Perdana Menteri tidak boleh diterima ramai, dia boleh dipaksa turun oleh undi tidak percaya, yang memerlukan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri, atau menolak untuk membubarkan Parlimen dan melantik orang lain sebagai Perdana Menteri. Secara konvensional, Perdana Menteri adalah ketua parti dengan majoriti di Parlimen. Ini menjadikan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik baginda adalah daripada Barisan Nasional (dahulunya dikenali sebagai Perikatan) dari kemerdekaan pada tahun 1957 hinggalah 2018, ketika Pakatan Harapan mengambil alih.

Yang di-Pertuan Agong akan memperbaharui lantikan seorang Perdana Menteri setiap kali selepas pilihan raya sehinggalah menteri itu memutuskan untuk meletak jawatan atau kehilangan majoriti dalam pilihan raya. Setiap kali Perdana Menteri memilih untuk membubarkan Parlimen, beliau haruslah mengadakan satu pilihan raya umum. Yang di-Pertuan Agong boleh memilih untuk menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen memandangkan ini adalah salah satu kuasa budi bicaranya.

Istana

sunting

Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong ialah Istana Negara yang terletak di Jalan Duta di ibu kota Kuala Lumpur. Ia telah siap dibina pada tahun 2011. Istana Negara lama pula telah diubah menjadi muzium diraja. Kediaman lain termasuk istana singgah, Istana Melawati di pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya. Ia juga merupakan tempat mesyuarat Majlis Raja-raja (Melayu: Majlis Raja-raja), yang juga untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan

sunting
 
Pekarangan Istana Negara di Jalan Istana, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 1957 hingga 2011. Sejak tahun 2011, Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta akan bersemayam di Istana Negara di Jalan Duta yang lebih besar.

Yang di-Pertuan Agong melantik banyak pemegang jawatan tinggi Persekutuan di bawah terma Perlembagaan dan pelbagai Akta yang diluluskan oleh Parlimen. Perlembagaan menubuhkan prosedur bagi pelantikan sedemikian.

Majlis Menteri-menteri (Kabinet)

sunting
  • Perdana Menteri sebagai Pengerusi Kabinet, mengikut budi bicara baginda daripada kalangan anggota yang dipilih Dewan Rakyat dan memiliki sokongan majoriti Dewan - biasanya pemimpin parti atau gabungan.
  • Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.
  • Ketua Setiausaha Negara sebagai Setiausaha Kabinet, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

Suruhanjaya dan jawatankuasa

sunting
  • Suruhanjaya Pilihan Raya, atas nasihat Majlis Raja-Raja.
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengikut budi bicaranya, selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Senator

sunting

Yang di-Pertuan Agong melantik 44 orang ahli Dewan Negara.

Yang di-Pertua Negeri

sunting

Yang di-Pertuan Agong melantik Yang di-Pertua Negeri bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, mengikut budi bicaranya, setelah mempertimbangkan nasihat Ketua Menteri negeri.

Yang di-Pertuan Agong juga melantik Datuk Bandar dan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur, yang merupakan Wilayah Persekutuan.

Ketua Agama Islam

sunting

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Islam di empat buah negeri yang diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik, di tiga buah Wilayah Persekutuan, serta di negeri sendiri. Dalam peranan ini, baginda dinasihatkan oleh Majlis Hal Ehwal Islam Negara di setiap Negeri.

Yang di-Pertuan Agong melantik pengerusi dan ahli-ahli setiap majlis. Baginda juga melantik Mufti Negeri di setiap negeri tersebut. Terdapat satu Majlis Hal Ehwal Islam yang mempunyai bidang kuasa untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Majlis ini juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

sunting

Selaras dengan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Oleh itu, baginda adalah pegawai tertinggi dalam rantaian ketenteraan.

Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong melantik Panglima Angkatan Tentera, atas nasihat Majlis Angkatan Tentera. Baginda juga meadalahlantik ketua-ketua perkhidmatan bagi ketiga-tiga cabang tentera.

Pesuruhjaya Yang Dipertua Polis Negara Malaysia

sunting

Selaras dengan akta pindaan 2024 dalam parlimen yang telkah diluluskan pada 2024, Yang di-Pertuan Agong adalah Pesuruhjaya Yang Dipertua Polis Negara Malaysia. Oleh itu, baginda adalah pegawai tertinggi dalam rantaian kepolisan.

Hari Keputeraan Baginda

sunting

Di dalam Akta Hari Kelepasan 1951, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada Hari Kelepasan Persekutuan. Lazimnya, Hari Keputeraan ini disambut pada Sabtu pertama bulan Jun setiap tahun sebagai hari sambutan rasmi. Selepas pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2017, tarikh ulang tahun rasmi telah dipinda dua kali, pertamanya dipinda kepada Sabtu terakhir bulan Julai,[14] dan kemudian pada Sabtu kedua selepas Hari Merdeka.[15] Pindaan ini akan berkuat kuasa di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V hingga 2019. Di bawah pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong sekali lagi telah dipinda pada 2020 ke hari Isnin pertama, Jun setiap tahun sehingga tamat tempoh pemerintahan Baginda,[1]

Tamat kuasa

sunting

Yang di-Pertuan Agong akan tamat kuasanya apabila tempoh pemerintahan baginda tamat, baginda mangkat, meletak jawatan atau dilucutkan jawatan sama ada peringkat Persekutuan atau negeri baginda.

Baginda juga hendaklah berhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong apabila baginda dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas. Walau bagaimanapun, tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Ketidakbolehan

sunting

Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara ini menjelaskan had-had bagi Yang di-Pertuan Agong (dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh menggantikan baginda) apabila bertakhta di peringkat persekutuan:

  1. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
  2. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai saraan. (Turut terpakai bagi Raja Permaisuri Agong)
  3. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial. (Turut terpakai bagi Raja Permaisuri Agong)
  4. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen (gaji) yang dibayar kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri.
  5. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan rasmi ke suatu negara lain.

Fasal 1 juga menetapkan bahawa tiada apa-apa yang boleh menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan kuasanya sebagai Raja Negeri bagi meminda Perlembagaan Negeri itu; atau bagi melantik seorang Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja sebagai ganti mana-mana Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja yang telah mati atau yang tidak berupaya.[16]

Senarai Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

sunting
 
Panji peribadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Senarai Yang Dipertuan Agong Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga diistilahkan sebagai Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan ialah seorang raja yang menjalankan fungsi dan mempunyai keistimewaan Yang di-Pertuan Agong selama kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong dan selama tempoh semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi jawatannya kerana sakit, tidak ada di dalam Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain (ibarat pemangku bagi negara lain). Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi itu semasa Yang di-Pertuan Agong tidak berdaya atau tidak ada di dalam Persekutuan dalam tempoh kurang lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu atau sesuai untuk menjalankan fungsi itu.[16]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa adalah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dari Perak sejak 31 Januari 2019.[16]

Pemilihan

sunting

Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, atau jika dipilih dalam tempoh pertengahan pemerintahan seseorang Yang di-Pertuan Agong, maka tempohnya adalah baki penggal tersebut. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, iaitu Raja yang pertama sekali berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak diipilih.[16]

Baginda juga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

Perkara 33 Perlembagaan Malaysia juga menyatakan jika dalam tempoh perkhidmatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong itu berlakunya kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka tempoh jawatannya hendaklah tamat apabila kekosongan itu diisi. Tambahan pula, Majlis Raja-Raja tidak boleh memilih seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa jawatan Yang di-Pertuan Agong masih kosong.

Sekiranya ketiadaan Yang di-Pertuan Agong di dalam negara dan, pada masa yang sama, jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau berlakunya ketidakupayaan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sama ada gering atau mangkat, Parlimen boleh melalui undang-undang khas yang harus diluluskan Majlis Raja-Raja membuat peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh salah seorang Raja.[16]

Senarai Yang di-Pertuan Agong

sunting

Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

sunting

Raja-raja berikut telah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong: [17]

No. Nama Negeri Memegang Jawatan Keputeraan Kemangkatan
1 Sultan Hisamuddin Alam Shah*   Selangor 31 Ogos 1957 – 1 April 1960 (1898-05-13)13 Mei 1898 1 September 1960(1960-09-01) (umur 62)
2 Tuanku Syed Putra Jamalullail*   Perlis 14 April 1960 – 1 September 1960 (1920-11-25)25 November 1920 16 April 2000(2000-04-16) (umur 79)
3 Sultan Ismail Nasiruddin Shah*   Terengganu 21 September 1960 – 20 September 1965 (1907-01-24)24 Januari 1907 20 September 1979(1979-09-20) (umur 72)
4 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah*   Kedah 21 September 1965  – 20 September 1970 (1927-11-28)28 November 1927 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
5 Sultan Yahya Petra*   Kelantan 21 September 1970 – 20 September 1975 (1917-12-10)10 Disember 1917 29 Mac 1979(1979-03-29) (umur 61)
6 Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah*   Pahang 21 September 1975 – 29 Mac 1979 (1930-10-24)24 Oktober 1930 22 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
7 Tuanku Ja’afar Pemerintahan 1   Negeri Sembilan 26 April 1979 – 25 April 1984 (1922-07-19)19 Julai 1922 27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
8 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah*   Perak 26 April 1984 – 25 April 1989 (1928-04-19)19 April 1928 28 Mei 2014(2014-05-28) (umur 86)
9 Tuanku Ja’afar* Pemerintahan 2   Negeri Sembilan 26 April 1989 – 25 April 1994 (1922-07-19)19 Julai 1922 27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
10 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah*   Selangor 26 April 1994 – 25 April 1999 (1926-03-08)8 Mac 1926 21 November 2001(2001-11-21) (umur 75)
11 Sultan Mizan Zainal Abidin Pemerintahan 1   Terengganu 26 April 1999 – 12 Disember 2001 (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 62)
12 Sultan Mizan Zainal Abidin* Pemerintahan 2   Terengganu 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 62)
13 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah*   Kedah 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 (1927-11-28)28 November 1927 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
14 Sultan Muhammad V*   Kelantan 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 (1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 55)
15 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemerintahan 1   Perak 13 Disember 2016 – 31 Januari 2019 (1956-11-27) 27 November 1956 (umur 67)
16 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemerintahan 2   Perak 31 Januari 2019 – 31 Januari 2024 (1956-11-27) 27 November 1956 (umur 67)
17 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemerintahan 3   Perak 31 Januari 2024 - kini (1956-11-27) 27 November 1956 (umur 67)

* Menandakan mereka menjadi Yang di-Pertuan Agong baru sebaik selepas tamat tempoh mereka sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Lihat juga

sunting

Nota dan rujukan

sunting
  1. ^ "Act 269 - Civil List Act 1982" (PDF). Attoney-General Chamber. AGC Malaysia. Dicapai pada 23 January 2019.
  2. ^ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 2010-06-10.
  3. ^ "Powers of the king". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2013-12-19.
  4. ^ "Constitutional Crisis, Crisis of 1983". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-16. Dicapai pada 2013-12-19.
  5. ^ "Sultan Johor dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17". Harian Metro. Dicapai pada 27 Oktober 2023. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "DBP Online: Istilah "Paduka"". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada 7 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ a b c Mat, Ismail (6 Januari 2019). "Undi rahsia Raja-Raja penentu Agong, Timbalan yang baharu". BH Online. Dicapai pada 8 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/01/08/analysts-dismiss-talk-of-mahathir-palace-tension-if-johor-ruler-is-agong/ Dicapai pada 8 Januari 2019
  9. ^ "Tiga sebab mengapa seseorang Raja tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong". Astro Awani. 7 Januari 2019. Dicapai pada 7 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ "Lapan fakta mengenai pengundian Yang di-Pertuan Agong". Astro Awani. 7 Januari 2019. Dicapai pada 7 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  11. ^ Yang Di-Pertuan Agong - MyGovernment (Portal Rasmi Kerajaan Malaysia)
  12. ^ "Parlimen Malaysia". Parlimen Malaysia.
  13. ^ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 2010-06-10.
  14. ^ "King's official birthday moved to last Saturday of July". The Star (Malaysia). 26 April 2017. Dicapai pada 9 June 2018.
  15. ^ "PMO: Agong's official birthday moved from July 29 to Sept 9". The Star (Malaysia). 13 July 2017. Dicapai pada 9 June 2018.
  16. ^ a b c d e "Perlembagaan Persekutuan Malaysia" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-11-20. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  17. ^ Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Pautan luar

sunting