Orang Yahudi menurut al-Quran, hadis, Taurat dan Injil

Yahudi menurut al-Quran, hadis, Taurat dan Injil merupakan buku berbentuk keagamaan yang ditulis oleh Wan Mohamad Ridzuan Wan Mokhtar yang telah diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd.. Buku ini menjelaskan segala tuduhan dan dakwaan golongan Yahudi yang menjadikan dalil daripada al-Quran, hadis, Taurat dan Injil sebagai hujah menolak kebatilan fakta yang mereka adakan.

Yahudi menurut al-Quran, hadis, Taurat dan Injil
Muka hadapan “I Hate Fridays Collection”
Muka hadapan “Yahudi menurut al-Quran, hadis, Taurat dan Injil”
Umum
PengarangWan Mohamad Ridzuan Wan Mokhtar
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitKarya Bestari Sdn. Bhd
Tarikh penerbitan
2006
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 967-86-0272-5 Invalid ISBN

Penulis

sunting

Wan Mohamad Ridzuan bin Wan Mokhtar (lahir pada 18 Februari 1973) merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Beliau dilahirkan di Pokok Sena, Kedah ini pernah menuntut di Sekolah Kebangsaan Telaga Mas sebelum menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Agama Raudhatul Ulum, Langgar, Kedah. Kemudian, Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan menjadi tempat pengajiannya yang seterusnya selama setahun sebelum ditawarkan belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1995. Beliau telah mengikut Kuliah Usuluddin dalam pengkhususan bidang Akidah dan Falsafah. Sewaktu buku ini dilancarkan, beliau sedang mengikuti Program Master, tahun ketiga di American Open University, Kaherah, Mesir.

Kandungan

sunting

Buku ini dibahagikan kepada empat bab dan setiap bab mengandungi beberapa pecahan bahagian.

Bab 1 adalah Yahudi menurut kajian sejarah. Pembaca akan dibawa menyusuri sebanyak tiga bahagian kecil untuk mengetaui makna kalimah Ibrani, Yahudi, dan Israel (bahagian 1); mengetahu mazhab atau pecahan golongan bani Israel yang terbahagi kepada enam golongan (bahagian 2) sebelum mengetahui berkenaan kitab suci bagi golongan Yahudi termasuklah Taurat dan Talmud.

Bab 2 pula menyingkap Yahudi menurut perspektif al-Quran. Penulis menyelongkar beberapa ayat al-Quran yang menunjukkan sifat-sifat jelik golongan Yahudi seperti penakut; keras hati dan penjenayah; kafir dan membunuh para Nabi; penipu dan kegoyahan akidah; penipu dan perosak; menyembah berhala; melanggar perjanjian; bongkak dan sombong; jahat dan buruk budi pekerti; mengamalkan riba; dan ditimpa kehinaan serta merempat.

Kali ini penulis menyingkap pula Yahudi menurut perspektif as-Sunnah atau hadis. Ia lebih kepada menunjukkan tindakan Yahudi terhadap Nabi Muhammad seperti cubaan membunuh baginda, dakwah Rasulullah terhadap golongan Yahudi dan banyak lagi.

Bab 4 yang juga bab terakhir menyelongkar Yahudi menurut perspektif kitab Mukaddas. Kali ini penulis menggunakan pendekatan menyelongkar sifat-sifat buruk golongan Yahudi dengan menyediakan potongan ayat dari kitab-kitab selain al-Quran.