Yahudi Malabar (Malabar Yehudan) dan Yuda Mappila, juga digelar Yahudi Cochin, ialah kumpulan Yahudi India tertua. Asal-usul mereka dikatakan berbalik ke zaman Raja Sulaiman walaupun dari segi pembuktian sejarah pemindahan ke India bermula dengan kejatuhan Baitulmaqdis pada tahun 70 M. Mereka tinggal di dalam negeri Kerajaan Cochin di selatan India,[2] sekarang sebahagian daripada negeri Kerala. Beberapa gelombang pemindahan ke dalam kerala membawa kepada kemajmukan etnik, namun bukan kepelbagaian bahasa: masyarakat dibahagikan kepada Yahudi Putih (Yahudi Paradesi) dan Yahudi Hitam (Malabari), tetapi kedua-duanya bertutur dalam bahasa Bahasa Judeo-Malayalam, satu dialek Bahasa Malayalam.[3] Kebanyakan besar Yahudi Cochin berpindah ke Israel selepas penubuhannya dan bilangan yang masih tinggal di Cochin amat kecil dan hampir pupus.[4]

Yahudi Cochin/Malabar
Kawasan ramai penduduk
 Israel 8,000 (anggaran)

Kerala 51 (termasuk Kochi, India (17 dalam tahun 2006[1]), Ernakulam, North Paravur, Aluva)

 India
Bahasa
Judeo-Malayalam, kini Bahasa Ibrani
Agama
Judaisme
Kumpulan etnik berkaitan
Yahudi Paradesi
Knanaya
Yahudi Sephardi di India
Bene Israel
Yahudi Baghdad

Yahudi pertama tiba di India Selatan

sunting
Pahatan pada Sasanam memberi hak kepada Joseph Rabban

Para pedagang dari zaman Raja Sulaiman kerap belayar ke pesisir pantai India Selatan, dan berniaga gading, mawas dan perak.[5] Didakwa juga bahawa beberapa orang Yahudi dalam buangan pergi ke India selepas pemusnahan Kuil Pertama sewaktu pengpungan Baitulmaqdis pada tahun 587 SM.[6] Namun gelombang besar pertama yang datang ke India berlaku selepas kemusnahan Kuil Kedua pada tahun 70 M. Pendatang ini tiba di Cranganore, sebuah pelabuhan purba berdekatan dengan Cochin.[7] Cranganore, (kini 'Kodungallur', merupakan bandar bertaraf legenda bagi masyarakat ini. Edna Fernandes, seorang penulis sejarah, memanggilnya "pengganti Baitulmaqdis di India"[8] sementara Katz dan Goldberg mencatatkan "pertambatan simbolik" di antara kedua-dua bandar tersebut.[9]

Santa Thomas, seorang daripada hawariun (pengikut) Jesus, dikatakan telah melawat India dan masyarakat Yahudi yang memeluk agama Kristian yang pada masa itu diresap ke dalam masyarakat Kristian Syria Malabar.[10]

Faktor utama dalam sejarah Yahudi Cochin ialah perhubungan rapat mereka dengan raja-raja India. Kerapatan ini kemudiannya dijadikan kod undang-undang pada satu set cakera tembaga yang memberikan masyarakat ini hak istimewa. Tarikh pembuatan cakera-cakera ini, digelar Sâsanam,[11] masih dipertikai, dengan tradisi tempatan berkata ia dibuat pada tahun 379 M, walaupun bukti paleografi mencadangkan pertengahan abad kelapan Masihi. Walau apapun, ketua Yahudi, Joseph Rabban dikurniakan pangkat putera ke atas Yahudi Cochin, diberi hak memerintah dan dibenarkan mengutip cukai di sebuah wilayah kecil yang dikenali sebagai Anjuvannam, berdekatan Cranganore, dan juga hak kepada tujuh puluh dua "rumah bebas".[12] Raja Hindu memberi kebenaran kekal, (atau, dalam bahasa berbunga, "selagi adanya dunia dan bulan") bagi Yahudi hidup bebas, membina saumaah (synagogue) dan memiliki harta "tanpa apa-apa syarat".[13][14]

Batu nisan tertua Yahudi Cochin ditulis dalam Bahasa Ibrani bertarikh 1269 M.[15]

Pada tahun 1341 M, Cranganore dilanda banjir besar dan perdagangan berpindah ke Cochin (Kochi). Ramai orang Yahudi berpindah dan saumaah pertama dibina dalam tempoh empat tahun.[16] Empayar Portugal menubuhkan pos perdaganan dalam tahun 1500 sehingga 1663 dan mereka tidak berlaku baik terhadap Yahudi.

Ketibaan Yahudi Paradesi

sunting
Yahudi Hitam Cochin dengan Payot

Yahudi Paradesi, yang juga dikenali sebagai 'Yahudi Putih', mula tiba dan menduduki wilayah ini dalam rangka masa sama. Pada abad ke-16 M, Yahudi Sephardi yang makmur buat berkurun lamanya di bawah pemerintahan Islam, mengalami penindasan agama bersama-sama Moor Muslim dibawah Pasitan yang berlaku di semenanjung Iberia. Kedua-dua kaum diusir dari Iberia di bawah pemerintahan raja Katolik. Sebahagian orang yahudi berpindah ke utara ke Holland dan England, tetapi golongan besar melarikan diri ke Empayar Uthmaniyyah dan daerah-daerah yang lebih jauh, dan ada di kalangan mereka yang mengikuti perjalanan pedagang rempah Arab ke Hind. Mereka membawa bersama Bahasa Ladino serta budaya Sephardi mereka; mereka mendapati Yahudi Hitam Malabari berbeza daripada mereka, dan mengikut laporan, ketegangan antara kedua kelompok itu muncul pada awal lagi.[17] Yahudi Eropah memiliki pertalian berdagangan dengan negara asal mereka serta penguasaan bahasa asing yang baik dan ini membantu mereka dari segi politik dan kewangan.

Pada tahun 1524 M, orang Muslim, dengan disokong pemerintah Calicut (kini Kozhikode, menyerang Yahudi kaya Cranganore dengan alasan mereka menguasai perdagangan lada hitam. Orang Yahudi melarikan diri ke negeri Cochin di selatan dan mendapat suaka daripada raja Hindu, Bhaskara Ravi Varman II (979–1021 M). [18]

Tidak lama kemudian, Portugal menakluk Cochin. Mereka menindas Yahudi sehinggalah kedatangan Belanda pada tahun 1660. Pemerintah Kristian Protestan lebih bersikap toleransi terhadap Yahudi daripada Katolik sebelumnya.

Tahun 1660 hingga kini

sunting
Cochin White Jew Town

Yahudi Malabar (Yahudi Hitam) memiliki tujuh tempat keagamaan; Yahdu Paradesi (Yahudi Putih) hanya memiliki satu.

Buat berkurun-kurun lamanya, Yahudi Cochin diceraikan oleh warna kulit. Kudua-dua pihak menuntut hak istimewa dan darjat yang lebih tinggi daripada yang lagi satu. Kedua-dua masyarakat mengamalkan endogami (perkahwinan dengan saudara rapat). Yahudi Paradesi tidak memberi Malabari hak lawatan yang sama kepada synagogue (yang tertua di Cochin) mereka dan Yahudi Malabar bersembahyang di saumaah mereka.

Kelompok kecil orang bekas hamba (meshuchrarim) kepunyaan Yahudi Putih (bekas hamba abdi) ditindas oleh Yahudi Putih lain dan diberi taraf kedua dalam masyarakat Yahudi dan juga synagogue. Golongan ini kemudiannya muncul sebagai kelompok ketiga bangsa Yahudi Cochin. Dalam abad ke-20 timbul seorang 'Gandhi' Yahudi.[19]

Pembahagian masyarakat Yahudi kepada tahap-tahap sosial tidak membolehkan perkahwinan meshuchrarim dengan Yahudi Putih lain dan memaksa mereka duduk di belakang synangogue, sama dengan keadaan orang India berkasta rendah yang memeluk agama Kristian. Seorang peguam Zionis berketurunan hamba yang dibebaskan, Abraham Barak Salem, menghabiskan usianya bagi menentang penindasan meshuchrarim di kalangan Yahudi Cochin.[20] Usaha-usaha Salem berjaya dan dalam pertengahan tahun1930-an, kebanyakan pantang larang lampau dilupakan.[21]

Kini sebilangan besar Yahudi Cochin sudah berpindah ke Israel.Walau demikian, penurunan bilangan Yahudi Cochin juga boleh disandarkan kepada penganutan agama lain.[10] Namun, ia lebih berkemungkinan disebabkan perbalahan dalaman antara Yahudi Putih dan Yahudi Hitam. [22] Di Cochin, Synagogue Paradesi masih berfungsi sebagai tempat majlis keagamaan, dan juga sebagai tarikan pelancong.[23]

  1. ^ "Out Of India". Masaisrael.org. 2006-11-22. Dicapai pada 2012-05-01.
  2. ^ Katz 2000; Koder 1973; Menachery 1998; Thomas Puthiakunnel 1973; Weil 1982; Menachery 1998.
  3. ^ Katz 2000; Koder 1973; Thomas Puthiakunnel 1973.
  4. ^ The Last Jews of Kerala, Edna Fernandes, Portobello Books 2008
  5. ^ (1 Kings 10:22), The Jews of Kerala, P. M. Jussay, cited in The Last Jews of Kerala, p. 98
  6. ^ The Last Jews of Kerala, p. 98
  7. ^ Katz 2000; Koder 1973; Thomas Puthiakunnel 1973; David de Beth Hillel, 1832; Lord, James Henry 1977.
  8. ^ The Last Jews of Kerala, p. 102
  9. ^ cited in The Last Jews of Kerala, p. 47
  10. ^ a b Weil S. 1982; Jussay P.M. 1986; Menachery 1973; Menachery 1998.
  11. ^ Burnell, Indian Antiquary, iii. 333–334
  12. ^ taken from WP article on Rabban, which appears to rely on Ken Blady's book Jewish Communities in Exotic Places. Northvale, N.J.: Jason Aronson Inc., 2000. pp. 115–130.
  13. ^ Three years in America, 1859–1862 (p. 59, p. 60) by Israel Joseph Benjamin
  14. ^ Roots of Dalit history, Christianity, theology, and spirituality (p. 28) by James Massey, I.S.P.C.K.
  15. ^ The Last Jews of Kerala, pp. 81–82
  16. ^ The Last Jews of Kerala p. 111
  17. ^ Cited on p 51 in The Last Jews of Kerala
  18. ^ Who are the Jews of India?(p.34,p.35)By Nathan Katz
  19. ^ A Kochi dream died in Mumbai Indian Express – December 13, 2008
  20. ^ PANEL 39: Nationalisms and their Impact in South Asia – European Association of South Asian Studies
  21. ^ Cited on p164 of The Last Jews of Kerala
  22. ^ The Last Jews of Kerala, throughout
  23. ^ Abram, David. The Rough Guide to Kerala (dalam bahasa English) (ed. 2nd). London, United Kingdom: Penguin Books. m/s. 181. ISBN 978-1-84836-541-4.CS1 maint: unrecognized language (link)