Xiezhi (Cina : 獬豸) atau haetae (Korea: 해태, sering dieja haitai atau haechi) ialah makhluk legenda dalam mitologi Asia Timur (mitologi Cina, Jepun, dan Korea).

Xiezhi di Kota Larangan di Beijing, China
Tugu Haechi terletak di hadapan Gerbang Gwanghwamun di Istana Gyeongbok semasa Dinasti Joseon.

Menurut legenda, menteri Maharaja Shun, Gao Yao memiliki makhluk mitos menyerupai kambing yang disebut zhi (廌) yang digunakannya dalam proses jenayah setiap kali dia merasa ragu. Haiwan itu secara nalurinya dapat membezakan orang yang tidak bersalah daripada yang bersalah; ia menyondol orang yang bersalah dengan tanduk tunggal. [1]

Xiezhi ada disebut dalam kesusasteraan Cina dan dapat ditelusuri kembali ke Dinasti Han di mana ia digambarkan oleh sarjana Yang Fu sebagai "binatang saleh, yang menyondol pihak yang salah ketika melihat pergaduhan dan menggigit pihak yang salah ketika mendengar hujah". Ini digambarkan dalam Shuowen Jiezi sebagai "binatang seperti lembu dengan satu tanduk; pada zaman kuno. Ini menyelesaikan perselisihan dengan menanduk pihak yang bersalah".

Xiezhi juga dijadikan simbol keadilan dan undang-undang. Jabatan Penapisan eraMing dan Qing, yang bertanggung jawab untuk memantau perkhidmatan awam, memakai xiezhi sebagai lencana pejabat. Begitu juga, anggota polis ketenteraan Republik China memakai lencana yang bertuliskan xiezhi dan ia terukir di palu di mahkamah undang-undang Republik Rakyat China.

Di Jepun, ia dikenali juga sebagai kaichi (獬豸), juga kadang-kadang disebut sebagai shin'yō (神羊 "bebiri dewa"). Ia mirip seekor singa dengan satu tanduk di bahagian atas kepalanya. [2]

 
A haetae di istana Korea

Xiezhi dikenali sebagai haetae di Korea. Menurut catatan Korea, badan Haetae berotot dan berbentuk seperti singa dan mempunyai tanduk di dahinya. Ia mempunyai loceng di lehernya dan badannya ditutup dengan sisik yang tajam. Ia tinggal di kawasan perbatasan Manchuria.[3]

Di Korea kuno, patung Haetae digunakan dalam seni bina pada masa dinasti Joseon awal kerana gambarnya dipercayai dapat melindungi Hanyang (sekarang Seoul) dari bencana alam dan memberi ketenteraman dan keamanan di kalangan penduduk. Di Korea, haetae adalah binatang mitos yang mencegah bencana kebakaran. Untuk mengelakkan kebakaran di istana Gyeongbok, tugu haetae diletakkan di hadapan istana. Bandar Seoul secara rasmi menggunakan Haechi (asal Haetae) sebagai simbol Seoul sejak 2009.

sunting
  • Drama Korea 2019 Haechi mempunyai makhluk senama sebagai motif watak.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Jeannie Thomas Parker, The Mythic Chinese Unicorn, http://chinese-unicorn.com/ch01/
  2. ^ Gould, Charles (2009). Mythical Monsters. BiblioLife. m/s. 357–359. ISBN 0-559-10836-2.
  3. ^ An Illustrated Guide to Korean Culture - 233 traditional key words by The National Academy of the Korean Language

Pautan luaran

sunting