Xiao'erjing
Xiao'erjing atau Xiao'erjin (Cina Ringkas: 小儿经/小儿锦 ; Cina Tradisional: 小兒經/小兒錦 ; pinyin: Xiǎo'érjīng/Xiǎo'érjǐn, Xiao'erjing: ثِیَوْعَرݣٍْ ) atau nama pendekanya Xiaojing (Cina Ringkas: 小经/消经 ; Cina Tradisional: 小經/消經 ; pinyin: Xiǎojīng/Xiāojīng) ialah amalan menulis bahasa-bahasa Sinitik seperti bahasa Mandarin (terutamanya loghat-loghat Lanyin, Zhongyuan dan Timur Laut) atau bahasa Dungan berasaskan abjad Arab. Xiao'erjing diamalkan oleh ramai kaum minoriti yang beragama Islam di China (terutamanya orang Hui, bahkan juga orang Dongxiang dan Salar), serta pernah digunakan oleh keturunan Dungan di Asia Tengah. Pembaharuan tulisan Soviet memaksa bangsa Dungan menggantikan Xiao'erjing dengan abjad Rumi dan kemudiannya abjad Cyril yang masih dipakai oleh mereka sehingga hari ini.
Xiao'erjing | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 小兒經/小兒錦 | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 小儿经/小儿锦 | ||||||||||
|
Xiao'erjing ditulis dari kanan ke kiri, seperti mana abjad-abjad berasaskan Arab yang lain. Sistem tulisan Xiao'erjing serupa dengan sistem tulisan bahasa Uyghur kini yang mana semua bunyi vokal sentiasa bertanda, berbanding dengan amalan menggugurkan tanda vokal di kebanyakan bahasa yang memakai tulisan berasaskan Arab (seperti bahasa Arab, Parsi, dan Urdu), mungkin disebabkan keamatan kepentingan bunyi vokal dalam suku kata Cina.
Asal-usul اصل-اصول
suntingSemenjak ketibaan Islam ketika Dinasti Tang (yang bermula pada pertengahan abad ke-7), ramai penutur bahasa Arab dan Parsi berhijrah ke China. Berabad-abad kemudian, golongan pendatang ini berasimilasi dengan orang Cina Han pribumi, maka terbentuknya etnik Hui hari ini. Ramai pelajar China beragama Islam menghadiri madrasah untuk mengkaji bahasa Arab klasik dan al-Qur'an. Oleh sebab pemahaman pelajar-pelajar ini terhadap tulisan Cina terhad, malah lebih fasih bahasa lisannya semenjak berasimilasi, maka mereka menyesuaikan abjad Arab untuk bahasa Cina, selalunya melalui kaedah mencatat dalam bahasa Cina untuk membantu menghafal surah. Cara ini juga digunakan untuk menulis terjemahan Cina dari kosa kata Arab yang dipelajari di madrasah. Oleh itu, lambat-laun terbentuklah satu sistem penulisan bahasa Cina dalam abjad Arab yang diselaraskan. Kini, artifak dikenali terlama yang ditinggalkan catatan Xiao'erjing ialah sebuah batu bersurat di halaman Masjid Xigang di Universiti Xi'an di wilayah Shaanxi. Batu ini mencatat rangkap-rangkap al-Qur'an dalam bahasa Arab di samping catatan kecil nama-nama pengukirnya dalam tulisan Xiao'erjing. Batu tersebut dicatat pada tahun 740 Hijrah (antara 9 Julai 1339 dan 26 Julai 1340).
Kegunaan کݢوناءن
suntingXiao'erjing terdiri daripada dua set, iaitu "kaedah masjid" dan "kaedah seharian". "Kaedah masjid" digunakan oleh pelajar dan imam di masjid dan madrasah, banyak diisi istilah keagamaan Arab dan Parsi, dan tidak kelihatan aksara Cina pun. Sistem ini agak selaras bentuknya dan boleh dianggap sebagai sistem tulisan sejati. "Kaedah seharian" pula digunakan oleh golongan kurang berpendidikan untuk surat-menyurat di peringkat peribadi. Selalunya aksara Cina asas bercampur aduk dengan tulisan Arab, selalunya membincangkan hal-ehwal bukan keagamaan, dan oleh itu sedikit juga kata pinjaman Arab dan Parsi. Penulisan kaedah ini amat berbeza dari orang ke orang lain. Kaedah ini pun boleh direka-reka penulisnya sendiri, dengan pemahaman sendiri mengenai abjad Arab dan Parsi yang disesuaikan dengan sebutan loghat setempat dirinya. Selalunya, hanya pengirim dan penerima surat dapat memahami isi surat itu sepenuhnya,, tetapi amat sukar difahami orang lain.
Kegunaan moden کݢوناءن مودن
suntingDewasa ini, penggunaan Xiao'erjing kian pupus kesan pemesatan ekonomi Republik Rakyat China dan peningkatan dalam pendidikan aksara Cina di kawasan luar bandar China. Tulisan Cina dan juga Hanyu Pinyin sudah banyak mengganti tempat Xiao'erjing. Semenjak pertengahan 1980-an, banyak juga kajian akademik di dalam dan luar China berkenaan Xiao'erjing. Kaji selidik di lokasi dijalankan dan pengguna-pengguna Xiao'erjing pun ditemu bual. Bahan-bahan bertulis dan cetak Xiao'erjing turut dikumpul para penyelidik, terutamanya di Universiti Nanjing yang lengkap sekali.
Abjad ابجد
suntingXiao'erjing terdiri daripada 36 huruf, 4 daripadanya adalah huruf vokal. Kesemua 36 huruf ini terdiri dariada 28 yang dipinajm dari tulisan Arab, 4 huruf dari Parsi di samping 2 huruf yang diubah suai, dan 4 huruf tambahan yang hanya terdapat dalam Xiao'erjing.
Awalan kata dan konsonan اولن کات دان کونسونن
sunting
|
Akhiran kata dan vokal اخيرن کات دان ۏوکل
sunting
|
Bunyi-bunyi vokal dalam kata pinjaman Arab dan Parsi mematuhi ortografi masing-masing, iaitu hanya vokal panjang bertulis sementara vokal pendek digugurkan.
Tanda sukuun ( ) boleh digugurkan ketika menulis kata pinjaman Arab dan Parsi, tetapi mesti ditulis ketika menulis bahasa Cina, kecuali kata-kata bersuku kata tunggal yang amat kerap digunakan yang boleh digugurkan tanda ini dari penulisan. Contoh: aksara "的 " dan "和 " yang ditegaskan ditulis "دِ" dan " ﺣَ"; jika sebaliknya, ditulis dengan tanda sukuun iaitu "دْ" dan " ﺣْ", atau tanpa sukuun iaitu "د" dan " ﺣ".
Begitu juga, tanda sukuun juga boleh menandakan akhiran -[ŋ] Cina, tetapi adakalanya diganti oleh tanda fatHatan ( ), kasratan ( ), atau dammatan ( ).
Dalam kata-kata bersuku kata majmuk, akhiran 'alif ( ﺎ) yang menandakan vokal panjang -ā boleh digugurkan lalu diganti oleh tanda fatHah ( ) yang melambangkan vokal pendek -ă.
Xiao'erjing serupa dengan Hanyu Pinyin dari segi setiap suku kata ditulis secara berasingan, iaitu jarak sentiasa memisahkan setiap dua suku kata.
Apabila menulis bahasa Cina, tanda syaddah menandakan penggandaan seluruh suku kata yang didudukinya, sama peranannya dengan tanda ulangan Cina "々 ".
Tanda-tanda baca Arab dan Cina boleh dipakai secara bercampur dalam tulisan Xiao'erjing, iaitu tanda noktah Cina di samping tanda koma dan tanda petikan Arab.
Contoh-contoh چونتوه٢
sunting- Perkara 1 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
- Xiao'erjing: «ژٍّ شٍْ عَر زِیُوْ، زَیْ ظٌیًا حَ کِیُوًالِ شَانْ ءِلِیُوِ پِیٍٔدٍْ. تَامٌ فُیُوْ لِثٍْ حَ لِیَانْثٍ، بِیٍٔ یٍ ءِ ثِیٌدِ قُوًاثِ دْ ݣٍْشٍ خُثِیَانْ دُوِدَیْ.»
- Tulisan Cina Ringkas: “人人生而自由,在尊严和权利上一律平等。他们赋有理性和良心,并应以兄弟关系的精神互相对待。”
- Tulisan Cina Tradisional: 「人人生而自由,在尊嚴和權利上一律平等。他們賦有理性和良心,並應以兄弟關係的精神互相對待。」
- Hanyu Pinyin: "Rénrén shēng ér zìyóu, zài zūnyán hé quánlì shàng yílǜ píngděng. Tāmen fù yǒu lǐxìng hé liángxīn, bìng yīng yǐ xiōngdiguānxì de jīngshén hùxiāng duìdài."
- Bahasa Melayu: "Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan."
Tulisan Cina Ringkas | Hanyu Pinyin | Xiao'erjing |
---|---|---|
|
|
|
Rujukan روجوعن
sunting- Xiaojing Qur'an Dongxiang County, Lingxia autonomous prefecture, Gansu, PRC
- Huijiao Bizun 154 pp, photocopied edition.
- Muhammad Musah Abdulihakh. Islamic faith Q&A 2nd ed. Beiguan Street Mosque, Xining, Qinghai, PRC, appendix contains a Xiao'erjing-Hanyu Pinyin-Arabic alphabet comparison chart.
- Feng Zenglie. Beginning Dissertation on Xiao'erjing: Introducing a phonetic writing system of the Arabic script adopted for Chinese in The Arab World Issue #1. 1982.
- Chen Yuanlong. The Xiaojing writing system of the Dongxiang ethnicity in China's Dongxiang ethnicity. People's Publishing House of Gansu. 1999.