XVideos
Xvideos | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | www.xvideos.com |
Jenis | Perkongsian video lucah |
Tersedia dalam | Inggeris, Cina, Czech, Belanda, Perancis, Hindi, Itali, Jepun, Portugal, Roman dan Sepanyol |
Ditubuhkan | 1r Mac 2007 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | WGCZ Holding[1][2] |
Pengasas | Stéphane Pacaud (en) |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Pornography industry (en) |
Keluaran | Filem pornografi |
Pengiklanan | Ya |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada | 1 Mac 2007 |
Status terkini | Dalam talian |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | ▼ 48 (Global, December 2018[kemas kini])[3] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Prague, Republik Czech |
Negara asal | Kanada |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
Catatan | |
Video | |
sunting · sunting di Wikidata |
XVideos merupakan salah satu laman menonton dan perkongsian video lucah yang terbesar di dunia. Laman sesawang ini telah didaftarkan di atas nama syarikat berasal dari negara Republik Czech, WGCZ Holding.[4] Setakat 24 Oktober 2018[kemas kini], laman ini adalah laman sesawang ke-29 yang paling kerap dikunjungi di dunia.
Pada tahun 2012, dianggarkan lebih 1 terabit sesaat video dialirkan yang bersamaan dengan satu-perlima belas rangkaian jalur lebar yang disediakan dari London ke New York.[5]
WGCZ Holding juga turut menjalankan rangkaian laman sesawang Bang Bros dan merupakan pemilik terkini majalah Penthouse serta aset berkaitan.[6][7]
Sejarah
suntingXVideos berfungsi sebagai pengumpul media lucah, sejenis laman sesawang yang memberikan capaian kepada kandungan bersifat dewasa yang serupa seperti perkhidmatan YouTube yang mengumpul kandungan bersifat umum.[8][9] Klip video dari video buatan profesional (kadangkala diciplak) bercampuraduk dengan video buatan amatur dan jenis kandungan lain.[8][9] Pada tahun 2012, XVideos merupakan laman sesawang lucah yang terbesar di dunia dan mempunyai lebih dari 4,4 bilion paparan halaman sebulan.[10] Fabian Thylmann, pemilik MindGeek, pernah mencuba untuk membeli XVideos pada tahun 2012 bagi memonopoli laman sesawang tiub lucah. Pemilik XVideos berbangsa Perancis pemilik dilaporkan telah menolak tawaran yang lebih daripada $120 juta dengan berkata, "Maaflah, saya kena pergi bermain Diablo II."[9] Pada tahun 2014, XVideos telah mencetuskan kontroversi dengan cubaan untuk memaksa pembekal kandungan membuat pilihan sama ada berjanji memadam video dari akaun mereka atau menutup akaun mereka dengan kadar segera.[11]
Kedudukan dan trafik web
suntingSetakat Jun 2018[kemas kini], XVideos telah dinobatkan sebagai laman sesawang ke-11 yang paling termasyhur di dunia oleh SimilarWeb dalam kategori keseluruhan dan menduduki tempat ke-2 dalam kategori dewasa.[12][13]
Penapisan
suntingIndia
suntingPada tahun 2015, syarikat XVideos telah menjadi sasaran oleh kerajaan India di dalam senarai 857 laman sesawang lucah, yang turut memasukkan laman sesawang bukan lucah seperti CollegeHumor.[14][15][16]
Malaysia
suntingPada tahun 2015, kerajaan Malaysia melarang XVideos kerana melanggar undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang mengharamkan "kandungan lucah" daripada diedarkan secara digital.[17]
Filipina
suntingPada 14 Januari 2017, Presiden Rodrigo Duterte telah menyekat XVideos sebagai sebahagian daripada Akta Republik 9775 atau Undang-undang Anti-Pornografi Kanak-kanak. [18]
Venezuela
suntingPada 14 Jun 2018, syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan internet CANTV telah menyekat capaian ke laman sesawang tersebut tanpa memberi sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini.[19]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Woods, Ben (Februari 2016). "The (almost) invisible men and women behind the world's largest porn sites". thenextweb.com. Amsterdam: The Next Web B.V. Dicapai pada Oktober 30, 2016.
- ^ "xvideos.com whois lookup". who.is. Dicapai pada Januari 7, 2017.
- ^ "Xvideos.com Traffic, Demographics and Competitors". Alexa. Dicapai pada 2018-12-02.
- ^ Kurzy.cz. "WGCZ Holding, a.s., Praha IČO 03291715 – Obchodní rejstřík firem". kurzy.cz (dalam bahasa Czech). Dicapai pada 2018-03-26.
- ^ "Is the whole world looking at porn? Biggest site gets over FOUR BILLION hits a month". Mail Online. Dicapai pada 2017-08-29.
- ^ "'BangBros' Owner Buys Penthouse Biz For $11.2 Million". The Blast. 5 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ Mark Kernes (5 Jun 2018). "Penthouse Bankruptcy Auction Results in New Ownership". avn.com. Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ a b Tsika, Noah (Oktober 3, 2016). Pink 2.0: Encoding Queer on the Internet. Bloomington, IN: Indiana University Press. m/s. 61–62. ISBN 0253023238.
- ^ a b c "Naked capitalism". The Economist. September 26, 2015. Dicapai pada Ogos 31, 2017. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Yagielowicz, Stephen (April 4, 2012). "Report: The Internet Really Is for Porn". XBIZ. Dicapai pada Ogos 31, 2017. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "XVideos.com Tube Site Accused of Strong-Arming Uploaders". AVN. Ogos 13, 2014. Dicapai pada Ogos 31, 2017. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Top Websites in the world – SimilarWeb Website Ranking". www.similarweb.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-26.
- ^ "Top Adult Websites in the world". www.similarweb.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-26.
- ^ "Xvideos.com has the most subtle but brilliant response to govt's #Pornban". Firstpost (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-04. Dicapai pada 2017-08-29.
- ^ Akolawala, Tasneem. "Xvideos, College Humor lash out at Indian government after porn ban | Latest Tech News, Video & Photo Reviews at BGR India". BGR India (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-29.
- ^ IBTimes. "Malaysia porn ban: xVideo, PornHub among websites blocked for 'obscene content'". International Business Times, India Edition (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-29.
- ^ IBTimes. "Malaysia porn ban: xVideo, PornHub among websites blocked for 'obscene content'". International Business Times, India Edition (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-29.
- ^ "Popular porn sites blocked in Philippines". BBC. 2017-01-06.
- ^ "Cantv bloqueó acceso a tres páginas pornográficas en Venezuela". el-nacional.com (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 17 Jun 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)