X1 (kumpulan muzik)

X1 (EKS-wun; Korea: 엑스원, rumi: ekseuwon), adalah kumpulan lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh CJ E&M melalui program survival Mnet tahun 2019 Produce X 101. Kumpulan ini terdiri daripada sebelas orang ahli: Kim Yo-han, Kim Woo-seok, Han Seung-woo, Song Hyeong-jun, Cho Seung-youn, Son Dong-pyo, Lee Han-gyul, Nam Do-hyun, Cha Jun-ho, Kang Min-hee, and Lee Eun-sang. Kumpulan ini debut pada 27 Ogos 2019 dengan album mini pertama mereka Emergency: Quantum Leap di bawah Swing Entertainment dan akan diuruskan bersama oleh Stone Music Entertainment.[1]

X1
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2019 (2019)–2020 (2020)
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Bekas ahli
  • Han Seung-woo
  • Cho Seung-youn
  • Kim Woo-seok
  • Kim Yo-han
  • Lee Han-gyul
  • Cha Jun-ho
  • Son Dong-pyo
  • Kang Min-hee
  • Lee Eun-sang
  • Song Hyeong-jun
  • Nam Do-hyon

Pada mulanya dikontrak selama lima tahun, siasatan manipulasi undi Mnet menyebabkan aktiviti mereka terhenti dan selepas perundingan yang tidak berjaya mengenai masa depan kumpulan antara agensi individu ahli, mereka dibubarkan pada 6 Januari 2020.[2][3]

Nama Kumpulan X1, disarankan oleh netizen melalui laman web rasmi Produce X 101 dan dipilih oleh CJ E&M, dengan nama yang diambil dari tajuk lagu "X1-MA". X1 bermaksud "11" dalam angka Romawi, dan juga mewakili 10+1.

Pada 19 Ogos, X1 mengeluarkan nama fandom mereka, "One It". Nama "One It" mempunyai dua makna: yang pertama, "want it" (menginginkannya) seperti bagaimana ahli ingin mencapai tujuan mereka dan kedua, bagaimana peminat mereka adalah satu perkara yang paling penting bagi X1.

Sejarah

sunting

Pra-debut: Produce X 101

sunting

Rencana utama: Produce X 101

X1 ditubuhkan menerusi rancangan realiti Produce X 101, yang disiarkan di Mnet dari 3 Mei 2019 sehingga 19 Julai 2019. Daripada awal 101 peserta yang mengambil bahagian, 10 yang terakhir dipilih daripada baki 20 pelatih oleh undian penonton pada minggu terakhir persembahan. Ahli terakhir, dikenali sebagai ahli pangkat X, dipilih daripada baki pelatih berdasarkan jumlah undian terkumpul tertinggi. Semua ahli diumumkan melalui episod akhir, yang disiarkan secara langsung pada 19 Julai 2019.[4]

Sebelum program ini bermula, kebanyakan ahli telah aktif dalam industri muzik. Cho Seungyoun memulakan debut sebagai ahli Uniq pada tahun 2014. Dia juga memulakan debut sebagai artis solo dan penerbit muzik di bawah nama pentas Luizy pada tahun 2016, sebelum menukarnya kepada WOODZ pada tahun 2018.[5] Beliau terkenal dengan menghasilkan salah satu lagu debut evaluation Idol Producer yang itu "It's Okay".[6] Kim Wooseok memulakan debut sebagai ahli Up10tion di bawah nama Wooshin pada bulan September 2015 dan dia juga pernah menjadi pengacara untuk SBS MTV The Show bersama peserta Produce 101 musim 1 dan bekas ahli I.O.I Jeon So-mi pada tahun 2016. Han Seungwoo memulakan debut sebagai ahli dan ketua kumpulan Victon pada bulan November 2016.[7] Lee Han-gyul sebelum ini memulakan debut sebagai ahli kumpulan balada IM dari Yama dan Hotchicks Entertainment dan bersaing dengan rakan-rakan IM dalam KBS2 The Unit di mana dia berakhir di tempat ke-13.[8] Rakan pelatih MBK Nam Do-hyon adalah peserta dalam MBC Under Nineteen sebagai ahli Pasukan Rap dan berakhir di tempat ke-42 dalam rancangan itu.[9] Ahli Kang Minhee pernah tampil dalam video muzik Mad Clown dan Ailee untuk lagu "Thirst" pada tahun 2018.[10]

Kontrak mereka bertujuan selama lima tahun selepas debut mereka, dengan separuh pertama adalah kontrak eksklusif dan separuh lagi adalah kontrak bukan eksklusif, bermakna ahli individu boleh kembali untuk mempromosikan bersama dengan agensi asal mereka selepas separuh masa pertama kontrak mereka tamat.[2]

2019: Debut dengan Emergency: Quantum Leap dan penyiasatan manipulasi undi

sunting

Selepas program itu, sebelas peserta yang menang membuat debutnya di bawah Stone Music Entertainment dan Swing Entertainment, label yang menempatkan pemenang Produce 101 (musim 2) Wanna One.[1] Menjelang debut, rancangan realiti kumpulan X1 Flash ditayangkan pada 22 Ogos 2019 melalui Mnet. Rancangan realiti itu mengikuti ahli semasa mereka membuat persiapan untuk debut mereka dan memberikan gambaran tentang kehidupan seharian mereka.[11] Kumpulan ini debut pada 27 Ogos 2019 dengan showcase debut diadakan di Gocheok Sky Dome.[12] Pada 1 Ogos, telah diumumkan bahawa album debut mereka akan dinamakan Emergency: Quantum Leap dengan single utama "Flash", komposer oleh Score, Megatone dan Onestar (Monotree).[13] Pada 3 September, X1 memenangi persembahan muzik pertama mereka menerusi SBS MTV The Show seminggu selepas debut.[14] Mereka mendapat 11 kemenangan keseluruhan untuk lagu debut mereka, "Flash" dengan kemenangan ke-11 mereka di M Countdown pada 19 September.

Pada 5 November 2019, Ahn Joon-young, penerbit Produce X 101, telah ditangkap dan dia kemudiannya mengaku memanipulasi kedudukan undian.[15] Selepas itu, X1 telah membatalkan beberapa penampilan awam dan Mnet mengumumkan bahawa rancangan untuk promosi kumpulan itu ditangguhkan.[16] Pada 30 Disember 2019, CJ ENM mengumumkan bahawa ahli dan agensi mereka sedang berbincang mengenai masa depan kumpulan.[17]

2020: Dibubarkan

sunting

Pada 6 Januari 2020, CJ ENM, Swing Entertainment dan agensi individu ahli mengadakan mesyuarat untuk membincangkan masa depan kumpulan.[18] Selepas berbincang selama sejam sama ada kumpulan itu perlu meneruskan promosi atau pembubaran, satu undi sulit diadakan oleh agensi ahli. Agensi-agensi itu bersetuju sebelum mengundi bahawa kumpulan itu hanya boleh diteruskan jika terdapat persetujuan sebulat suara atau kumpulan itu akan dibubarkan. Empat agensi mengundi untuk meneruskan, empat agensi mengundi untuk membubarkan dan satu agensi yang undiannya tidak jelas akhirnya dibuang. Oleh itu, telah ditentukan bahawa kumpulan itu akan dibubarkan. Walaupun ahli X1 tidak dijemput ke mesyuarat itu, Ketua Pegawai Eksekutif Swing Cho Yoo-myung menyatakan hasrat kolektif mereka untuk hadir.[19]

Selepas pembubaran kumpulan itu diputuskan, CJ ENM mencadangkan lagu musim sejuk yang dirakam sebelum ini dikeluarkan sebagai lagu selamat tinggal, tetapi idea itu ditolak oleh dua atau tiga agensi ahli. Begitu juga, cadangan daripada agensi ahli untuk merakam video akhir telah ditolak oleh agensi lain.[19]

Selepas Pembubaran

sunting

Beberapa ahli X1 meneruskan aktiviti untuk agensi masing-masing:

  • Han Seung-woo kembali ke Victon pada Januari 2020 dan bergabung semula dengan promosi kumpulan untuk album mini keenam mereka, Continuous yang dikeluarkan pada 9 Mac 2020.[20] Seungwoo juga memulakan debutnya sebagai penyanyi solo dengan album mini pertama debutnya Fame pada 10 Ogos.[21]
  • Lee Han-gyul dan Nam Do-hyon membentuk unit H&D dan mengeluarkan lagu "Toward Tomorrow" pada 5 Februari 2020. Kumpulan duo itu mengeluarkan mini album pertama mereka Soulmate pada 21 April 2020. Kedua-duanya kemudian memulakan debut mereka dengan kumpulan lelaki BAE173 di bawah MBK Entertainment PocketDol Studio,[22][23][24][25] dengan album mini pertama mereka Intersection: Spark pada 19 November.[26]
  • Song Hyeong-jun dan Kang Min-hee memulakan debut mereka sebagai ahli kumpulan lelaki terbaru Starship Entertainment, Cravity dengan album mini pertama mereka Hideout: Remember Who We Are pada 14 April 2020.[27]
  • Kim Woo-seok memulakan debut sebagai penyanyi solo dengan album mini pertamanya 1st Desire: Greed pada 25 Mei 2020[28]
  • Cho Seung-youn menyambung semula sebagai penyanyi solo di bawah nama Woodznya[29] Dia mengeluarkan album mini pertamanya Equal pada 29 Jun 2020.[30]
  • Lee Eun-sang memulakan debut sebagai penyanyi solo pada 31 Ogos 2020, dengan album mini pertamanya Beautiful Scar.[31] Dia memulakan debutnya sebagai sebahagian daripada kumpulan lelaki baharu Brand New Music Younite pada 20 April 2022 dengan album mini pertama mereka Youni-birth.[32]
  • Kim Yo-han menjadi ahli tetap dalam pertunjukan aneka ragam KBS Battle of the Musicians, yang mula ditayangkan pada 25 April 2020.[33] Dia memulakan debut sebagai penyanyi solo dengan single digital "No More" yang dihasilkan oleh Zion.T pada 25 Ogos 2020.[34][35] Pada 5 Oktober 2020, dia memulakan debut sebagai ahli kumpulan lelaki WEi dengan album mini pertama mereka Identity: First Sight.[36]
  • Cha Jun-ho memulakan debut sebagai sebahagian daripada kumpulan lelaki baharu Woollim Entertainment Drippin, pada 27 Oktober 2020 dengan album mini pertama mereka Boyager.[37][38]
  • Son Dong-pyo memulakan debut sebagai sebahagian dari kumpulan lelaki baharu DSP Media Mirae, pada 17 Mac 2021 dengan album mini pertama mereka Killa.[39]

Bekas ahli

sunting
  • Kim Yo-han (김요한) (Oui Ent.) - Center
  • Kim Woo-seok (김우석) (TOP Media)
  • Han Seung-woo (한승우) (IST Ent.) – Ketua[40]
  • Song Hyeong-jun (송형준) (StarShip Ent.)
  • Cho Seung-youn (조승연) (Yuehua Ent.)
  • Son Dong-pyo (손동표) (DSP Media)
  • Lee Han-gyul (이한결) (MBK Ent.)
  • Nam Do-hyeon (남도현) (MBK Ent.)
  • Cha Jun-ho (차준호) (Woollim Ent.)
  • Kang Min-hee (강민희) (Starship Ent.)
  • Lee Eun-sang (이은상) (Brand New Music)

Diskografi

sunting

Album mini

sunting
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan Pensijilan
KOR
[41]
JPN
[42]
JPN Hot.
[43]
FRA
Dig.
US World
[44]
Emergency: Quantum Leap 1 4 10 76 9
  • KOR: 657,888[45]
  • JPN: 54,029 (Phy.)[46]
  • JPN: 2,685 (Dig.)[47]

Single

sunting
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan
[A]
Album
KOR
[49]
KOR
Hot
[50]
JPN
Hot.
[51]
US
World
[52]
"Flash" 2019 26 3 25 15 Emergency: Quantum Leap

Lagu carta lain

sunting
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
KOR
[53]
KOR
Hot
[54]
"Like Always" (웃을 때 제일 예뻐) 2019 69 15 Emergency: Quantum Leap
"U Got It" (X1 version) 84 16
"I'm Here for You" (괜찮아요) 91 18
"Move" (움직여) (X1 version) 90 19
"Stand Up" (intro) 106 25

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Saluran Program Ref.
2019 Mnet Produce X 101 [55]
X1 Flash

Video muzik

sunting
Tajuk Tahun Pengarah Ref.
"Flash" 2019 Rigend Film [56]

Anugerah dan percalonan

sunting

V Live Awards

sunting
Tahun Penerima Kategori Keputusan
2019 X1 Global Rookie Top 5 Menang

Melon Music Awards

sunting
Year Recipient Category Result
2019 X1 Best New Artist Award Tercalon
Year Recipient Category Result
2019 X1 Artist of the Year Tercalon
Best New Male Artist Tercalon
Worldwide Fan's Choice (Top 10) Menang
Worldwide Icon of the Year Tercalon

Gaon Chart Music Awards

sunting
Year Recipient Category Nominated work Result
2019 X1 Song of the Month (August) "Flash" Tercalon
Album of the Quarter (3rd Quarter) Emergency: Quantum Leap Tercalon
Year Recipient Category Result
2019 X1 New Artist Award Tercalon
Popularity Award Tercalon
K-wave Award Tercalon
  1. ^ Angka penjualan single berdasarkan muat turun digital, kecuali dicatat.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Hwang, Mi-hyun (June 28, 2019). "[단독] '프듀X' 데뷔조, 스윙엔터 매니지먼트 가닥…워너원 이어 두번째". News1 Korea (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 22, 2019.
  2. ^ a b Kelley, Caitlin (February 28, 2019). "Here's What Mnet's Five-Year Contracts For 'Produce X101' Means For K-pop". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 14, 2019.
  3. ^ 엑스원, 5개월만 결국 해체…"멤버·소속사간 전원 합의 안돼" [공식입장 전문]. Xports News (dalam bahasa Korea). 2020-01-06. Dicapai pada 2020-01-06 – melalui Naver.
  4. ^ '프로듀스X101' 이동욱 "모두 계속 꿈 꿔 달라" 최종 멤버 누가 될까. Hankyung (dalam bahasa Korea). July 19, 2019. Dicapai pada July 23, 2019.
  5. ^ Solano, Steffi (March 27, 2019). "K-R&B Artist WOODZ Opens Up About Mental Health and Developing His Identity As a Soloist". Status Magazine. Dicapai pada July 22, 2019.
  6. ^ Idol Producer. Episod 12 (dalam bahasa Cina). April 4, 2018. iQiyi.
  7. ^ Oh, Seong-rok (November 9, 2016). 빅톤, 새로운 세상을 향한 목소리 들려드릴게요!. MTN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 22, 2019.
  8. ^ "SAD STORY". melon.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-07-22.
  9. ^ "예비돌57". iMBC. Dicapai pada 2019-07-25.
  10. ^ "YouTube". YouTube.
  11. ^ X1 리얼리티, 22일 첫 방송…티저 공개 '청량+몽환'. News1 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-04-03 – melalui Naver.
  12. ^ Kim, Min-ji (July 22, 2019). "'프듀X' 엑스원, 8월 27일 고척돔서 데뷔 쇼콘 개최". TV Report (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 23, 2019.
  13. ^ 엑스원, 트랙리스트 공개… 데뷔 타이틀곡은 '플래시'. MoneyS (dalam bahasa Korea). 2019-08-09. Dicapai pada 2021-04-03 – melalui Naver.
  14. ^ '더쇼' 엑스원, 데뷔후 첫 음방 1위…"팬 분들께 감사" [종합]. Xports News (dalam bahasa Korea). 2019-09-03. Dicapai pada 2019-09-03.
  15. ^ "[단독] 프로듀스 안 모 PD "시즌 3 · 4 투표 조작 인정"". SBS News (dalam bahasa Korea). 2019-11-06. Dicapai pada 2019-11-06.
  16. ^ Mnet "엑스원 'V하트비트' 출연 취소, 추가 활동 일정 無" [전문]. Xports News (dalam bahasa Korea). 2019-11-15. Dicapai pada 2019-11-20 – melalui Naver.
  17. ^ CJ ENM 측 "아이즈원-엑스원 활동 재개, 보호해달라"(공식입장). Newsen (dalam bahasa Korea). 2019-12-30. Dicapai pada 2020-01-06 – melalui Naver.
  18. ^ 엑스원 해체 결정, 각 소속사 전원 합의 되지 않아[공식]. Sports Seoul (dalam bahasa Korea). Naver. 2020-01-06. Dicapai pada 2020-01-06.
  19. ^ a b [D하인드] "계산기를 두드렸다"…'엑스원', 해체 타임라인. Dispatch (dalam bahasa Korea). 2020-01-09. Dicapai pada 2020-01-12.
  20. ^ @PlayM_Official (January 29, 2020). "안녕하세요. 플레이엠엔터테인먼트입니다. 당사 소속 아티스트 한승우의 향후 활동 계획에 대해 말씀드립니다" (Twit) – melalui Twitter.
  21. ^ Yoon, Soyeon (August 3, 2020). "Han Seung-woo of boy band Victon set for solo debut". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada August 3, 2020. Dicapai pada August 14, 2020.
  22. ^ "이한결X남도현, 5일 신곡 '오늘보다 더 나은 내일' 발표…팬들 위해 작업" [Lee Hangyul and Nam Dohyon to release "Toward Tomorrow" song on Feb 5th for fans]. Naver (dalam bahasa Korea). February 4, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada March 26, 2020. Dicapai pada March 25, 2020.
  23. ^ "[공식]이한결X남도현, 26일→4월 21일 컴백 연기…30일 선공개곡 '낯설어' 공개" [Lee Hangyul and Nam Dohyon's debut album postponed to April 21st, pre-release song "Unfamiliar" to be released on March 30th]. Naver (dalam bahasa Korea). March 24, 2020. Dicapai pada March 25, 2020.
  24. ^ "이한결‧남도현 신인그룹 합류, 올가을 데뷔 목표 "새로울 돌풍 몰 것" (공식)" [Lee Hangyul & Nam Dohyon to debut in new boygroup, "will make a big impact in the industry"]. Naver (dalam bahasa Korea). May 5, 2020. Dicapai pada May 26, 2020.
  25. ^ Hwang, Jiyoung (October 8, 2020). "[이슈IS] "평균연령 19.4세"… BAE173, 새로운 청량돌 등장" [With an Average Age of 19.4, new group BAE173 incoming]. Joins (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 12, 2020.
  26. ^ Kim, Yeon-Ah (November 6, 2020). "BAE173 to drop first EP 'Intersection: Spark' on Nov. 19". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada November 30, 2020. Dicapai pada November 29, 2020.
  27. ^ "크래비티,4월 14일 데뷔…스타쉽 9인조 신인 [공식]" [Starship's 9-member rookie group Cravity debuts on April 4th]. Naver (dalam bahasa Korea). March 25, 2020. Dicapai pada March 25, 2020.
  28. ^ "엑스원 출신 김우석 "솔로, 김장감 놓을 수 없네요"". The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). May 25, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2020. Dicapai pada May 25, 2020.
  29. ^ "조승연, 오랜만에 전한 근황 #이한결·남도현 #팬카페 #주마등 [V라이브 종합]" [Cho Seungyoun talks in VLive about meeting up with Lee Hangyul and Nam Dohyon and opening his fancafe]. Naver (dalam bahasa Korea). January 22, 2020. Dicapai pada March 25, 2020.
  30. ^ ""부드러움+섹시 담았다"…'컴백' 우즈, '프듀X' 조승연→싱어송라이터로 변신[종합]" [Soft + sexy = Produce X 101's Cho Seungyoun transforms into singer-songwriter Woodz]. XSports News (dalam bahasa Korea). June 29, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 12, 2020. Dicapai pada October 12, 2020.
  31. ^ ""치명+성숙" 이은상, 솔로 아티스트로 화려한 비상 'Beautiful Scar' [퇴근길 신곡]". Chosun (dalam bahasa Korea). August 31, 2020.
  32. ^ Yang, Haley (April 20, 2022). "Boy band Younite debuts with its first EP 'Youni-birth'". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada April 20, 2022.
  33. ^ "'악인전' 김숙·문세윤·김요한 "만나고 싶은 레전드? 서태지와 신승훈"" [Battle of the Musicians' Kim Sook, Moon Se Yoon & Kim Yohan want to meet legends Shin Seung Hoon and Seo Taiji]. Nate (dalam bahasa Korea). April 21, 2020. Dicapai pada May 26, 2020.
  34. ^ "Kim Yohan Solo Song Release". Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2020. Dicapai pada October 6, 2020.
  35. ^ "Kim Yohan Solo Debut Countdown". Diarkibkan daripada yang asal pada January 1, 2021. Dicapai pada October 6, 2020.
  36. ^ Choi, Jieun (October 5, 2020). "위아이(WEi) 강렬한 무대" [WEi's Intense Stage]. Top Daily Korea (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 12, 2020.
  37. ^ "'프듀X' 출신 차준호, 7인조 보이그룹 '드리핀'으로 10월 데뷔 [공식입장]". entertain.v.daum.net (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada February 2, 2021. Dicapai pada 2020-09-04.
  38. ^ "'데뷔 D-3' 드리핀, 타이틀곡은 '노스텔지아'..'보이저' 트랙리스트 공개" [Debut D-3, Drippin's 'Boyager' track list released, title track "Nostalgia"]. OSEN (dalam bahasa Korea). Chosun. October 25, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 31, 2020. Dicapai pada October 25, 2020.
  39. ^ "DSP미디어 측 "손동표, 상반기 新보이그룹으로 데뷔"(공식)" [DSP Media's Son Dongpyo to debut in new boy group in the first half of 2021]. Newsen (dalam bahasa Korean). Daum. January 19, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2021. Dicapai pada January 19, 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  40. ^ Cho, Hye-jin (July 21, 2019). 빅톤, 한승우 '프듀X' 엑스원 데뷔 축하 "리더의 빈자리 잘 채우겠다". TV Daily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 23, 2019.
  41. ^ Gaon Album Chart:
  42. ^ Oricon Albums Chart:
  43. ^ Billboard Japan Hot Albums:
  44. ^ Billboard World Albums:
  45. ^ Cumulative sales of Emergency: Quantum Leap: 580,573(2019 CD)+62,010(2019 Kit)+15,305(2020 CD)
  46. ^ Cumulative sales of Emergency: Quantum Leap:
  47. ^ "週間 デジタルアルバムランキング – 2019年09月09日付". Oricon (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2019.
  48. ^ "Gaon Certification - Album". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Dicapai pada October 10, 2019.
  49. ^ Gaon Digital Chart:
    • "Flash". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 5, 2019.
  50. ^ Billboard Korea K-Pop 100:
    • "Flash". Billboard. Dicapai pada September 15, 2019.
  51. ^ Billboard Japan Hot 100:
    • "Flash". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada September 5, 2019.
  52. ^ Billboard World Digital Song Sales:
    • "Flash". Billboard. September 10, 2019.
  53. ^ Gaon Digital Chart:
  54. ^ Billboard Korea K-Pop 100:
  55. ^ "PRODUCE X 101". produce-x-101.mnet.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-07-25.
  56. ^ Stone Music Entertainment (2019-08-27), X1 (엑스원) 'FLASH' MV, dicapai pada 2019-08-27

Pautan luar

sunting