Wurstmarkt (harfiah: Pasar sosej) di bandar spa Bad Dürkheim, di Rhineland-Palatinate, Jerman ialah pesta wain terbesar di dunia dengan lebih 600,000 pelawat setiap tahun.[1] Ia diadakan setiap tahun pada hujung minggu kedua dan ketiga bulan September. Wurstmarkt pertama - dengan nama yang berbeza - diadakan pada tahun 1417. Ia berlangsung di tengah-tengah bandar, di luar Giant Cask (Dürkheimer Riesenfass) – tong wain terbesar di dunia, yang juga menempatkan sebuah restoran. Perayaan ini mengingatkan Weihnachtsmarkt biasa, dengan mainan tunggangan di tapak pameran dan banyak gerai makanan dipasang buat sementara waktu untuk acara itu. Pengunjung boleh memakan semua jenis sosej di "Wurstmarkt" termasuk Bratwurst.

Wurstmarkt 2007

Wurstmarkt diadakan secara maya pada 2020-21, tetapi pernah terhenti pada 1915-18 & 1940-45.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ John Malathronas (11 Mac 2017). CNN (penyunting). "Germany's Wurstmarkt is world's largest wine festival". Dicapai pada 23 Mei 2017.

Pautan luar

sunting


Koordinat: 49°27′57.79″N 8°10′15.33″E / 49.4660528°N 8.1709250°E / 49.4660528; 8.1709250

Templat:Germany-festival-stub