Wu Xing
Dalam falsafah Cina tradisional, fenomena alam boleh digolongkan dalam Wu Xing (Bahasa Cina: 五行 ; pinyin: wǔxíng), atau Lima Unsur, juga diterjemah menjadi lima fasa, lima gerakan atau lima langkah.
Unsur-unsurnya adalah:
- api (Bahasa Cina: 火 ; pinyin: huǒ)
- air (Bahasa Cina: 水 ; pinyin: shuǐ)
- kayu (Bahasa Cina: 木 ; pinyin: mù)
- logam (Bahasa Cina: 金 ; pinyin: jīn), dan
- tanah (Bahasa Cina: 土 ; pinyin: tǔ).
Sistem lima unsur ini digunakan untuk menjelaskan interaksi dan hubungan antara fenomena. Sistem ini digunakan dalam kebanyakan bidang pemikiran Cina zaman silam, termasuk bidang-bidang Feng shui, astrologi, perubatan Cina tradisional, muzik, strategi ketenteraan dan seni bela diri. Asas asalnya berdasarkan konsep Lima Mata Angin.
Aliran-aliran Taijiquan tradisional mengaitkan lima unsur ini dengan gerak kaki maka memanggilnya lima "langkah". Sistem ini masih digunakan sebagai rujukan dalam beberapa bentuk perubatan kontemporari dan alternatif dan seni mempertahankan diri.
Kitaran
suntingDoktrin lima fasa menyebutkan dua Kitaran Keseimbangan, iaitu satu kitaran penghasilan (生 shēng dan satu kitaran pemusnahan (克 kè) mengenai interaksi sesama fasa.
Penghasilansunting
|
Pemusnahansunting
|
Terdapat juga dua Kitaran Ketidakseimbangan, iaitu kitaran tindakan melampau (cheng) dan kitaran penghinaan (wu).
Kosmologi dan feng shui
suntingMenurut teori Wu Xing, struktur kosmos mencerminkan lima unsur. Setiap "unsur" mempunyai kaitan-kaitan kompleks dengan berbagai-bagai aspek alam semulajadi, seperti yang dijelaskan dalam jadual berikutnya. Dalam bidang geomansi Cina tradisional yang dikenali sebagai Feng Shui, semua pengamalnya mendasarkan seni dan sistemnya pada Wu Xing. Kelima-lima elemen ini dilambangkan dalam Bagua. Turut dikaitkan dengan unsur-unsur ini termasuk warna, musim dan bentuk; semuanya juga berinteraksi sesama sendiri.[1]
Bergantung pada aliran tenaga berarah tertentu dari unsur ke unsur, interaksi itu bolehlah mengembang, memusnah, atau menghabis. Dengan pengetahuan tepat mengenai aspek aliran tenaga sebegini bolehlah seseorang pengamal Feng Shui menerapkan pemulihan atau penyusunan semula tenaga tertentu secara bermanfaat.
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Warna | Hijau | Merah | Kuning | Putih | Biru / Hitam |
Mata angin | Timur | Selatan | Kemuncak | Barat | Utara |
Planet | Musytari | Marikh | Zuhal | Zuhrah | Utarid |
Makhluk samawi | Naga Biru 青龍 |
Burung Merah Merona 朱雀 |
Naga Kuning 黃龍 |
Harimau Putih 白虎 |
Kura-kura Hitam 玄武 |
Batang Samawi | 甲,乙 | 丙,丁 | 戊,己 | 庚,辛 | 壬,癸 |
Fasa | Yang Baru | Yang Penuh | Keseimbangan Yin/Yang | Yin Baru | Yin Penuh |
Tenaga | Menjana | Mengembang | Membaik | Mengecut | Memulih |
Musim | Bunga | Panas | Peralihan musim (Setiap bulan ketiga) |
Luruh | Sejuk |
Iklim | Berangin | Hangat | Lembap | Kering | Dingin |
Perkembangan | Bertunas | Berbunga | Masak | Layu | Pendam |
Ternakan | Anjing | Kambing | Lembu | Ayam | Khinzir |
Buah | Plum | Aprikot | Jujub (kurma) | Pic | Berangan |
Bijian | Gandum | Kacang | Beras | Hem | Milet |
Bagua
suntingLima unsur juga dikaitkan dengan lapan trigram I Ching:
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
I Ching | Kayu, serpihan | Api, kilat | Tanah, pasir | Logam, besi | Air, ais |
Trigram | :|| (☴ 巽 xùn) |:: (☳ 震 zhèn) | |:| (☲ 離 lí) | ::: (☷ 坤 kūn) ::| (☶ 艮 gèn) | ||| (☰ 乾 qián) ||: (☱ 兌 duì) | :|: (☵ 坎 kǎn) |
Perubatan Cina
suntingMengikut teori perubatan Cina, setiap organ badan dikaitkan dengan salah satu daripada Lima Fasa. Adalah dipercayai bahawa adalah lebih mujarab untuk merawat sesuatu organ ketika tempoh waktu tertentu yanf sesuai untuk organ berkenaan. Susunan petikan Lima Fasa, seperti dalam Bo Hu Tong dan catatan Dinasti Han lain, ialah Logam, Kayu, Air, Api, dan Bumi. Menurut teori, rawatan organ badan paling berkesan dalam tempoh empat jam berikut sepanjang hari, bermula dari tempoh 3 – 7 pagi: Organ Logam (see the list below), organ Tanah, organ Api1, organ Air, organ Api2 (the "non-empirical" Pericardium and Triple Burner organs), dan organ Kayu; iaitu susunan petikan secara terbalik (tambahan peambahan Api dan organ bukan empirikal untuk mengisi tempoh empat jam keenam dalam sehari). Kedua-dua susunan ini juga berkaitan dengan susunan planet dari Matahari (Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal; atau Air, Logam, Api, Kayu, dan Tanah). [2]
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Planet | Musytari | Marikh | Zuhal | Zuhrah | Utarid |
Sifat Mental | Kepekaan | Kreativiti | Kejelasan | Gerak hati | Kespontanan |
Emosi negatif | Kemarahan | Pengujaan berlebihan | Kebimbangan | Kesedihan | Ketakutan |
Emosi positif | Kesabaran | Keriangan | Sayang | Keberanian | Ketenangan |
Zang (organ yin) | Hati | Jantung/perikardium | Limpa/pankreas | Paru-paru | Ginjal |
Fu (organ yang) | Pundi hempedu | Usus kecil/San Jiao | Perut | Usus besar | Pundi kencing |
Organ deria | Mata | Lidah | Mulut | Hidung | Telinga |
Anggota badan | Tendon | Denyut | Otot | Kulit | Tulang |
Bendalir | Air mata | Peluh | Ludah | Hingus | Kencing |
Jari | Telunjuk | Hantu | Ibu jari | Manis | Kelingking |
Deria | Penglihatan | Pertuturan | Rasa | Bau | Pendengaran |
Rasa | Masam | Pahit | Manis | Sengit | Masin |
Bau | Tengik | Hangus | Wangi | Reput | Busuk |
Hayat | Lahir | Muda | Dewasa | Tua | Ajal |
Astrologi Cina
suntingAstrologi Cina berasaskan interaksi lima unsur dengan dua belas bintang zodiak Cina, agar menghasilkan kitaran bintang 60 tahun.
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Batang Samawi | Jia 甲 Yi 乙 |
Bing 丙 Ding 丁 |
Wu 戊 Ji 己 |
Geng 庚 Xin 辛 |
Ren 壬 Gui 癸 |
Tahun lahir berakhir dengan | 4, 5 | 6, 7 | 8, 9 | 0, 1 | 2, 3 |
Contohnya, A labih pada tahun 1953, iaitu tahun Ular. Oleh sebab tahun lahir si A berakhir dengan angka 3, maka unsurnya ialah Air; oleh itu, si A lahir pada tahun Ular Air.
Muzik
suntingBab Yuèlìng (月令篇 ) dalam Lǐjì (禮記 ) dan Huáinánzǐ (淮南子 ) membentuk kaitan berikut:
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Warna | Hijau | Merah | Kuning | Putih | Biru |
Mata angin | Timur | Selatan | Tengah | Barat | Utara |
Skala Lima Not Cina | 角 jué (mi) | 徵 zhǐ (so) | 宮 gōng (do) | 商 shāng (re) | 羽 yǔ (la) |
Seni mempertahankan diri
suntingXingyi
suntingXingyiquan menggunakan lima unsur untuk melambangkan lima kedudukan bertempur secara metaforik.
Unsur | Buku lima | Bahasa Cina | Pinyin | Huraian |
---|---|---|---|---|
Kayu | Tumbang | 崩 | Bēng | Menjatuhkan sasaran bagai pokok tumbang. |
Api | Tumbuk | 炮 | Pào | Menembak ke arah sasaran seperti meriam sambil menyekat. |
Tanah | Rentas | 橫 | Héng | Merentasi garis serangan sambil berpaling. |
Logam | Belah | 劈 | Pī | Membelah seperti kapak memotong-motong. |
Air | Gerudi | 鑽 | Zuān | Menggerudi ke hadapan secara mengufuk seperti geiser. |
Lihat juga
suntingBibliografi
sunting- Feng Youlan (Yu-lan Fung), A History of Chinese Philosophy, volume 2, p. 13
- Joseph Needham, Science and Civilization in China, volume 2, pp. 262-23
- Maciocia, G. 2005, The Foundations of Chinese Medicine, 2nd edn, Elsevier Ltd., London
Rujukan
sunting- ^ http://www.northernshaolinacademy.com/new/docs/FiveElementsChart.xls Chinese Five Elements Chart] Maklumat mengenai Lima Unsur Cina dari Akademi Shaolin Utara dalam format Microsoft Excel 2003
- ^ See 5 Xing in Citation Order.
Pautan luar
sunting- Acupuncture Text Book Corrections Diarkibkan 2008-04-04 di Wayback Machine Corrections to English translation errors in textbooks
- Five Elements Diarkibkan 2008-04-30 di Wayback Machine Malaysia I Ching Net
- Five Element Information Diarkibkan 2011-02-15 di Wayback Machine Five Element interrelationships, concordances and causative factors.
- Chinese Zodiac Chart Find your Chinese Zodiac sign based on your date of birth.
- Traditional Chinese Medicine (TCM) Diarkibkan 2008-03-25 di Wayback Machine A model of transition from the traditional elements
- The American School of Classical Feng Shui
- Five Elements of Feng Shui Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine The Five Elements of Feng Shui and Their Interactions
- Chinese Five Elements Information on the Chinese Five Elements from Northern Shaolin Academy