World Dream ialah sebuah kapal pesiaran dioperasikan oleh Dream Cruises. Kapal ini pada awalbya dibeli di bawah nama yang sama untuk Star Cruises. Kapal ini direka untuk pasar pesiaran Asia dan mempunyai restoran yang banyak termasuk kasino dan kabin yang direka khusus. Kapal ini dinamakan pada 17 November 2017 oleh Cecilia Lim, isteri kepada CEO Genting Lim Kok Thay, yang menjadi "ibu angkat" kapal ini.[4]

World Dream di kemudahan Meyer Werft sebelum diserahkan kepada Dream Cruises
Sejarah
Nama: World Dream
Pemilik: (GHK) Genting Hong Kong Ltd
Pengguna: Dream Cruises
Pendaftaran pelabuhan: Nassau, Bahamas
Dipesan: 10 Februari 2014[1]
Pembina: Meyer Werft
Kos: 960 Mio. $[2]
Nombor limbungan: S.712
Dibaringkan: 29 Julai 2015
Dilancarkan: 26 Ogos 2017
Ditaja oleh: Cecilia Lim
Disucikan: 17 November 2017
Disiapkan: 26 Oktober 2017
Pelayaran sulung: 19 November 2017
Pengenalan:
Status: Dalam perkhidmatan
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal pesiaran kelas-Breakaway
Berat (tan): 150,695 GT[3]
Panjang: 335.2 m (1,099 ka 9 in)[3]
Lunas:
  • 44.35 m (145 ka 6 in) max[3]
  • 39.75 m (130 ka 5 in) waterline[3]
Draft: 8.622 m (28 ka 3.4 in)[3]
Kedalaman: 11.417 m (37 ka 5.5 in)[3]
Dek: 18
Installed power:
  • 2 × MAN 14V48/60CR (16,800 kW)
  • 3 × MAN 12V48/60CR (14,400 kW)
  • 1 × CAT 3516 (1.5 kW)[3]
Jana kuasa:
Halaju: 24 knot (44 km/j; 28 mph)
Kapasiti: 3,376 penumpang
Krew: 2,000

Pada 16 November 2017, Dream Cruises mencipta 8.44-meter (27 ka 8 in) model Lego kapal ini, model terbesar kapal pesiaran, yang kini dipamerkan di Terminal Persiaran Kai Tak Cruise di Hong Kong.[5]

Sejarah

sunting

Pembinaan dan perkhidmatan

sunting

World Dream telah dibeli pada Februari 2014 untuk Star Cruises. Lunas kapal ini telah diletakkan pada 29 Julai 2015, pelancaran pada 26 Ogos 2017 dan siap pada 26 Oktober 2017. World Dream diukur pada 150,695 tanan kasar dan berukuran 335.2 meter (1,099 ka 9 in) panjang dengan satu balok berukuran 39.7 meter (130 ka 3 in).[3] World Dream memulakan perkhidmatannya dengan Dream Cruises pada November 2017.

Kuarantin di Hong Kong

sunting

Tiga penumpang menaiki World Dream pada 19–24 Januari 2020 telah disahkan dijangkiti COVID-19 semasa wabak.[6] Pada 5 Februari 2020, semua 3,800 penumpang dan anak kapal World Dream telah dikuarantin di kapal di Terminal Persiaran Kai Tak Hong Kong selepas Taiwan menghalang mana-mana kapal berhenti di pelabuhan di Kaohsiung. Sehingga 7 Februari 2020, pemeriksaan terhadap sesiapa yang menaiki kapal ini masih dijalankan.[6]

Kuarantin itu telah dihentikan pada 9 Februari 2020 setelah semua 1,800 anak kapal telah diuji negatif terhadap virus itu. Majoriti penumpang tidak diuji kerana mereka tidak mempunyai hubungan dengan penumpang Cina yang dijangkiti yang telah berada di dalam kapal itu pada 19-24 Januari.[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ "World Dream". cruisemapper.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 November 2017.
  2. ^ "Cruise Ship Orderbook". cruiseindustrynews.com (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2011. Dicapai pada 4 April 2016.
  3. ^ a b c d e f g h i Templat:DNV
  4. ^ Staff, CIN (18 November 2017). "World Dream Christened in Hong Kong Ceremony" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Februari 2018.
  5. ^ "Dream Cruises sets world record with scale replica of World Dream". CruiseToTravel (dalam bahasa Inggeris). 17 November 2017. Dicapai pada 2 Februari 2018.
  6. ^ a b Denyer, Simon (7 Februari 2020). "Honeymooner among 61 people on cruise ship confirmed as having coronavirus". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2020. Dicapai pada 7 February 2020.
  7. ^ "Passengers leave Hong Kong cruise ship after coronavirus quarantine lifted". CBC News (dalam bahasa Inggeris). 9 Februari 2020. Dicapai pada 9 Februari 2020.

Pautan luar

sunting