Wombat (Jawi: وومبت) ialah sejenis marsupial kuadruped berotot dan katik yang ada di Australia. Ia berukuran kira-kira 1 m (40 in) 1 m (40 inci) panjang dengan ekor kecil dan kontot. Berat wombat ditimbang antara 20 dan 35 kg (44 dan 77 paun). Terdapat tiga spesies wombat yang masih wujud[1] menganggotai keluarga Vombatidae.[1] Wombat ditemui di kawasan-kawasan hutan, bergunung-ganang dan semak samun selatan dan timur Australia, termasuk Tasmania, dan juga sebidang petak tanah terasing kira-kira 300 hektar (740 ekar) dalam Taman Negara Hutan Epping[2] di tengah Queensland.

Wombat
Julat zaman: Oligosen Akhir– kini
Wombat biasa
Pulau Maria, Tasmania
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Keluarga:
Vombatidae jul hi ouoiiiiiiuijiioo put technologically coolhhfg

Burnett, 1830
Genus jenis
Vombatus
Geoffroy, 1803
Genus and spesies

Etimologi

sunting

Nama "wombat" datang daripada bahasa Dharug orang asli Darug yang duduk di kawasan Sydney asal.[3] Perkataan itu julung kali dicatatkan pada Januari 1798, apabila John Price and James Wilson, seorang putih yang mengamalkan budaya orang asli, melawati kawasan yang kini dikenali sebagai Bargo, New South Wales. Price menulis: "kami melihat najis beberapa ekor haiwan, salah seekor haiwan itu Wilson sebut sebagai "Whom-batt", iaitu seekor haiwan kira-kira 20 inci tinggi, dengan kaki katik, badan gempal, kepala besar, telinga bulat dan mata sangat kecil; ia gemuk, dan mempunyai rupa seperti bejar."[4]

Spesies

sunting

Ada tiga spesies wombat yang endemik di Australia dan beberapa pulau luar pesisirnya. Ketiga-tiga spesies ini terlindung di bawah undang-undang Australia.[5]

  • Wombat biasa (Vombatus ursinus)
  • Wombat hidung berbulu utara atau yaminon (Lasiorhinus krefftii)[6]
  • Wombat hidung berbulu selatan (Lasiorhinus latifrons)

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Templat:MSW3 Diprotodontia
  2. ^ "Northern Hairy-nosed Wombat". Jabatan Kemapanan, Alam Sekitar, Air, Penduduk dan Masyarakat. Kerajaan Australia. Dicapai pada 2 Julai 2011.
  3. ^ Butler, Susan (2009). The Dinkum Dictionary: The Origins of Australian Words. Text Publishing. m/s. 266. ISBN 978-1-921799-10-5.
  4. ^ Reed, Alexander Wyclif (1969). Place-names of New South Wales, their origins and meanings. Reed. m/s. 152.
  5. ^ Humble, Gary (1 Jun 2006). "The Uncommon Wombat". Scribbly Gum. Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 13 Ogos 2010.
  6. ^ "Lasiorhinus krefftii – Northern Hairy-nosed Wombat, Yaminon". Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. Kerajaan Australia. 12 Februari 2010. Dicapai pada 13 Ogos 2010.