William Barak (atau juga William Beruk, s. 1824 – 15 Ogos 1903) ialah seorang ketua suku asli (ngurungaeta, elder) Wurundjeri-willam yang menduduki kawasan terangkum dalan Melbourne moden, Australia.

Fail:William Barak 1866 photographic portrait by Carl Walter.jpg
Gambar William Barak tahun 1866

Beliau bertanggungjawab dalam penyimpanan dan pencatatan sejarah lisan suku asli beliau. Pada usia tuanya, beliau terkenal mengkaryakan gambaran upacara-upacara adat Wurundjeri baik bentuk lukisan serta menukang senjata tradisi yang menarik perhatian dalam dan luar Australia.[1] Atas usaha inilah beliau dianggap antara pengkarya seni Aborigin Australia (atau "Aborigin") paling utama pada abad ke-19.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Clark, Ian D. (2015). 'A Peep at the blacks' a history of tourism at Coranderrk Aboriginal Station, 1863-1924. Jan Barabach, Lucrezia Lopez. Warsaw. ISBN 978-3-11-046824-3. OCLC 1269094516.
  2. ^ Sayers, Andrew (1996). Aboriginal Artists of the Nineteenth Century (dalam bahasa Inggeris). Melbourne: Oxford University Press. m/s. 13–26. ISBN 9780195539950.