Wilayah Tanggungan Ross
Wilayah Tanggungan Ross (Ross Dependency) ialah satu kawasan daratan di Antartika (dan daratan lain di Lautan Selatan) yang dituntut oleh New Zealand. Ia ditakrifkan oleh satu sektor yang berasal dari Kutub Selatan, melalui sepanjang longitud 160° timur ke 150° barat, dan berhenti di latitud 60° selatan. Saiznya adalah lebih kurang sama besarnya dengan Sweden dan mengandungi sebahagian besar dari Realm New Zealand. Wilayah Tanggungan ini mengambil nama sempena Sir James Clark Ross, yang menjumpai Laut Ross. Nama lama wilayah ini ialah King Edward VII Land - nama yang kini masih dipakai untuk merujuk kepada kawasan di sekitar Cape Colbeck.
Ross Dependency | |
---|---|
Bendera | |
Pangkalan utama | Scott Base (NZ) McMurdo Station (A.S.) |
Kerajaan | ditadbir langsung dari New Zealand |
Tanggungan New Zealand | |
• Diamanahkan | 1923 |
• Rentang sektor | 160°E - 150° W |
Keluasan | |
• Jumlah | 450,000 km2 (170,000 bt2) |
Populasi | |
• Perkiraan Bermusim | 10 hingga 801 200 hingga 1,0002 85 hingga 2003 0 hingga 904 |
Mata wang | Dolar New Zealand ( NZD ) |
Zon waktu | UTC+12 (NZST) |
• Musim panas (DST) | UTC+13 (NZDT) |
(Sep hingga Apr) | |
Kod panggilan | 64 2409 |
DPT internet | .nz, .aq |
Kerajaan United Kingdom menguasai wilayah tanggungan ini pada 1923 dan mengamanahkan pentadbirannya kepada New Zealand. Amerika Syarikat dan Rusia tidak mengakui klaim ini, dan masalah tersebut tidak diselesaikan (beserta tuntutan wilayah Antartik lainnya) oleh Sistem Perjanjian Antartika yang sebahagian besar isinya mendamaikan persengketaan di Antartika. Luas wilayah yang dituntut New Zealand tidaklah besar, bahkan merupakan yang terkecil antara semua tuntutan sebelum perjanjian tersebut.
Gabenor Wilayah Tanggungan Ross adalah Gabenor Jeneral New Zealand (sejak 2004). Pegawai kerajaan Wilayah Tanggungan Ross dilantik secara tahunan untuk memerintah wilayah ini.