Wilayah Zonguldak
Zonguldak merupakan sebuah wilayah Turki di pesisir barat Laut Hitam. Dengan keluasan 3,481 km² dan jumlah penduduk 615,599 orang pada tahun (2000), Zonguldak ini merupakan pusat pengeluaran arang batu di Turki. Wilayah ini bersempadan dengan Duzce di sebelah barat daya, Bolu di selatan, Karabuk di tenggara, dan Bartin di timur. Ibu kota Wilayah ialah Zonguldak.