Wilayah Voronezh ( Rusia: Воро́нежская о́бласть) ialah bandar raya yang besar di Rusia barat daya, tidak jauh dari Ukraine. Ia terletak di Sungai Voronezh, dua belas kilometer dari tempat yang Sungai Voronezh mengalir masuk ke Sungai Don. Voronezh ialah pusat pentadbiran Oblas Voronezh. Ia merupakan persimpangan kereta api yang penting (dengan landasan ke Moscow, Rostov-on-Don, Kiev), serta juga pusat Lebuh Raya Don (MoscowRostov-on-Don). Jumlah penduduknya 848,752 orang (banci 2002); 886,844 (banci 1989); 660,000 (1970); 447,000 (1959); 344,000 (1939); 120,000 (1926). Bandar raya ini dibahagikan kepada enam daerah pentadbiran: Kominternovsky, Leninsky, Levoberezhny, Sovetsky, Tsentralny, dan Zheleznodorozhny.

Wilayah Voronezh
Воро́нежская о́бласть (Rusia)

Lokasi Wilayah Voronezh di Rusia
Jata Bendera

Jata

Bendera
Lagu: tidak diketahui
Pusat pentadbiran Voronezh
Tahun diwujudkan 1934
Status politik
Daerah persekutuan
Rantau ekonomi
Wilayah
Pusat
Pusat
Kod tidak diketahui
Kawasan
Kawasan
- Tangga
52,400 km²
ke-51
Populasi (mengikut Bancian 2002)
Populasi
- Tangga
- Kepadatan
- Bandar
- Luar bandar
2,379,000 penduduk
ke-23
45.4 penduduk  / km²
62%
38%
Bahasa kebangsaan Rusia
Kerajaan
Gabenor Vladimir Grigoryevich Kulakov
Badan perundangan tidak diketahui
Asas undang-undang tidak diketahui
Laman web rasmi
http://www.comch.ru/~ves/

Geografi

sunting

Zon waktu

sunting
 

Wilayah Voronezh terletak di Zon Waktu Moscow (MSK/MSD), dengan UTC-nya +0300 (MSK)/+0400 (MSD).

Sejarah

sunting
 
Peta Wilayah Voronezh, dengan daerah-daerah utamannya

Sungai Voronezh disebut buat pertama kali dalam Kodeks Hypatian pada tahun 1177. Kota ini diasaskan antara tahun 1585–1586 oleh Tsar Feodor I sebagai kubu untuk melindungi negara Rusia daripada serangan Tatar Krimea dan Nogay. Bagaimanapun, petempatan di sini telah wujud sejak Zaman Batu.

Pada abad ke-17, Voronezh menjadi sebuah pusat komersil dan kraftangan yang penting. Sebuah pemberontakan antifeudal berlaku di in Voronezh pada tahun 1648. Antara tahun 1695–1696, Tsar Peter Agung mengasaskan sebuah limbungan di Voronezh untuk membina armada Azov bagi kempen Azov (mungkin merupakan armada pertama yang dibina di Rusia). Semasa pemerintahannya, Voronezh menjadi kota yang terbesar di Rusia selatan dan pusat pentadbiran untuk kawasan selatan yang besar. Voronezh menjadi pusat provinsi Azov sejak tahun 1711, pusat provinsi Voronezh sejak tahun 1725, pusat Voronezh namestnichestvo sejak tahun 1779, dan pusat provinsi Voronezh sejak 1824. Pada abad ke-18 dan ke-19, Voronezh menjadi pusat kawasan pertanian chernozem. Industri pengilangan (pengisaran, peleburan lemak binatang, pembuatan mentega, sabun, dan kulit, serta perusahaan lain) serta perdagangan roti, lembu, dan bulu berkembang di kota ini. Pada abad ke-19, sebatang landasan kereta api menghubungkan Voronezh dengan Rostov-on-Don (1868) dan Moscow (1871).

Semasa Perang Patriotik Agung antara tahun 1941–1945, Voronezh menjadi tempat pertempuran yang ganas antara askar Rusia dengan askar Wehrmacht. Ia dipergunakan oleh askar Jerman sebagai tempat persinggahan untuk serangan ke atas Stalingrad, serta titik penyeberangan Sungai Don yang utama. Pada bulan September 1989, terdapat penglihatan UFO yang termasyhur di Voronezh yang menarik perhatian akhbar dan televisyen. Terdapat juga dua makhluk aneh yang keluar dari UFO selepas UFO mendarat di taman yang terletak di kota tersebut.

Antara tahun 1991 hingga tahun 2000, Voronezh yang mengalami kadar pengangguran yang tinggi menjadi sebahagian kawasan pengundian komunis yang dikenali sebagai Jalur Merah Rusia. Pada hari ini, bandar raya ini merupakan pusat ekonomi, perindustrian, kebudayaan dan sains yang dikenali sebagai Kawasan Tanah Hitam. Terdapat 7 buah teater, 12 buah pawagam, dan 19 sekolah menengah serta juga Voronezh State University di bandar raya ini. Jumlah pelajar yang besar di sini merangkumi banyak pelajar asing di Rusia yang biasanya mengambil masa setahun untuk mempelajari bahasa Rusia di Voronezh sebelum berpindah ke universiti-universiti yang lain. Pada masa yang lalu, keadaan ini telah mengakibatkan ketegangan antara pelajar asing dengan penduduk asli. Sebilangan pembunuhan telah berlaku. Sebanyak 45 serangan ke atas orang asing dilaporkan di Voronezh pada tahun 2005, dengan pembunuhan terakhir melibatkan Enrique Anhelis Hurtado, seorang pelajar Peru, pada 9 Oktober.

Banyak tokoh yang termasyhur dilahirkan di Voronezh dan kawasan berhampiran, antaranya termasuk:

Osip Mandelstam, pemuisi Rusia, menjalani buangan di Voronezh selepas ditangkap pada tahun 1934 dan menulis satu siri puisi di sini yang disusun di bawah judul "Voronezh Notebooks" (Buku Nota Voronezh). Sektor Gaza, pancaragam punk Rusia yang termasyhur, diasaskan di Voronezh.

 
Pemandangan Voronezh pada abad ke-18.

Tidak jauh dari Voronezh ialah bandar satelit Novovoronezh ("Voronezh Baharu") yang bertindak sebagai loji kuasa nuklear tempatan. Kedua-dua bandar raya dilayani oleh Lapangan Terbang Chertovitskoye. Voronezh juga merupakan tempat untuk lapangan terbang Voronezh Pridacha, kemudahan pengilangan kapal terbang yang utama yang membina Concordski Tupolev Tu-144. Kapal terbang tersebut kini masih disimpan di lapangan terbang tersebut dan merupakan satu-satunya kapal terbang yang masih boleh berjalan. Selain itu, Voronezh juga merupakan tempat untuk pangkalan tentera udara Voronezh Malshevo di bahagian barat daya. Pangkalan tentera itu menampung pengebom nuklear.

Bandar raya kembar

sunting

Galeri

sunting