Bahagian Tawau

Bahagian di Malaysia
(Dilencongkan daripada Wilayah Tawau)

Bahagian Tawau adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah. Ia meliputi sejumlah 14,905 kilometer persegi atau 20% daripada wilayah Sabah. Bandar-bandar utama di Bahagian ini termasuklah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Bahagian Tawau
Lokasi Bahagian Tawau di Sabah
Lokasi Bahagian Tawau di Sabah
NegaraMalaysia
NegeriSabah
Pusat pentadbiranBandar Tawau
Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Tawau
Majlis Daerah Lahad Datu
Majlis Daerah Semporna
Majlis Daerah Kunak
Keluasan
 • Jumlah14,905 km2 (5,755 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah819,955
 • Kepadatan55/km2 (140/batu persegi)

Demografi

sunting

Bahagian Tawau memilki 26% daripada jumlah penduduk di Sabah dengan suku kaum yang terdiri daripada suku pribumi Bajau, Suluk, Ida'an, Tidong, Melayu Cocos, Jawa, Bugis, Murut dan Lundayeh serta Kaum Cina dan juga sejumlah besar Warga Asing dari Filipina dan Indonesia.

Sumber Pendapatan dan Kemudahan Awam

sunting

Pelabuhan Tawau adalah pelabuhan yang ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Pelabuhan tersebut berfungsi sebagai pusat eksport utama produk pembalakan dan agrikultur. Terdapat dua lapangan terbang domestik di Bahagian Tawau iaitu Tawau dan satu lagi berada di Lahad Datu.Tawau juga merupakan salah satu perhentian pelancong asing sebelum pergi ke pulau-pulau yang ada di sekitarnya.Ini disebabkan, Tawau mempunyai lapangan terbang yang paling dekat berbanding Lahad Datu.

Daerah

sunting

Antara Daerah yang terletak di Bahagian Tawau ialah

  1. Daerah Kalabakan, pekan Kalabakan
  2. Daerah Kunak
  3. Daerah Lahad Datu
  4. Daerah Semporna
  5. Daerah Tawau
  6. Daerah Kecil Pulau Bum Bum (2018)
  7. Daerah Kecil Tungku

Ahli Parlimen (Dewan Rakyat)

sunting
Parlimen Ahli Parlimen Parti
P188 Lahad Datu Dato' Hj Mohammad Yusof Apdal WARISAN
P189 Semprona Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal WARISAN
P190 Tawau Tuan Lo Su Fui GRS (PBS)
P191 Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy BN (UMNO)

Tempat Menarik

sunting

Bahagian Tawau juga terkenal dengan beberapa tempat yang menarik seperti