Wikipedia Bahasa Asturia
Wikipedia Bahasa Asturia (Bahasa Asturia: Wikipedia n'asturianu) adalah Wikipedia versi bahasa bahasa Asturia[1] yang dimulakan pada Julai 2004. Pada 8 Disember 2015, Wikipedia Asturia mempunyai lebih dari 45,000 rencana, menjadikannya Wikipedia ke-77 terbesar. Ia juga mempunyai 30,432 pengguna berdaftar, kebanyakannya akaun global dibuat secara automatik, kerana pengguna aktif bulanan berjumlah 94 di mana sembilan daripadanya adalah pentadbir. Ia telah disunting sebanyak 999,632 kali. Wikipedia Bahasa Asturia diklasifikasikan di tempat ke-15 Wikipedia berdasarkan rencana bagi setiap jumlah penutur.[2]
Wikipedia Bahasa Asturia | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | ast.wikipedia.org |
Jenis | Projek ensiklopedia internet |
Tersedia dalam | Asturia |
Ditubuhkan | 20 Julai 2004 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Pengasas | Komuniti wiki Bahasa Asturia |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Ensiklopedia internet |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada | Julai 2004 |
Lesen | Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Miami, Florida |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingSetelah ditubuhkan pada Julai 2004, Wikipedia Bahasa Asturia mencapai 1,000 rencana pada 1 September 2004.
Pada 2015, Wikipedia ini dianugerahkan dengan Anugerah Puteri Asturias Sepanyol atas Kerjasama Antarabangsa.[3] Berucap di Parlimen Asturias di Oviedo, kota yang menjadi tuan rumah upacara penganugerahan, Jimmy Wales memuji karya pengguna Wikipedia Bahasa Asturia.[4] Pada malam upacara, ahli Yayasan Wikimedia mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Wikipedia dari seluruh pelusuk Sepanyol, termasuk komuniti Asturia tempatan.
-
Logo Wikipedia Bahasa Asturia versi lama
-
Logo 4 tahun (2008)
-
Sempena rencana ke-10,000 dicipta pada 20 November 2007
-
Sempena rencana ke-50,000 dicipta
-
Logo 10 tahun (musim panas 2014)
Rujukan
sunting- ^ Carlos Arturo Serrano Gomez. "Fact-Checking the Wikipedia: The drawbacks of having a one-stop reference source" (dalam bahasa Inggeris). Ohmy News. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2008. Dicapai pada 9 Februari 2008.
- ^ List of Wikipedias by speakers per article (dalam bahasa Inggeris)
- ^ "Premio Princesa de Asturias de Cooperación Internacional 2015" [Anugerah Puteri Asturias untuk Kerjasama Antarabangsa 2015] (dalam bahasa Sepanyol). Fundación Princesa de Asturias. Dicapai pada 17 Jun 2015.
- ^ "Los fundadores de Wikipedia destacan la versión en asturiano" [Pengasas Wikipedia mengetengahkan versi bahasa Asturia] (dalam bahasa Sepanyol). La Nueva España. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
Pautan luar
suntingWikipedia Wikipedia Bahasa Asturia, ensiklopedia bebas |
- Wikipedia Bahasa Asturia (dalam bahasa Asturia)
- Wikipedia Bahasa Asturia versi mudah alih (belum disokong sepenuhnya) (dalam bahasa Asturia)