Wikipedia:Transliterasi Arab-Rumi

Transliterasi Arab-Rumi ialah perbuatan menukar perkataan yang ditulis dalam tulisan Arab ke dalam tulisan Rumi. Ia membolehkan pembaca yang tidak boleh membaca tulisan Arab mengetahui sebutannya. Lazimnya, transliterasi dilakukan terhadap istilah Arab/Islam yang khusus dalam bidang ilmu tertentu, petikan lafaz, dan kata nama khas seperti nama tokoh, tajuk buku dan sebagainya.

Terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk transliterasi huruf-huruf Arab sebagai abjad Rumi. Antaranya ialah SATTS, UNGEGN, ALA_LC, DIN-31635, ISO 233 dan Qalam. Senarai penuh bagi kaedah transliterasi ini boleh dilihat di en:Arabic transliteration#Transliteration standards. Para penyunting Wikipedia bahasa Inggeris belum mempunyai kata sepakat mengenai pemilihan kaedah khusus dalam penulisan (kaedah yang sedang dicadangkan di sana ialah ALA-LC).

Namun begitu, Wikipedia bahasa Melayu haruslah menggunakan kaedah khusus yang telah pun ada dalam penulisan bahasa Melayu, sebagaimana yang telah digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kaedah ini diperincikan dalam buku kecil Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi terbitan DBP. Buku ini boleh didapati secara percuma dalam bentuk elektronik dari DBP melalui pautan ini, (fail PDF, 500Kb)[1]. Walau bagaimanapun, untuk rujukan semua, panduan yang terkandung dalam buku tersebut akan diterangkan dalam rencana ini secara ringkas.

Jadual transliterasi

sunting
Huruf Arab Huruf Rumi Lokasi Unicode Catatan
Konsonan
ب b
ت t
ث th
ج j
ح ḥ/Ḥ 1E25/1E24 H bertitik di bawah
خ kh
د d
ذ dh
ر r
ز z
س s
ش sy
ص ṣ/Ṣ 1E63/1E62 S bertitik di bawah
ض ḍ/Ḍ 1E0D/1E0C D bertitik di bawah
ط ṭ/Ṭ 1E6D/1E6C T bertitik di bawah
ظ ẓ/Ẓ 1E93/1E92 Z bertitik di bawah
ع ' Koma atas
غ gh
ف f
ق q
ك k
ل l
م m
ن n
و w
ه h
ء ' Koma atas; kecuali pada awal kata, lihat #Hamzaṯ di bawah
ي y
ة 1E6F T bergaris di bawah, lihat #Tā' marbūṭaṯ di bawah
Vokal pendek
a
i
u
Vokal panjang
ـَا ā/Ā 0101/0100 A bergaris di atas, lihat juga #Alif māddaṯ
ـِي ī/Ī 012B/012A I bergaris di atas
ـُو ū/Ū 016B/016A U bergaris di atas
Diftong
ـَيْ ay
ـَوْ aw

Latar belakang berwarna merah jambu menandakan penggunaan aksara Rumi khas. Silat lihat bahagian #Masalah aksara khas di bawah.

Perincian

sunting

Tā' marbūṭaṯ

sunting

Tā' marbūṭaṯ (ة) pada ism nakiraṯ, atau didahului oleh alif lām ta'rīf, atau dalam lafaz murakkabaṯ ditransliterasikan sebagai . Contoh:

  • مرآة: mir'āṯ
  • الرسالة: al-risālaṯ
  • وزارة التعليم: wizāraṯ al-ta'līm

Tā' marbūṭaṯ pada kata hāl, ẓarf atau maṣdar, serta yang bertanwīn ditransliterasikan sebagai ṯ(an), ṯ(in), atau ṯ(un). Contoh:

  • فجأة: fuj'aṯ(an)
  • ساعة: sā'aṯ(un)

Hamzaṯ

sunting

Hamzaṯ (ء) yang terdapat di awal kata ditransliterasikan sebagai a, i, atau u. Contoh:

  • أبرار: abrār
  • إن: inna
  • أمرت: umirtu

Hamzaṯ mati, atau hidup di belakang konsonan atau diftong ditransliterasikan sebagai koma atas ('). Contoh:

  • المسألة: al-mas'alaṯ
  • الرأي: al-ra'y

Alif māddaṯ

sunting

Alif māddaṯ (آ) ditransliterasikan sebagai ā. Contoh: القرآن: al-Qur'ān.

Syiddaṯ

sunting

Huruf yang mempunyai tanda syiddaṯ (ّـ) ditransliterasikan sebagai huruf berganda. Contoh:

  • ربنا: rabbanā
  • كشاف: kasysyāf
  • تواب: tawwāb
  • قوة: quwwaṯ(un)

...kecuali syiddaṯ di atas huruf wāw selepas konsonan berbaris depan di akhir kata, maka ditransliterasikan sebagai ūw, atau di atas huruf yā' selepas konsonan berbaris bawah di akhir kata, maka ditransliterasikan sebagai īy. Contoh:

  • النبي: al-nabīy
  • عدو: adūw(wun)

Tanwīn

sunting

Simbol-simbol tanwīn pada ism nakiraṯ yang manqūṣ dan maqṣūr serta pada hāl, ẓarf dan maṣdar perlu dibunyikan. Contoh:

  • راض: rāḍin
  • معنى: ma'nan
  • سرعة: sur'aṯan

Alif lām al-ta'rīf

sunting

Alif lām (ال) al-ta'rīf, tidak kira sama ada dihubungkan oleh sebutan sebelumnya atau tidak, atau sama ada ia syamsīyyaṯ atau qamarīyyaṯ, ditransliterasikan sebagai al- (al dengan tanda sempang). Contoh:

  • بستان العارفين: bustān al-'ārifīn
  • ابن النور: ibn al-nūr

Penulisan

sunting

Cantumkan dan pisahkan kata mengikut ideograf yang terdapat dalam bahasa Arab sendiri. Contoh:

  • لا إكراه في الدين: lā ikrāha fi al-dīn
  • لا دين لمن لا عقل له: lā dīna liman lā 'aqla lah

Huruf besar

sunting

Gunakan huruf besar menurut sistem ejaan bahasa Melayu. Contoh:

  • ابن سينا: Ibn Sīnā
  • أبو بكر الصديق: Abū Bakr al-Ṣiddīq
  • الحمدلله: Al-ḥamdulilLāh

Masalah aksara khas

sunting

Perhatikan bahawa sesetengah huruf seperti dan adalah aksara-aksara khas dalam pengekodan Unicode dan tidak boleh ditaip secara terus dengan menggunakan papan kekunci komputer biasa. Hal ini boleh menimbulkan kesukaran bagi para penyunting. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh pergi ke laman ini (petua: gunakan jalan pintas WP:TAR), menyalin aksara-aksara yang berkaitan daripada jadual yang disediakan dan menampalnya dalam rencana yang disunting. Namun, jika anda berasa bahawa kaedah ini menyulitkan, anda boleh menggantikan aksara-aksara khas tersebut dengan huruf Rumi biasa yang paling hampir pada papan kekunci (perbuatan sebegini dikenali sebagai transliterasi ringan).

Transliterasi ringan

sunting

Berikut adalah panduan tambahan untuk kaedah transliterasi ringan yang menjadi kelaziman dalam penulisan.

  • Tā' marbūṭaṯ boleh dilambangkan dengan t atau h mengikut kesesuaian.
  • Huruf thā' boleh dilambangkan dengan s.
  • Huruf dhāl boleh dilambangkan dengan z.
  • Tanda-tanda diakritik khas (seperti titik di bawah dan garis di bawah ) boleh diabaikan.
  • Tanda koma atas yang melambangkan 'ayn atau hamzaṯ boleh digugurkan atau digantikan dengan k mengikut kesesuaian. Contohnya, معبود boleh ditulis makbud.
  • Huruf musyaddad (mempunyai tanda syiddaṯ) pada akhir kalimah tak perlu digandakan. Contohnya, ملفّ boleh ditulis malaf.
  • Diftong yang berakhir dengan yā' boleh dilambangkan dengan ai dan diftong yang berakhir dengan wāw boleh dilambangkan dengan au. Contohnya, موقوف boleh ditulis mauquf.
  • Yā' musyaddad atau wāw musyaddad pada akhir kalimah boleh diabaikan. Contohnya, حنفيّ boleh ditulis Hanafi dan علوّ boleh ditulis ulu.
  • Kalimah عبد yang diikuti oleh alif lām al-ta'rīf dalam nama orang boleh ditransliterasikan sebagai Abdul dan ditambah tanda jarak. Contohnya, عبد الرحمن boleh ditulis Abdul Rahman.

Nota kaki

sunting
  1. ^ Peringatan kepada penyunting laman ini: sila berhati-hati apabila memetik kandungan hak cipta daripada buku tersebut.

Rujukan

sunting
  1. Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Bacaan lanjut

sunting