Wikipedia:Tanggungjawab penyelia
Pentadbiran |
---|
Papan kenyataan |
Polisi |
Tanggungjawab |
Birokrat |
Pemeriksa |
Permohonan |
Pengundian |
Senarai penyelia |
Log hak pengguna |
Penyelia adalah seorang ahli Wikipedia yang mempunyai "hak pentadbiran" (sysop rights). Polisi semasa Wikipedia adalah memberikan hak ini secara bebas "liberal" pada sesiapa yang telah menjadi penyumbang Wikipedia aktif untuk agak lama dan secara amnya ahli masyarakat yang diketahui dan dipercayai.
Beberapa tanggungjawab yang harus dipenuhi oleh seorang penyelia:
- Memeriksa setiap suntingan pengguna lain dan juga memantau halaman perubahan terkini. Kemudian melakukan hal-hal lain:
- Memadam rencana/laman sesuai dengan dasar polisi pemadaman.
- Mengemaskinikan rencana (memberikan templat terjemah, wikify, cleanup, dan sebagainya).
- Memeriksa suntingan yang tidak neutral (meletakkan templat, memadam, meneutralkan).
- Memeriksa gambar-gambar yang baru dimuatnaik (teg, lesen, sumber, nama, Commons)
- Mengembalikan/membatalkan suntingan vandal.
- Melindungi laman seperti apa yang termaktub dalam Wikipedia:Polisi perlindungan.
- Memulih / menyah hapus laman/rencana mengikut Wikipedia:Polisi pulih.
- Mengembalikan suntingan laman yang telah dihapuskan atau dimanipulasikan dengan pantas.
- Menyekat pengguna/pemilik alamat IP yang melaku musnah dalam Wikipedia.
- Menyah-sekatan/melepaskan sekatan akaun pengguna/alamat IP dari terus dibekukan atau dimatikan.
- Memberikan teguran, peringatan dan bimbingan kepada Ahli Wikipedia.
- Menggubal/membuat polisi, garis panduan atau penyataan bersesuaian mengikut nilai-nilai norma dan pertimbangan bersama antara semua Ahli Wikipedia, menurut apa yang terkandung dalam Wikipedia:Sepersetujuan.
- Penyelia juga boleh menguatkuasakan undang-undang polisi dan garis panduan yang termaktub di Wikipedia dengan menggunakan hak dan alatan khas yang diberikan pada mereka.