Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Agama dan Kepercayaan
Merangkumi fakta berkenaan agama, kepercayaan, ajaran, tradisi dan warisan keagamaan.
- "... bahawa meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar akan membatalkan iktikaf?"
- "... bahawa semua agama utama memandang bunuh diri sebagai satu dosa?"
- "... bahawa syirik merupakan satu-satunya dosa yang tidak diampunkan dalam Islam?"
- "... bahawa dalam Islam, perkahwinan boleh jadi wajib, sunat, harus, makruh atau haram?"
- "... bahawa Haikal Sulaiman merupakan rumah agama pertama Yahudi di Jerusalem?"
- "... bahawa Injil Barnabas hampir sejalan dengan ajaran Islam, tetapi ditolak oleh Kristian?"
- "... bahawa Masjidil Haram yang mengelilingi Kaabah adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam?"
- "... bahawa konsep kosher dalam agama Yahudi adalah lebih kurang sama dengan konsep halal dalam Islam?"
- "... bahawa hukum mempelajari tajwid adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkannya ketika membaca al-Qur'an adalah fardhu ain?"
- "... bahawa Surah At-Taubah sahaja yang tidak dimulakan dengan basmalah di dalam al-Qur'an?"
- "... bahawa rukun solat menentukan sah atau tidak solat seorang Muslim?"
- "... bahawa dalam Islam, usul al-fiqh berperanan menyelesaikan masalah yang timbul, jika ia tidak dijumpai dalam sebarang nas dari al-Quran atau as-Sunnah?"
- "... bahawa konsep keabadian telah menjadi fokus kepada spekulasi, khayalan dan perbahasan dalam banyak kepercayaan dan agama?"
- "... bahawa pemikiran Muktazilah sering disebut aliran rasionalis Islam?"
- "... bahawa dalam mitologi Mesopotamia, Dewa Enlil bertanggungjawab memisahkan langit dan bumi?"
- "... dalam kisah Ashabul Kahfi, tujuh pemuda tidur selama beratus-ratus tahun?"
- "... bahawa avatar dalam agama Hindu adalah penjelmaan semula Tuhan?"
- "... bahawa menurut Kitab Bible, sebelum Menara Babel dibina seluruh umat manusia bercakap dalam bahasa yang satu?"
- "... bahawa dalam konteks Muslim, pengajian Islam termasuk semua bentuk fikiran agama tradisional dan bidang yang umumnya dianggap sekular di Barat?"
- "... bahawa aurat wanita dalam Islam berubah mengikut situasi?"
- "... bahawa Haji Badal ialah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain?"
- "... bahawa Islam mengharamkan penasaban seseorang kepada selain ayahnya?"
- "... bahawa panteisme ialah kepercayaan bahawa segalanya membentuk satu Tuhan abstrak yang ada di mana-mana?"
|