Wikipedia:Permohonan akaun

Adakah anda telah mempunyai akaun Wikipedia? Anda boleh mendapatkan balik kata laluan jika anda menghadapi masalah mencapai akaun anda. Atau, anda boleh menukar nama pengguna anda jika anda mahukan ia ditukar.

Kami tidak boleh memberikan bantuan atau membuat perubahan pada akaun yang telah wujud. Tempat ini hanyalah untuk memohon akaun baharu.


Bagi membendung pembukaan akaun Wikipedia melalui bot mahupun skrip, Wikipedia menerapkan kaedah pengesahan imej (disebut CAPTCHA) bagi memastikan akaun-akaun baharu dicipta oleh orang betul. Bagi selanjutnya mengatasi penyalahgunaan pembukaan akaun, Wikipedia turut menegah pembukaan akaun baharu yang nama penggunanya hampir sama dengan nama pengguna Wikipedia sedia ada yang lain.

Jika anda cuba untuk membuka akaun namun menghadapi masalah dengan langkah pengesahan imej CAPTCHA (mungkin kerana anda sedang menggunakan pembaca skrin atau pelayar yang tidak menyokong imej), atau anda telah memilih nama pengguna yang hampir serupa dengan nama pengguna yang telah wujud, anda boleh memohon akaun dibuatkan untuk anda.

Maklumat lanjut