Wikipedia:Kenapa buka akaun?
Anda tidak perlu log masuk untuk membaca Wikipedia. Anda juga tidak perlu log masuk untuk menyunting Wikipedia - sesiapa sahaja boleh menyunting hampir semua rencana. Walau bagaimanapun, mencipta akaun adalah mudah, cepat dan merupakan satu idea yang bagus - keuntungannya seperti:-
- Lebih senang dihubungi. Setiap pengguna berdaftar mempunyai laman perbualan sendiri.
- Boleh mendapat reputasi baik. Jika berlaku pertikaian, anda lebih dipercayai untuk membantu menyelesaikannya jika anda mempunyai sejarah sumbangan rencana yang baik.
- Berkebolehan menyunting beberapa halaman yang hanya dibuka untuk penyunting berdaftar sahaja.
- Lebih bersendirian (privacy) dan kerahsiaan (anonymity). Jika anda log masuk, nombor IP anda tidak akan terpapar untuk dilihat oleh semua orang.
- Penganugerahan "barnstar" kepada pengguna berdaftar yang terus komited dalam meningkatkan mutu kualiti Wikipedia.
- Sebagai pengguna berdaftar anda layak mengemukakan permohonan atau calon kepada banyak aktiviti anjuran Yayasan Wikimedia misalnya permohonan "Steward Wikimedia", permohonan biasiswa penuh ke Persidangan Wikimania (sebuah persidangan berkaitan projek-projek Yayasan Wikimedia termasuk Wikipedia bertaraf dunia) dan banyak lagi.
- Lebih banyak kelebihan lain pada masa akan datang sebagai pengguna berdaftar.
Kelebihan lain:-
- Dapat memindahkan laman.
- Dapat memuatnaik gambar.
- Dapat menggunakan tatarajah.
- Laman tampilan terlihat lebih peribadi.
- Anda dapat membuat laman peribadi anda sendiri.
- Perubahan pada suatu tampilan halaman dapat diketahui melalui surat elektronik.
- Pengguna yang lain dapat menghubungi anda kerana anda boleh dikenali dengan sebuah akaun.
- Pengguna lain dapat menghubungi anda melalui surat elektronik tanpa mengetahui alamat e-mel anda.
- Alamat IP anda tidak lagi diketahui pengguna lain.
- Dapat melihat semua suntingan yang anda buat melalui "sumbangan saya".
- Boleh menggunakan fungsi pemantauan.
- Dapat mengundi atau berhak menyuarakan suara dalam satu pengundian.
Catatan: Untuk membuat akaun baru, silalah mengunjungi laman pendaftaran (log).