Wikipedia:Info terbaru/2008/Februari
Templat "Tahukah anda...?" | |
---|---|
Paparan rawak info | |
Senarai daftar mingguan terkini | Minggu 40 |
Senarai 1, 2 | STA1, STA2 |
Perbincangan & Cadangan | PW:TA |
Peraturan | WP:TA |
Arkib Tahunan TA | T:ATTA |
Arkib Bulanan TA | WP:ABTA |
Laman ini adalah sebahagian daripada laman projek Tahukah anda. Laman ini memaparkan arkib daftar info yang baru mengikut minggu dalam bulan Februari 2008. Jika anda mahu menambah info baharu, sila menyumbang terus info baharu itu ke dalam senarai pemaparan info automatik kami.
kepada kami atau2022 | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | Januari | Februari | Mei | Disember | ||||||||
2020 | Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Oktober | ||||
2019 | Januari | Februari | April | Jun | ||||||||
2018 | Mac | April | Mei | Oktober | ||||||||
2017 | Februari | Julai | September | |||||||||
2016 | Julai | Disember | ||||||||||
2015 | Januari | Jun | November | Disember | ||||||||
2014 | Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember |
Minggu 1
- "... bahawa format 3GP ialah versi termudah bagi format bekas MPEG-4 Bahagian 14?"
- "... bahawa siaran langsung televisyen paling banyak digunakan untuk berita televisyen?"
- "... bahawa memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan?"
- "... bahawa mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen?"
- "... bahawa udara lembap mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara kering pada suhu dan tekanan yang sama?"
Minggu 2
- "... bahawa popi candu juga boleh digunakan untuk anestesia?"
- "... bahawa reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah kemuncak pembangunan dua abad masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine?"
- "... bahawa Windows Genuine Advantage adalah sistem anti-cetak rompak Microsoft untuk Microsoft Windows?"
- "... bahawa Grand Prix Singapura merupakan perlumbaan pertama yang diadakan pada waktu malam dalam sejarah Formula Satu?"
- "... bahawa konsep keabadian telah menjadi fokus kepada spekulasi, khayalan dan perbahasan dalam banyak kepercayaan dan agama?"
Minggu 3
- "... bahawa sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi di Segi tiga Bermuda?"
- "... bahawa litium adalah unsur kimia bukan gas yang paling kurang tumpat?"
- "... bahawa anestesia membolehkan pesakit menjalani pembedahan atau prosedur lain tanpa perasaan sakit?"
- "... bahawa nama Volkswagen Beetle cuma digunakan secara rasmi oleh Volkswagen lama setelah ia digunakan ramai?"
- "... bahawa fail komputer boleh dihadkan kepada baca sahaja atau disembunyikan terus?"
Minggu 4
- "... bahawa pelayan web ialah atur cara komputer yang menerima dan menjawab pertanyaan HTTP daripada pelayar web?"
- "... bahawa Hubungan Malaysia-Indonesia telah wujud ribuan tahun lalu sejak zaman Srivijaya dan Majapahit lagi?"
- "... bahawa satelit cuaca boleh memantau lampu bandar, kebakaran, kesan pencemaran, aurora, ribut pasir dan debu, taburan salji, pemetaan air batu dan sempadan arus laut?"
- "... bahawa dalam Perang Badar, tentera Muslim menewaskan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih ramai?"
- "... bahawa Kamus Kangxi merupakan kamus bahasa Cina piawai pada abad ke-18 dan ke-19?"