Wikipedia:Hubungi kami/Mesej amaran

Hubungi kami

Apakah masalahnya?

sunting
  • Anda sedang mencipta atau menyunting sebuah rencana mengenai diri anda atau perniagaan anda. Kemudian anda mendapat pesanan amaran mengatakan ia akan dihapuskan kemudiannya. Atau penulis ada percanggahan minat.
  • Tambahan teks atau kandungan yang anda tulis dibuang atau dibalikkan.
  • Anda mendapat amaran bahawa penyuntingan anda tidak bersesuaian dengan Wikipedia.

Fakta penting

sunting

Pesanan yang anda terima ialah daripada pengguna (sukarelawan), bukannya daripada pihak "pengurusan Wikipedia".

Pertama sekali, di sini tiada "pengurusan Wikipedia" — tidak seperti surat khabar atau pengurusan media lain, tiada ketua editor, tiada "jawatankuasa editor", ringkasnya tiada penguasa editor berpusat di Wikipedia.

Yayasan Wikimedia, yayasan bukan untung pengehosan laman Wikipedia, tidak mengawal suntingan, juga menilai sama ada suntingan terebut sesuai ataupun tidak. Maka ia adalah sia-sia untuk menghantar protes ke Yayasan Wikimedia untuk hal ini.

Sebaliknya, pesanan atau mesej tersebut dihantar oleh pengguna lain, yang mungkin berpengalaman dalam dunia penyuntingan Wikipedia. Anda adalah digalakkan untuk berbahas secara beradab dengan mereka. Jika tidak, penyelesaian pertikaian tersedia di laman ini.

Yayasan Wikimedia mahupun para sukarelawan sama sekali tidak akan menimbang tara keputusan suntingan di emel meja bantuan.

Melalui pengalaman bertahun-tahun di Wikipedia, kami dapat simpulkan ia adalah satu idea buruk untuk seseorang itu menulis mengenai dirinya, syarikat mahupun produknya. Rencana seperti itu mungkin ditanda sebagai "kurang sumber", kurang berkecuali, dan lain-lain, juga mungkin dihapuskan setelah dibincangkan secara awam. Pelbagai kesusahan dapat diselamatkan bagi semua orang dengan hanya tidak menulis mengenai diri, syarikat mahupun produk seseorang itu.

Jika anda tidak log masuk

sunting

Jika anda tidak log masuk, ini bermakna anda menggunakan alamat IP anda sebagai rekod dalam sejarah suntingan apa-apa rencana anda sunting. Mungkin bagi yang berkongsi rangkaian, masalah timbul apabila ada rakan sekerja membuat hal membuatkan alamat IP diberi amaran. Untuk menyelesaikan masalah ini, daftar atau log masuk (penciptaan akaun adalah percuma dan anda tidak perlu memberikan maklumat peribadi anda, mahupun alamat emel anda).

Apa perlu buat

sunting
  • Baca laman dasar-dasar penting Wikipedia, seperti larangan penyelidikan peribadi atau asli, terikat untuk mengekalkan pandangan berkecuali, kriteria penulisa biografi, dan Wikipedia bukanlah.
  • Bincang perkara tersebut pada laman perbincangan rencana tersebut.
  • Hubungi pengguna lain yang terlibat sama dalam laman perbincangan tersebut.
  • Kekal beradab. Sila kekal daripada menuduh, mengejek, dan ancaman keras. Ia bukan sahaja membolehkan anda disekat daripada menyunting Wikipedia, malahan ia bukanlah penyelesaian kepada masalah anda itu.

Apa yang tidak sepatutnya

sunting
  • Tolong, elakkan berdrama talian. Sila jangan membuat tuduhan atau amarah menguasai topik perbincangan. Ingat bahawa setiap mesej yang anda tinggalkan di Wikipedia termasuklah dalam laman perbincangan, boleh dicari melalui carian Internet seperti Google. Anda mestilah tidak mahu seluruh dunia melihat apa yang anda tuliskan.

Bagaimana untuk hubungi kami

sunting
  • Setelah membaca segala keterangan di atas, jika anda masih ingin menghubungi meja bantuan kami, emelkan ke info-en-o@wikimedia.org.
    • Sila nyatakan nama atau alamat Internet di mana mesej soalan tersebut muncul dengan tepat. Ingat bahawa para sukarewalan meja bantuan tidak jelas dengan kes anda.
    • Kami tidak akan hubungi anda kembali untuk mendengar masalah anda, walaupun anda minta. Sila nyatakan secara jelas melalui emel.
    • Sila kekal dengan teks kosong; tebal, garisan, dan warna dikeluarkan dari sistem emel kami.
    • Sila jangan hantar lampiran Microsoft Word. Sesetengah sistem kami tidak dapat kendalikannya. Jika anda diperlukan hantar tangkapan skrin, sila hantar dalam bentuk fail imej.