Wikipedia:Manual gaya penulisan/Perkataan untuk dijaga
Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Pengucapan yang Samar-samar(Bahasa Inggeris: Weasel Term), merujuk kepada pengucapan yang cendurug untuk mewujudkan satu konteks yang samar-samar, yang biasanya bertujuan untuk melembutkan suasana semasa menyentuh perbincangan isu yang keras ataupun isu yang bersifat kontroversi.
Pengucapan yang samar-samar boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu caranya ialah dengan mengaitkan satu pernyataan dengan sumber yang samar-samar, contohnya:
- Bagi sesetengah warga kota, Puchong sememangnya diakui sebagai kawasan yang paling bahaya di Lembah Klang
Dalam ayat ini, "bagi sesetengah warga kota" sebenarnya adalah pengucapan yang samar-samar. Ia adalah sumber yang tidak ternama dan pada hakikatnya adalah "sumber kosong". Pengucapan ini sebenarnya tidak memberi apa-apa maklumat yang berguna kepada pembaca tentang siapakah yang telah membuat pernyataan.
Sila tambahkan sumber petikan bagi mengesahkan kenyataan tersebut.
Contoh pengucapan yang samar-samar
- Menurut pihak tertentu...
- Menurut suatu laporan tidak rasmi...
- Sememangnya diakui ramai...
- Bagi golongan tertentu...
- ...adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
- ...mungkin merupakan...
- Menurut suatu kajian sains...
- sesetengah sarjana berpendapat...
Mencarut
Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya,mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.
Anda dinasihatikan supaya elakkan mencarut di wikipedia. Perbuatan anda akan menjejaskan fungsi wikipedia sebagai wadah penyampaian ilmu dan bersamping itu mengurangkan berkat anda. Penyelia wikipedia dan juga pengguna wikipedia yang jujur akan mengeluarkan sebarang mesej-mesej mencarut yang tertinggal dalam wikipedia.
Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang. Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab - kejahilan, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.
Tindakan
Pencarut atau orang yang melakukan perbuatan dan tingkah laku mencarut ataupun mempunyai sifat-sifat seperti itu sepanjang penglibatannya dalam projek Wikipedia boleh dikenakan tindakan. Antara tindakan yang boleh diambil adalah:
- Mana-mana penyunting, birokrat, penyelia, bot atau ahli Wikipedia boleh memberi amaran dan peringatan supaya pelaku tidak mengulangi tingkah laku tersebut lagi, ATAU;
- Mengadakan penyuntingan semula menerusi kaedah pembuangan frasa kata-kata kesat atau maki-hamun tersebut atau mengembalikan kepada suntingan sebelumnya atau memperbaiki rencana yang terlibat, atau menghapuskan laman/rencana terlibat ATAU;
- Birokrat atau penyelia boleh bertindak terus tanpa memberi peringatan terlebih dahulu kepada pelaku untuk menyekat akaun/IP pesalah pada tempoh masa mengikut budi bicara mereka.