Wikipedia:Calon rencana pilihan/Tamparuli/arkib1
Tamparuli (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)
- Pencalon: NikoUMS 06:39, 15 Mac 2020 (UTC)
Tamparuli merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak di daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. ADUN bagi pekan ini adalah Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim. Jarak pekan Tamparuli ke bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 36 kilometer dan majoriti etnik kaum di Tamparuli adalah Kadazan-dusun (Kebanyakkannya adalah Suku Kaum Dusun Lotud). Pekan Tamparuli terkenal dengan lagunya jambatan tamparuli yang kini menjadi kesukaan masyarakat kaum kadazan dusun. Lagu tersebut dicipta oleh artis tempatan terkenal di Sabah iaitu Justin Lusah dan juga mendiang John Gaisah. Artis seperti Marsha Milan Londoh yang berasal dari Tamparuli juga turut mempopularkan lagu tersebut kepada masyarakat di Sabah mahupun seluruh dunia semasa beliau berada di pentas Akademi Fantasi Musim Ke-3. Pekan ini juga mengisahkan cerita rakyat sendiri dan juga sejarah asal-usul nama Tamparuli. Cerita rakyat ini turut dijadikan sebagai teater kebudayaan dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah. Terdapat juga tarikan baru seperti Rumah Terbalik pertama di Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong untuk datang ke Rumah Terbalik. Rencana ini sesuai untuk pembaca ingin mengetahui Pekan Tamparuli dan berpotensi untuk dijadikan rencana pilihan. NikoUMS (bincang) 06:39, 15 Mac 2020 (UTC)
- Sokong Kupi2 Sesuai untuk dijadikan bahan rujukan pembelajaran dan penyelidikan.Kupi2 (bincang) 06:58, 15 Mac 2020 (UTC)
- Sokong SNN95 Talk to me, beybeh! 22:53, 15 Mac 2020 (UTC)
- Sokong Ricky250: Meow sokong. -Ricky250 (bincang) 04:28, 16 Mac 2020 (UTC)
- Komen Walaupun saya menyokong rencana ini dijadikan RP, saya rasa lebih sesuai jika rencana ini dijadikan untuk RP bulan April 2020 dan Wabak virus Nipah Malaysia 1998–1999 sebagai rencana bulan Mac 2020 kerana selaras dengan apa yang berlaku sekarang. Bagaimana pendapat NikoUMS? SNN95 Talk to me, beybeh! 16:33, 16 Mac 2020 (UTC)
- Komen Salam Sejahtera Penyelia SNN95, sememangnya situasi sekarang ini berkenaan dengan Covid-19 yang pandemik pada sekarang ini adalah selaras dengan rencana Wabak virus Nipah Malaysia 1998–1999 sebagai rencana bulan Mac 2020. Dengan itu, saya menyokong rencana Wabak virus Nipah Malaysia 1998–1999 sebagai rencana pilihan pada bulan Mac 2020. Keadaan ini amat sesuai untuk kita mahupun pembaca mengingatkan kembali sejarah wabak virus Nipah yang pernah tular di Negara kita pada ketika itu. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 01:27, 17 Mac 2020 (UTC)