Wikipedia:Calon rencana pilihan/Julai
Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail (8 April 1932 - 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-8 bermula pada 26 April 1984 sehingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahanda baginda Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor moden ke-4 selepas kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1981.
Sultan Iskandar dikenali sebagai seorang raja yang tegas dan berdisiplin. Daripada segi peribadi, golongan rakyat yang pernah menghadap Sultan Iskandar menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah dan mesra dan pemurah. Semasa zaman muda, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud" atau nama penuh baginda "Mahmud Iskandar". Walaubagimanapun, nama "Mahmud" itu tidak lagi dipakai sejak baginda menaiki takhta pada tahun 1981, akan tetapi sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.