Wikipedia:Bengkel/Malaysia/2024/10-09/Rujukan/Pakma

Pakma
Bunga pakma raksasa
di Bengkulu, Indonesia.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malpighiales
Keluarga: Rafflesiaceae
Genus: Rafflesia
R.Br. ex Thomson bis
Spesies

Lihat ceraian pengelasan

Pakma, padma, patma atau kerubut ialah jenis bunga-bunga dalam genus tumbuhan berbunga parasit Rafflesia dari keluarga Rafflesiaceae. Spesiesnya berbunga sangat besar, dengan kudupnya muncul dari tanah atau terus dari pangkal batang pokok perumahnya; satu spesies mempunyai bunga yang terbesar di dunia. Genus ini memuatkan kira-kira 28 spesies (termasuk empat spesies yang belum selesai dicirikan sesuai yang dikenal pada 1997 oleh Willem Meijer dalam monograf terbaru genus itu), semua spesies genus ini ditemukan di seluruh Asia Tenggara.

Ia julung kali diberi perhatian oleh orang Barat melalui penemuan oleh pakar bedah dan alamiah Perancis, Louis Deschamps di Jawa antara 1791 dan 1794, namun catatan dan gambarannya yang dirampas oleh British pada 1803, belum diterbitkan kepada sains barat sampailah 1861.

Penamaan

sunting

Perkataan padma, pakma, dan patma menyerap daripada Sanskrit: पद्म, rumi: padma yang bermaksud "teratai". Nama "pakma" selalunya dipakai untuk spesies R. hasseltii. Nama "padma" pula khusus di Indonesia untuk spesies R. arnoldii yang juga disebut "padma raksasa". Nama patma dipinjamkan daripada bahasa Jawa dan dipakai di Sarawak.

Tumbuhan ini mempunyai banyak nama julukan lain termasuk bunga akar, kukuanga (di Sabah), yak-yak, wusak tumbuakar, kerubut, kemubut, sikinlili, ambai-ambai, ambun-ambun, pelimun (atau petimun) dan sekedai. Bunga kubis, bunga akar dan bunga tumbuakar dipakai khusus untuk menyebut spesies R. tuanku-halimii. Tumbuhan ini turut disebut bunga bangkai namun nama tersebut dipakai kepada spesies Amorphophallus titanum.

Taksonomi

sunting

Genus Rafflesia dinamakan sempena Stamford Raffles, pendiri jajahan di Singapura yang mengetuai ekspedisi British pertama yang menemukan bunga ini di hutan hujan Bengkulu, Sumatera pada tahun 1818. Orang British pertama melihat bunga ini dalam ekspedisi tersebut adalah Joseph Arnold selepas seorang penjawat Melayu yang bekerja untuknya menemukan sekuntum bunga ini lalu menunjukkan kepadanya.

Spesies

sunting
 
Kuntum Rafflesia keithii, bergaris pusat sekitar 80 cm, berdekatan Taman Nasional Rafflesia Bengkulu, Indonesia.
 
Bunga Rafflesia kerrii berdekatan Langkat, Indonesia.
 
Tiga kuntum Rafflesia pricei tumbuh mendamping berdekatan Gunung Kinabalu, Borneo.

Spesies diterima

sunting

Setakat Oktober 2020 , pangkalan data Plants of the World Online menerima spesies-spesies berikut:

Taburan

sunting

Semenanjung Malaysia

sunting

Raflesia boleh ditemukan di sepanjang kawasan Semenanjung Malaysia dan Thailand di semenanjung Tanah Melayu.

Malaysia

sunting

Di Semenanjung, bunganya boleh ditemukan di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu. Di Perak, tiga spesies bunganya dapat ditemukan di Taman Negeri Royal Belum dan hutan simpan Gerik iaitu Rafflesia kerrii, Rafflesia cantleyi dan Rafflesia azlanii. Rafflesia azlanii dinamakan sempena Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Sementara itu, dua spesies bunga berperumah Tetrastigma dapat ditemukan di tiga tempat di Kelantan. Spesies Rafflesia cantleyi dapat ditemukan di Ulu Sat dan Chabang Tongkat, sedangkan Rafflesia kerrii ditemukan di Lojing. Tambahan lagi, dua tempat di Pahang di mana bunganya boleh ditemukan adalah hutan simpan Lembah Benum dan Lata Jarum. Di Terengganu pula, bunga spesies Rafflesia cantleyi dapat ditemukan di Kuala Berang. Bunga yang ditemukan di sini tergantung pada akar pokok perumahnya bermeter-meter dari permukaan tanah, tidak macam bunga biasa yang ditemukan pada akar tanah.

Kawasan bunga ini dijadikan tarikan pelancong untuk pendaki dan peminat kerencaman biologi, dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang tempatan.

Thailand

sunting

Di Thailand, raflesia boleh ditemukan di Taman Negara Khao Sok di mana bunganya dikira dan dipantau oleh renjar taman.

Borneo

sunting

Spesies tempatan Borneo termasuklah Rafflesia arnoldii, R. cantleyi, R. hasseltii, R. keithii, R. kerrii, R. pricei, R. tengku-adlinii dan R. tuan-mudae. R. arnoldii gah selaku bunga tunggal terbesar di dunia.

Malaysia

sunting

R. keithii adalah spesies endemik di Sabah dan yang terbesar dalam tiga spesies raflesia yang ditemukan dalam wilayah Malaysia. Bunganya berukuran dalam 60 cm ke 80 cm. Oleh ukurannya, bunganya sering ditemukan tumbuh di lantai hutan pada batang atau akar bawah tanah Tetrastigma lanceolarium. R. keithii kebanyakannya ditemukan di sekitar kawasan Poring, Sabah.

Mindanao

sunting

Spesies Mindanao pula disebut Rafflesia schadenbergiana sempena pakar alamiah Alexander Schadenberg, yang julung kali menemukan spesies itu di kaki Gunung Apo pada 1882. Dengan bunga hampir semeter, ia menyamai ukuran anak duduk. Di Mindanao, spesies itu telah dilihat di Davao del Sur, selatan Cotabato dan Gunung Kitanglad di Bukidnon. R. mira dan R. magnifica adalah dua nama untuk spesies tunggal. Deduanya ditemukan di Gunung Candalaga di Maragusan, Lembah Compostela.

Spesies ketiga di Mindanao adalah R. mixta yang setakat ini hanya ditemukan di bandar Mainit, Surigao del Norte. Ia menunjukkan gabungan tiga ciri raflesia Filipina, iaitu: bentuk dan ukuran proses mengerucut dalam R. schadenbergiana, ukuran bunga dan bintil tenda bunga yang tersebar jarang R. spesiosa, dan kesamaan menyeluruh ukuran bunga, bau yang lemah, gegendang dan morfologi ramentum R. mira. Spesies keempat adalah Rafflesia verrucosa yang ditemukan hanya di Gunung Kampalili di wilayah Davao Oriental.

Ekologi

sunting
 
Kitar hidup Rafflesia arnoldii.

Spesies Rafflesia dikatakan holoparasit bagi akaran genus Tetrastigma iaitu pepanjat dari keluarga anggur, Vitaceae. Mereka dengan itu menjadi hiperparasit lantaran Tetrastigma sendiri adalah parasit berstruktur bagi pokok yang mereka panjat untuk mendapatkan cahaya. Rafflesia muncul sebagai "spesies-spesifik", dengan setiap spesies Rafflesia sejadinya hanya tumbuh pada satu ke tiga spesies Tetrastigma. Daripada 57 spesies dikenal Tetrastigma, hanya sepuluh diketahui menjadi pokok perumah. Daripada genap 30 spesies Rafflesia pula, pokok tumpangnya hanya diketahui dari sekitar setengah spesiesnya.

Spesies tertentu Tetrastigma digemari dalam kalangan Rafflesia: T. tuberculatum adalah pokok perumah bagi sekurang-kurangnya 15 spesies, dan hanya dua spesies Filipina diketahui tidak menjangkitinya. Kededua T. papillosum dan T. diepenhorstii pula memperumahkan sekurang-kurangnya dua spesies. Bunganya boleh bertunas pada tempat berlainan; R. cantleyi berbunga pada pepanjat sekitar dua meter dari tanah, sedangkan R. zollingeriana sering bertunas pada akar dan muncul dari tanah.

Nisbah jantinanya boleh jadi pencong. Bagi R. lobata, terdapat sekurang-kurangnya sembilan bunga jantan untuk setiap bunga betina. Kekadang, terdapat bunga dengan kededua jantina pada satu-satu kedudukan untuk memastikan pendebungaan dan pembiakan seks berlaku. Ini pun belum berpada: bunga betina apapun masih boleh mengeluarkan buah dan menjadi agamospermus. Perbungaan selalunya tetap dan tapak itu akan terus berbunga untuk berdekad-dekad.

Bagi Rafflesia arnoldii, bunganya dilawati oleh lalat Drosophila colorata, Chrysomya megacephala dan Sarcophaga haemorrhoidalis. Semut hitam genus Euprenolepis memakan kudup yang berkembang dan boleh memusnahkannya. Mamalia yang diketahui memakan bunganya adalah tupai kekes (Tupaia javanica) dan landak Sunda (Hystrix javanica). Mamalia yang dicatatkan merosakkan kudup atau bunganya, selalunya dengan memijak atau menghancurkannya pula adalah babi hutan (Sus scrofa), kucing batu (Felis bengalensis), rusa Jawa (Cervus timorensis), kijang (Muntiacus muntjak) dan banting (Bos javanicus).

Rujukan

sunting