Wiki Loves Monuments

Wiki Loves Monuments (WLM) ialah pertandingan fotografi antarabangsa tahunan yang diadakan pada bulan September, yang dianjurkan di seluruh dunia oleh ahli komuniti Wikipedia dengan bantuan afiliasi Wikimedia setempat di seluruh dunia. Peserta mengambil gambar monumen bersejarah tempatan dan tapak warisan di rantau mereka, dan memuat naiknya ke Wikimedia Commons. Tujuan acara adalah untuk menyerlahkan tapak warisan negara-negara peserta dengan matlamat untuk menggalakkan orang ramai untuk menangkap gambar-gambar monumen ini, dan meletakkannya di bawah lesen bebas yang kemudiannya boleh digunakan semula bukan sahaja di Wikipedia tetapi di mana-mana oleh semua orang.

Wiki Loves Monuments
Logo rasmi Wiki Loves Monuments
Semua negara yang turut serta sekurang-kurangnya satu pertandingan Wiki Loves Monuments pada 2010-2017
GenreFotografi
Mula1 September (tarikh permulaan lazim)
Tamat30 September (tarikh tamat lazim)
LokasiSeluruh dunia
Tahun aktif
7
Dirasmikan2010
Paling terkini
2018
PesertaJurugambar
Dianjurkan oleh
Ahli komuniti Wikipedia
Laman sesawang
WikiLovesMonuments.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertandingan Wiki Loves Monuments pertama kali diadakan pada tahun 2010 di Belanda sebagai projek perintis. Pada tahun berikutnya ia merebak ke negara-negara lain di Eropah dan mengikut Rekod Dunia Guinness|Buku Rekod Guinness, edisi 2011 Wiki Loves Monuments memecahkan rekod dunia untuk pertandingan fotografi terbesar.[1] Pada tahun 2012, pertandingan itu telah dilanjutkan di luar Eropah, dengan sejumlah 35 negara peserta. Semasa Wiki Loves Monuments 2012, lebih daripada 350,000 gambar monumen bersejarah telah dimuat naik oleh lebih daripada 15,000 peserta. Pada tahun 2013, pertandingan Wiki Loves Monuments diadakan di enam benua termasuk Antartika dan mempunyai penyertaan rasmi dari lebih daripada lima puluh negara di seluruh dunia. Edisi WLM 2016 disokong oleh UNESCO dan menyaksikan 10,700 peserta dari 43 buah negara yang menyerahkan 277,000 gambar.[2]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Largest photography competition guinnessworldrecords.com, 2012.
  2. ^ Choudhry, Saqib Qayyum (11 October 2016). "Wiki Loves Monuments: Top 10 pictures from Pakistan". Dawn. Dicapai pada 13 October 2016.

Pautan luar

sunting