Whakaari/White Island

Whakaari (disebut [faˈkaːɾi terdekat fa.ka.a.ri], "terperlihat" to make visible[1])/White Island ("Pulau Putih") ialah sebuah gunung berapi strato andesit terletak 48 km (30 bt) jauh dari pesisiran timur teteluk Bay of Plenty di Pulau Utara New Zealand. Gunung berapi ini gunung berapi paling aktif di negara tersebut di mana ada terkajinya berlaku kegiatan volkanik ini selama 150,000 tahun[2] sampai pernah diperhatikan seawal ketibaan James Cook di kawasan gunung tersebut pada tahun 1769.

Whakaari/White Island
Whakaari (bahasa Māori)
White Island (bahasa Inggeris)
Whakaari/White Island
Titik tertinggi
Ketinggian321 m (1,053 ka)
Tonjolan321 m (1,053 ka)
Koordinat37°31′12″S 177°10′57″E / 37.52000°S 177.18250°E / -37.52000; 177.18250Koordinat: 37°31′12″S 177°10′57″E / 37.52000°S 177.18250°E / -37.52000; 177.18250
Geografi
Map
Location of Whakaari/White Island
LokasiBay of Plenty, (luar) Pulau Utara, New Zealand
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Taupo Volcanic Zone
Letusan terakhir9 December 2019

Penamaan

sunting

Nama Bahasa Māori gunung ini, Whakaari dicatat dalam beberapa teks abad ke-19 oleh orang Eropah, dengan satu menyebutkan sejak tahun 1849, meskipun ejaannya bervariasi termasuk Wakaari, Whakari, dan Whaka ari.[3] Nama lengkap gunung ini adalah Te Puia o Whakaari yang bererti "Gunung Berapi Terlihat".[4]

Nama bahasa Inggeris pulau ini, White Island (Pulau Putih), diberikan oleh James Cook pada 1 Oktober 1769 daripada pemerhatian Cook terhadap awan tebal wap putih yang berasal darinya.[1] Nama ini ada juga difikirkan mungkin gambaran endapan guano yang pernah menutupi pulau itu.[5] Meskipun Cook berlayar dekat ke pulau itu, ia tidak mencatat bahawa itu adalah gunung berapi.[3] Nama rasmi pulau itu diubah dari "White Island (Whakaari)" menjadi "Whakaari/White Island" pada tahun 1997.[6]

Geografi

sunting

Pulau ini berbentuk bujur tidak kamil dengan panjang sejauh 3 km dan lebar sejauh 2 km merangkumi keluasan sebanyak 325 hektar (800 ekar).[5]. Ia terletak 48 km jauh dari teteluk Bay of Plenty di Pulau Utara arah utara dari Opotiki dan timur laut utara Whakatāne.

Ia mempunyai kawah aktif terletak di arah tengara pusat pulau, kawah tersebut turut mempunyai suatu tasik yang berasid. Bahagian selatan ia terletaknya Mount Gisborne iaitu puncak tertinggi pulau ini dengan ketinggian 321 m.[7] Ada beberapa lagi puncak lain yang menonjol iaitu:[7]

  • Mount Percival, berketinggian 283 m di sebelah utara sisi kawah,
  • Mount Ngatoro berketinggian 310 m di sebelah barat laut.

Pulau ini bermuka bumi berbatu dengan banyak tebing yang muncul serata pesisiran ia. Ada seberapa koloni burung gannet yang wujud sekitar pulau ini di hujung selatan ia Otaketake[8] dan tebing Te Hokowhitu [9] di sebelah barat pulau.[7]

Vulkanologi

sunting
 
Ventilasi utama Whakaari/White Island pada tahun 2000

Whakaari/White Island adalah sebahagian dari Zon Vulkanik Taupo. Letusannya menghasilkan aliran lava, letusan eksplosif abu vulkanik dan aliran piroklastik. Kegiatan gunung ini yang sering dan akses yang mudah menarik para saintis dan ahli vulkanologi serta banyak wisatawan.

 
Gumpalan letusan membentang ke arah timur laut dari White Island, bulan Juni tahun 2000

Vulkanologis dari Proyek GeoNet terus memantau kegiatan gunung berapi melalui kamera pengintai. Pasak survei, magnetometer, dan peralatan seismograf untuk peringatan dini gempa melalui radio juga telah dipasang di dinding kawah. Pulau itu biasanya pada peringkat tingkat waspada 1 atau 2 pada skala 0 hingga 5. Gunung berapi ini dipantau oleh Proyek Degassing Karbon Deep Earth. Paling sering kegiatan vulkanik terbatas pada fumarol yang mengepul dan lumpur mendidih.

Pada bulan Mac 2000, tiga lubang kecil muncul di kawah utama dan mulai menyemburkan abu yang menutupi pulau itu dengan bubuk abu-abu halus. Sebuah letusan pada tanggal 27 Julai 2000 menyelimuti pulau dengan lumpur dan skoria dan sebuah kawah baru muncul. Letusan-letusan besar pada 1981-1983 mengubah bentuk muka pulau dan menghancurkan suatu hutan pōhutukawa yang luas.[10] Kawah besar yang diciptakan pada waktu itu sekarang berisi tasik danau yang berbagai aras.

Antara Julai dan Ogos 2012 pulau itu menunjukkan tanda-tanda peningkatan kegiatan dengan tingkat danau dan gas naik dari dalam kawah. Pada 5 Ogos 2012 terjadi letusan kecil[11] yang membawa abu gunung ke udara. Lebih banyak letusan telah terjadi sejak itu.[12]

Kegiatan gunung berapi yang sedang berlangsung dan guncangan pada tanggal 25 Januari 2013 menyarankan letusan lain sudah dekat.[13] Letusan kecil terjadi pada 20 Ogos 2013 pukul 10.23 pagi, berlangsung selama sepuluh minit dan sebagian besar menghasilkan wap.[14]

Kejadian berkaitan

sunting

Letusan 2019

sunting
 
Gambar pemandangan letusan Whakaari/White Island 2019 dari Whakatane pada jam 14:20, 9 minit setelah bermulanya letusan

Pada pukul 14:11 NZDT[15] pada 9 Disember 2019, Whakaari / White Island meletus. Dilaporkan bahawa ada 47 orang yang berada di pulau itu ketika letusan ini terjadi.[16] Laporan awal menunjukkan 20 cedera dan lima kematian. Pada pagi hari kedua tanggal 10 Disember, Polis New Zealand mengeluarkan pernyataan bahawa pengawasan udara di Whakaari tidak menunjukkan sebarang tanda kehidupan di pulau itu. Sekitar 8 orang masih di pulau itu diyakini mati terkorban.

Banyak korban yang dirawat di rumah sakit mengalami luka bakar hingga 90% dari tubuhnya dan mungkin tidak dapat bertahan hidup. Laporan tidak resmi menunjukkan tindakan berani pengendali helikopter setempat telah menyelamatkan banyak nyawa. Pengendali helikopter ini terbang ke pulau itu segera setelah letusan, mengumpulkan korban (banyak dari mereka dengan luka parah dan luka bakar) dan menerbangkan mereka kembali ke Whakatane untuk rawatan lanjut.[17]

Hubungan dengan manusia

sunting

Mitologi

sunting

Beberapa mitos Māori menggambarkan Whakaari sebagai sebahagian dari pendakian Tongariro di Ngatoro-i-Rangi. Dalam satu kisah, Tongariro memanggil leluhurnya untuk kehangatan; api dinyalakan pada Whakaari dan dibawa kepadanya. Versi lain dari kisah ini serupa tetapi saudara perempuannya, atau para dewa, yang mengirimnya kehangatan dari Whakaari.[3]

Kisah-kisah lain memberikan kisah asal untuk pulau itu. Ada suatu cerita menyatakan ia naik dari dasar laut tempat Māui terjun ke dalam air setelah tersentuh api untuk menenangkan rasa sakitnya; Ada yang lain mengatakan bahawa Motuhora (Pulau Paus) dan Whakaari adalah puncak di Rentang Huiarau dekat Waikaremoana tetapi saling cemburu, dan bergegas menuju lautan, meninggalkan jejak yang sekarang membentuk lembah Whakatane dan baik Tauranga atau Te Lembah Waimana. Whakaari lebih cepat sehingga sampai ke posisi yang lebih baik di tempatnya sekarang.[3]

Industri

sunting
 
Mesin lombong tua yang terakis

Usaha dilakukan pada pertengahan 1880-an, sekali lagi dari 1898 hingga 1901, dan kemudian dari 1913 hingga 1914, untuk melombong belerang dari Whakaari/White Island dengan pulau itu pada awalnya dimiliki oleh John Wilson.[18] Penambangan terhenti pada September 1914, ketika sebahagian dari tepi kawah barat runtuh meluahkan lahar yang mengorbankan semua 10 pekerja,[19] yang menghilang tanpa jejak. Hanya seekor kucing yang dicatat selamat ditemukan beberapa hari kemudian oleh kapal yang memasuki laludijuluki "Peter the Great".[20]

Pada tahun 1923, perlombongan kembali dicuba tetapi gubuk mereka dibina pula sebahagian datar pulau dekat suatu kawasan dihuni kawanan ganet. Setiap hari mereka akan menurunkan perahunya ke laut dari gantri, dan mendayung ke dermaga kilang perlombongan di Crater Bay. Jika lautnya kasar mereka harus memanjat di sekitar bebatuan di jalur yang sangat sempit di tepi kawah.

Sebelum zaman antibiotik, belerang digunakan sebagai agen antibakteri dalam ubat-ubatan, dalam pembuatan mancis/korek api, dan untuk mensterilkan gabus anggur. Belerang diangkut ke kilang penghancur dengan truk-truk rel kecil, dan kemudahan pengemasan juga dibangun. Namun, tidak ada cukup belerang dalam bahan yang ditambang di pulau itu, sehingga batuan dasar digunakan sebagai komponen baja pertanian. Penambangan berakhir pada 1930-an karena kandungan mineral yang tidak memadai dalam pupuk. Sisa-sisa bangunan yang terlibat masih boleh dilihat terakis kuat oleh gas belerang.

Kepemilikan

sunting

Kepemilikan gunung ini adalah salah satu dari dua kes pertama yang disidangkan oleh Pengadilan Tanah Asli New Zealand (sekarang disebut Pengadilan Tanah Māori), yang lainnya adalah kepemilikan Motuhora di dekatnya. Retireti Tapihana (Tapsell), anak seorang pelaut Denmark dan seorang pembesar wanita Maori membuat tuntutan atas pemilikan ini pada tahun 1867, Retireti berjaya mendapatkan hak milik gunung tersebut bersama seorang saudara perempuannya, Katherine Simpkins.[3]

Pulau ini dimiliki secara perseorangan oleh Buttle Family Trust berkesinambungan dari pembelian oleh George Raymond Buttle, seorang broker saham, pada tahun 1936. Buttle kemudian menolak untuk menjualnya kepada pemerintah tetapi setuju pada tahun 1952 bahawa itu dinyatakan sebagai cadangan pemandangan peribadi.[21]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "NZGB Gazetteer | linz.govt.nz". gazetteer.linz.govt.nz. Dicapai pada 2019-12-09.
  2. ^ "White Island". GeoNet. Dicapai pada 30 December 2012.
  3. ^ a b c d e Boast, R. P. (November 1993). "Whakaari (White Island) and Motuhora (Whale Island). A report to the Waitangi Tribunal" (PDF). justice.govt.nz. Dicapai pada 10 December 2019.
  4. ^ "White Island, New Zealand : Whakaari/White Island, Bay of Plenty, New Zealand". Tourism.net.nz. Dicapai pada 10 December 2019.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama readersnatural
  6. ^ "Notice of Intention to Assign Place Names Pursuant to section... - 1997-ln3920 - New Zealand Gazette". gazette.govt.nz.
  7. ^ a b c "Whakaari/White Island," topomap.co.nz. Retrieved 16 December 2019.
  8. ^ disebut [o.ta.ké.ta.ké]
  9. ^ disebut [té ho.ko.fi.tu]
  10. ^ "Whakaari/White Island eruption: What you need to know". Spinoff. 9 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  11. ^ "Visitors warned off erupting volcano". stuff.co.nz. Dicapai pada 10 Ogos 2012.
  12. ^ "Ash from White Island volcano sprinkles Papamoa". nzherald.co.nz. 9 August 2012. Dicapai pada 10 August 2012.
  13. ^ "White Island eruption increasingly likely". 3 News NZ. 25 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-02. Dicapai pada 2020-12-16.
  14. ^ "Civil Defence monitor White Island volcano". The New Zealand Herald. 20 August 2013.
  15. ^ "GeoNet White Island Crater Floor". www.geonet.org.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Disember 2019.
  16. ^ "People 'unaccounted for' after volcano erupts in NZ" (dalam bahasa Inggeris). 9 Disember 2019. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  17. ^ Jacobson, Seth; Zhou, Naaman (2019-12-09). "White Island volcano erupts: what we know so far". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2019-12-09.
  18. ^ Rorke, Jinty. "John Alexander Wilson". Dictionary of New Zealand Biography. Kementerian Kebudayaan dan Warisan (New Zealand). Dicapai pada 1 December 2011.
  19. ^ Boon, Kevin. "The 1914 White Island eruption". URL accessed 4 December 2007. (Archived by WebCite at https://www.webcitation.org/5TqkjKdYS)
  20. ^ Sarah Lowe and Kim Westerskov (1993). "Steam and brimstone", New Zealand Geographic 17, 82-106.
  21. ^ "The privately-owned volcano that is always active" (dalam bahasa Inggeris). 9 Disember 2019. Dicapai pada 9 Disember 2019.

Pautan luar

sunting