Wepset[1]
dalam hieroglif
wp
p
sQ7t
H8

Wepset (wps.t) ialah seorang dewi Mesir purba. Dia salah satu personifikasi ular tedung ureus yang melindungi raja-raja; dia juga salah satu Mata Ra dan digelar "Si Mata" dalam Teks Keranda. Namanya bermaksud "dia yang membakar". Dalam teks-teks Kerajaan Baru, dia memusnahkan musuh-musuh Osiris. Dia dikatakan mempunyai sebuah kuil di pulau Bigeh namun tiada binaan seperti itu ditemui di sana. Akan tetapi, dia muncul di kuil dewa-dewa lain di Bigeh dan di Nubia Hilir.[2]

Ikonografi

sunting

Dia paling kerap digambarkan sebagai ular tetapi pada zaman Yunani dan Rom dia juga digambarkan separa manusia: seorang wanita dengan kepala singa atau dengan ureus atau cakera matahari di kepalanya.[2]

Lihat juga

sunting

Serafim – sejenis malaikat dalam agama-agama samawi

Rujukan

sunting
  1. ^ Wörterbuch, I., p.305
  2. ^ a b Richard Wilkinson: The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. London, Thames and Hudson, 2003. ISBN 978-0500051207 p.228 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "W228" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza