Corgi Wales Cardigan
Corgi Wales Cardigan[a] ialah salah satu daripada dua keragaman berbeza bagi baka anjing gembala haiwan ternakan yang dikenali sebagai corgi Wales (berasal dari Wales), dengan yang lagi satu yang bernama corgi Wales Pembroke. Ia merupakan salah satu baka tertua dari Kepulauan British.[1] Corgi Wales Cardigan terkenal sebagai baka anjing amat setia dan mudah dilatih, secara semula jadi menyesuaikan diri terhadap penggembalaan banyak haiwan berbeza, daripada ayam itik dan unggas air hingga ternakan besar seperti biri-biri dan lembu.[2] Ia juga serba boleh dan dapat hidup di pelbagai latar belakang.
Nama ringkas | Cardigan CWC Cardi | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Wales | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingCorgi Wales Pembroke dan corgi Wales Cardigan kedua-duanya pada asalnya disenaraikan sebagai satu baka oleh The Kennel Club (United Kingdom) pada tahun 1925; kedua-dua keragaman diiktiraf secara rasmi sebagai baka berlainan antara satu sama lain oleh The Kennel Club menjelang tahun 1928, tetapi masih dikategorikan bersama-sama di bawah judul "Welsh Corgis".[3] Pada tahun 1935, kedua-dua baka ini akhirnya diperihalkan sebagai baka berbeza secara unik[Penjelasan diperlukan] dan ditunjukkan secara berasingan.[4] The Corgi Club diasaskan pada Disember 1925 di Carmarthen, Wales Selatan.[3] Anggota tempatan dilaporkan menggemari corgi Pembroke, jadi sebuah kelab untuk penggemar corgi Cardigan diasaskan setahun kemudian pada tahun 1926.[3] Kedua-dua kumpulan telah bekerja keras untuk memastikan penampilan dan jenis baka dipiawaikan melalui pembiakbakaan teliti dan terpilih.[3]
Satu teori, mengenai asal usul baka ini, ialah bahawa kedua-dua jenis corgi berasal daripada susur galur anjing jenis spits utara;[3] teori kedua ialah bahawa corgi berasal daripada keluarga anjing tekel yang juga merupakan asal usul dachshund.[5]
Perkataan "corgi" diterbitkan daripada cor gi dalam bahasa Wales yang memaksudkan "anjing kerdil".[6] Baka ini dahulunya dipanggil "anjing seela" (ci-llathed).[7] Nama "corgi Wales Cardigan" berasal daripada kawasan asal usulnya di Wales, iaitu Cardigan (bahasa Wales: Ceredigion) dan bukan pula daripada penandaan lapis bulunya yang kerap menyerupai "kardigan" atau "rompi" yang dipakai oleh anjing ini.
Perihal
suntingCorgi Cardigan ialah anjing panjang dan rendah dengan telinga tegak dan ekor berus musang.[8]
Pada asalnya digunakan hanya sebagai penjaga ladang, ia akhirnya memperoleh trait penggiring lembu, gembala, dan banyak lagi.[9] Ia masih sangat dihargai kerana kemahiran penggembalaan, kerja, dan penjagaan, serta pendampingan. Piawaian lama American Kennel Club memanggilnya "alsatian dengan tungkai pendek".[perlu rujukan] Ekor corgi Cardigan adalah panjang (tidak seperti corgi Wales Pembroke, yang ekornya mungkin panjang,[10] kontot secara semula, atau terpotong[11]).
Corgi Cardigan, yang berlapis bulu ganda, terdapat dengan pelbagai warna termasuk mana-mana cahaya warna merah, sabel atau brindle, serta hitam, dengan sawo matang atau tanpa sawo matang, brindle, atau merle biru, dengan titik-titik sawo matang atau brindle atau tanpa titik-titik sawo matang atau brindle. Warna tidak rasmi lain dapat wujud, seperti merle merah, tetapi warna ini tidak dianggap boleh diterima mengikut piawaian corgi Cardigan. Ia biasanya mempunyai warna putih pada leher, dada, tungkai, muncung, bawah perut, hujung ekor, dan sebagai takik pada kepala, yang dikenali sebagai "corak Ireland".[perlu rujukan] Penandaan lain termasuk bintikan pada tungkai dan muncung, muncung comot, dan tudung rahib, terutamanya pada anjing sabel (corak helaian bulu berhujung lebih gelap di atas warna lapis bulu merah dasar).[perlu rujukan] Corgi Cardigan biasa adalah setinggi sekitar 10–13 inci (25–33 cm) pada paras kelasa dan seberat 30–38 paun (14–17 kg) untuk jantan dan 25–34 paun (11–15 kg) untuk betina.[12]
Saiz perinduknya dapat berbeza-beza; biasanya empat hingga enam ekor anak anjing.[perlu rujukan]
Kesihatan
suntingSebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[13]
Punca paling lazim bagi kematian dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004 merupakan kanser (28.3%), usia lanjut (24.6%), dan gangguan saraf (15.2%).[14]
Penyakit ceper intervertebra anjing (IVDD) diketahui berlaku pada corgi Wales Cardigan. Ini berkemungkinan kerana corgi Cardigan merupakan baka kerdil (kondrodisplastik) dan baka ini kerap menderitai penyakit cakera Jenis I. Penyakit ini umumunya ditemukan pada baka dachshund.[15]
Perangai
suntingCorgi Wales Cardigan bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, dan penjejakan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Corgi yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[16] Corgi Wales Cardigan memandang diri sebagai sebahagian daripada kawanan, serupa dengan anjing liar. Ia memandang manusia sebagai anggota rakan kawanan, lalu di rumah, corgi' mengasaskan tempatnya dalam keluarga dan sesama haiwan peliharaan lain, dengan memperakui manusia sebagai pemimpin.[17]
- Corgi Cardigan adalah anjing amat cerdas, aktif, dan atletik.
- Anjing peliharaan rumah: Ia telah membuktikan diri sebagai haiwan pendamping cemerlang. Corgi Cardigan adalah penyayang dan setia.
- Berdaya saing dalam ujian anjing gembala, ketangkasan anjing, kepatuhan kompetitif, dan rally obedience.
- Anjing pengawal: Berkemampuan sebagai anjing pengawal walaupun saiznya kecil.
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: کورݢي ويلس کرديݢن ; bahasa Inggeris: Cardigan Welsh corgi
Rujukan
sunting- ^ "Cardigan Welsh Corgi - Details" [Corgi Wales Cardigan - Perincian]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2017. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ Gerstenfeld, Sheldon L.; Schultz, Jacque Lynn (September 1999). ASPCA Complete Guide to Dogs [Panduan Lengkap ASPCA untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: Chronicle Books. m/s. 160. ISBN 9780811819046. OCLC 40632797.
- ^ a b c d e Eldredge, Debra M. (27 Januari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD [Corgi Wales Pembroke: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda, dengan DVD] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 21. ISBN 9780470390610. OCLC 1249999552.
- ^ "Corgis and the Queen: Celebrating the breed that the Queen made popular" [Corgi dan Ratu: Meraikan baka yang dijadikan popular oleh Sang Ratu]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2019. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "History of the Cardigan Welsh Corgi" [Sejarah Corgi Wales Cardigan] (dalam bahasa Inggeris). Cardigan Welsh Corgi Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2007.
- ^ "Corgi" [Corgi]. Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2018. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "The "Yard-Long" Dog" [Anjing "Sepanjang Seela"]. National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris). 9 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2018. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Beauchamp, Richard G. (1 Mac 2010). Welsh Corgis: Pembroke and Cardigan: A Complete Pet Owner's Manual [Corgi Wales: Pembroke dan Cardigan: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 25. ISBN 9780764142420. OCLC 298187068.
- ^ Greye, Jan; Smith, Gail Jesse (30 Julai 2002). Puppy Parenting: Everything You Need to Know About Your Puppy's First Year [Pengasuhan Anak Anjing: Segala yang Perlu Anda Ketahui tentang Tahun Pertama Anak Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: ReganBooks. m/s. 30. ISBN 9780060012601. OCLC 45890396.
- ^ Hytönen, Marjo K.; Grall, Anaïs; Hédan, Benoît; Dréano, Stéphane; Seguin, Samuel J.; Delattre, Delphine; Thomas, Anne; Galibert, Francis; Paulin, Lars; Lohi, Hannes; Sainio, Kirsi; André, Catherine (14 Oktober 2008). Ostrander, Elaine Ann (penyunting). "Ancestral T-Box Mutation Is Present in Many, but Not All, Short-Tailed Dog Breeds" [Mutasi T-Box Leluhur Hadir pada Banyak, namun Bukan Semua, Baka Anjing Berekor Pendek]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 100 (2): 236–240. doi:10.1093/jhered/esn085. ISSN 1465-7333. PMID 18854372. S2CID 14923035.
- ^ "Pembroke Welsh Corgi Breed Standard" [Piawaian Baka Corgi Wales Pembroke] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2008. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "Welsh Corgi Cardigan Dog Breed - Facts and Traits | Hill's Pet" [Baka Anjing Corgi Wales Cardigan - Fakta dan Trait | Hill's Pet]. Hill's Pet Nutrition (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2019. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, Jeff; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
- ^ "Health: IVDD – Cardigan Welsh Corgi Club of America" [Kesihatan: IVDD – Cardigan Welsh Corgi Club of America] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2020. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
- ^ "Welsh Corgi" [Corgi Wales]. Encyclopedia of Animals (dalam bahasa Inggeris). Great Neck Publishing. 1 Ogos 2017. ISBN 9781429811255.CS1 maint: date and year (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Corgi Wales Cardigan |
- MyCorgi.com (yayasan untuk jaringan sosial untuk pemilik corgi) (dalam bahasa Inggeris)