Anjing gembala putih Switzerland
Anjing gembala putih Switzerland[a] ialah satu baka anjing gembala Switzerland. Ia diturunkan daripada anjing gembala putih Amerika Utara yang diimport ke Switzerland; anjing gembala putih itu sendiri diturunkan daripada anjing gembala Jerman baka tulen berwarna putih.
Negara asal | Switzerland | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingAnjing gembala Jerman berbulu putih pernah dihalang daripada pendaftaran di tanah airnya Jerman, tetapi di Amerika Syarikat dan di Kanada, pewarnaan ini kekal popular; sebuah kelab baka dibentuk dan anjing putih ini diiktiraf sebagai baka tersendiri, anjing gembala putih.[2]:104
Anjing gembala putih Switzerland berasal daripada anjing jenis ini yang diimport dari Amerika Utara ke Switzerland dari awal tahun 1970-an. Anjing pertama ialah anjing Amerika bernama Lobo, yang lahir pada 5 Mac 1966; anjing lain diimport dari Kanada dan dari Amerika Syarikat.[2]:104[3][4]
Ia diiktiraf sebagai baka di Switzerland pada Jun 1991 dan didaftarkan dalam Livre des origines suisse bagi Société Cynologique Suisse.[1]:68[3][4] Ia diiktiraf sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2002 dan diterima secara muktamad pada tahun 2011.[5] Ia diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 2017.[6]
Ciri
suntingAnjing gembala putih Switzerland bersaiz sederhana dengan berat dalam julat 25–40 kg (55–88 lb) dan ketinggian pada paras kelasa biasanya dalam julat 53–66 cm (21–26 in).[1]:68 Terdapat dua jenis lapis bulu, sederhana panjang dan panjang; lapis bulunya sentiasa putih, sebaik-baiknya dengan kulit gelap.[7] Warna mata berkisar daripada perang terang hingga perang gelap dan berbentuk badam; telinganya tegak, menghala ke hadapan, berbentuk segi tiga, dan sedikit membulat di hujung.[5][7]
Kebolehan penggembalaannya adalah serupa dengan yang pada anjing gembala Jerman.[8] Pendaftaran tidak tertakluk kepada ujian kerja.[3][4]
Catatan
suntingRujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala putih Switzerland |
- ^ a b c Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
- ^ a b Pickeral, Tamsin (Oktober 2014). Dogs Unleashed [Anjing Dilepaskan] (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626862739. OCLC 895428370.
- ^ a b c "Standard-FCI N° 347 BERGER BLANC SUISSE" [Piawaian FCI No. 347 Anjing Gembala Putih Switzerland] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Ogos 2011. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ a b c "FCI-Standard N° 347 BERGER BLANC SUISSE (White Swiss Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 347 Anjing Gembala Putih Switzerland] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Binder-Gresly, Ruth. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Ogos 2011. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ a b "FCI breeds nomenclature: BERGER BLANC SUISSE (347)" [Tatanama baka FCI: ANJING GEMBALA PUTIH SWITZERLAND (347)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ New Breed – White Swiss Shepherd Dog (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan pada 23 Julai 2017.
- ^ a b White Swiss Shepherd Dog (Imp) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan pada 23 Julai 2017.
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.