Wayang (filem)
Wayang ialah sebuah filem drama kemasyarakatan arahan Hatta Azad Khan yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 November 2008. Filem yang dibintangi oleh Eman Manan, Ida Nerina dan Zul Huzaimy ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Pantai Timur yang mengekalkan warisan budaya mereka iaitu wayang kulit. Filem ini juga turut mewakili Malaysia pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur dan berjaya merangkul Anugerah Khas Juri.
Wayang | |
---|---|
Pengarah | Hatta Azad Khan |
Penulis | Hatta Azad Khan |
Lakon layar | Hatta Azad Khan |
Dibintangi | |
Muzik oleh | Hafiz Askiak |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingAwang Lah (Eman Manan), seorang dalang tersohor, tiba-tiba didepani masalah mengajar wayang kulit kepada seorang kanak-kanak lelaki buta dan seorang kanak-kanak perempuan bersuara sengau. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar dan kanak-kanak istimewa itu. Awi (Zul Huzaimy) sekalipun buta tetapi mampu menghafal cerita-cerita wayang kulit dengan baik, dan Melor (Mas Muharni) pula pandai melukis patung dan menggerakkannya di kelir mengiringi cerita yang dituturkan Awi.[1] Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh (Wan Kenari), sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama. Cinta berputik antara Awi dan Melor. Jusoh yang menaruh hati pada Melor menjadi marah dan mula mengganggu Awi, sehinggakan Awi tertuduh membakar panggung wayang kulit Awang Lah. Awang Lah mendepani Jusoh setelah mengetahui dari Awi siapa sebenarnya yang membakar panggung wayang kulitnya. Awang Lah memberi amaran kepada Jusoh supaya tidak lagi menganggu Awi dan mengusik Melor. katanya kedua-dua remaja itu adalah tanggung-jawabnya seperti anaknya sendiri. Awang Lah terjatuh sewaktu bermain wayang kulit. Persoalannya: mampukah Awi dan Melor meneruskan warisan kesenian wayang kulit? Adakah Awi yang buta dapat menghadapi Jusoh? Bolehkah anak lelaki Awang Lah yang kini remaja menerima wayang kulit? Adakah Awi dan Melor dapat hidup bahagia seperti Seri Rama dan Sita Dewi dalam cerita wayang kulit yang mereka mainkan?[2]
Pelakon
sunting- Eman Manan sebagai Awang Lah
- Ida Nerina sebagai Mak Cik Esah
- Zul Huzaimy sebagai Awi
- Mas Muharni sebagai Melor
- Wan Kenari sebagai Jusoh
Anugerah dan pencalonan
suntingAnugerah | Kategori | Penerima | Menang/Pencalonan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-21 | Filem Terbaik | Keseluruhan | Pencalonan |
Pengarah Terbaik | Hatta Azad Khan | Pencalonan | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Eman Manan | Pencalonan | |
Lakon Layar Terbaik | Hatta Azad Khan | Pencalonan | |
Cerita Asal Terbaik | Hatta Azad Khan | Pencalonan | |
Penyuntingan Terbaik | Hafiz Kamaruzaman | Pencalonan | |
Skor Muzik Asal Terbaik | Hafiz Askiak | Pencalonan | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Zul Huzaimy Marzuki | Menang | |
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | Mohd Asrah Afif | Pencalonan | |
Mohd Asrah Aris | Pencalonan | ||
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | EWan Kenari | Pencalonan | |
Pelakon Harapan Wanita Terbaik | Mas Muharni | Penacalonan | |
Anugerah Khas Juri | menyemai warisan budaya di layar perak kerana telah pupus | Menang | |
Anugerah Skrin 2009 | Filem Terbaik | Keseluruhan | Menang |
Pengarah Terbaik Filem | Hatta Azad Khan | Menang | |
Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Eman Manan | Menang | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem | Zul Huzaimy Marzuki | Menang | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem | Ida Nerina | Menang | |
Lakon Layar Terbaik Filem | Hatta Azad Khan | Pencalonan | |
Kuala Lumpur International Film Festival 2008 | Jury Merit Award | Keseluruhan | Menang |
Festival Filem Antarabangsa India, Goa 2009 | |||
Festival Filem Antarabangsa India, Pune 2009 | |||
Gold Panda Award Chengju, China 2010 | Sinematografi Terbaik |
Rujukan
sunting- ^ http://www.budiey.com/sinopsis-filem-wayang/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-29. Dicapai pada 2009-06-29.