Wangsa Syailendra atau Dinasti Sailendra, ketika diasaskan, merupakan keluarga diraja terkemuka dari Jawa pada masa Medang.

Relief candi Borobudur abad ke-8 menggambarkan seorang Raja duduk dalam Maharajalilasana (postur raja atau kemudahan diraja), dengan Ratu dan rakyatnya, adegan itu berdasarkan keadaan istana kerajaan Syailendra.

Inskripsi Sailendra terawal bertarikh dari 778 (Inskripsi Kalasan). Kuasa Sailendra tertumpu di Dataran Kedu yang terletak di Jawa selatan-tengah. Kawasan ini adalah kawasan sawah yang memberikan keselamatan daripada serangan laut yang sering berlaku di pantai utara pulau itu.

Ekologi Daratan Kedu memerlukan kerjasama untuk memperuntukkan air kepada para penanam padi. Keturunan pemerintah tempatan muncul untuk mengawal dan menyelaraskan air di setiap sungai atau lembangan sungai. Menurut Clifford Geertz, sawah memerlukan banyak kerja untuk membina dan memeliharakan saliran, terusan, dan teres. Sesuatu keturunan yang dapat memobilisasikan tenaga kerja melebihi satu lembangan sungai akan dapat menguasai keturunan tempatan yang lain. Sailendra dapat memobilisasikan tenaga kerja melintasi sempadan-sempadan setiap lembangan sungai melalui penggunaan kuasa perlambangan yang dikaitkan kepada penggunaan upacara amal agama Hindu dan Buddha, termasuk inskripsi Sanskrit, sebuah istana bergaya India dan sebuah kraton, serta kuil-kuil dan tugu-tugu peringatan.

Sejarah

sunting
 
Relief Borobudur menggambarkan gajah diraja yang dikawal oleh tentara, pada zaman Mataram (Medang) di Jawa.

"Sailendra", nama wangsa yang diberikan oleh ahli sejarah bermaksud "penguasa gunung". Gelaran ini mungkin dipilih untuk menimbulkan kenangan pada gelaran sailaraja (raja gunung) yang dipergunakan oleh raja-raja Funan yang dituntut merupakan leluhur wangsa Sailendra. Gelaran ini sering termuncul dalam epigrafi Sailendra walaupun nama ini tidak semestinya digunakan oleh keturunan pemerintah tersebut. Pemerintah-pemerintah Srivijaya seringnya merujuk kepada diri sendir sebagai Sailendra di India untuk alasan-alasan yang tidak dapat dipastikan.

Selepas pembentukan Srivijaya, Sailendra mengekalkan hubungan yang rapat dengan Srivijaya, termasuk hubungan melalui perkahwinan. Hubungan bersaling antara kedua-dua kerajaan ini memastikan bahawa Srivijaya tidak perlu takut akan kemunculan satu pesaing Jawa, dan Sailendra mempunyai laluan ke pasaran antarabangsa. Sailendra menyertai perdagangan Jalanan Rempah antara China dan India, tetapi tahap penyertaannya tidak pernah dapat menyaingi Srivijaya. Penanaman padi intensif merupakan keluaran utama kerajaan Sailendra.

Sailendra melitupi Dataran Kedu dengan tokong dan kuil Buddha Vajrayana untuk merayakan dan menegaskan kuasa mereka. Kompleks kuil Borobudur yang dibina antara tahun 778 dan 824 merupakan pencapaian Sailendra yang terutama. Borobudur merupakan tugu peringatan agama Buddha yang pertama di Asia Tenggara, dan mempengaruhi pembinaan tugu-tugu peringatan yang kemudian, seperti Angkor Wat di Kemboja.

Menurut sumber Arab, kerajaan Sailendra (disebut Zabag atau Jawa) memerintah Sribuza (Srivijaya), Kalah (sebuah tempat di semenanjung Tanah Melayu, mungkin Kedah), dan Ramni (sebuah tempat di Sumatera, mungkin Lambri).[1]:20-23[2]:8-10, 30-31

Garis masa

sunting
  • 770 Raja Sailendra bernama Raja Vishnu mula membina candi Borobudur.
  • 790 Kerajaan Sailendra menyerang Chenla (Kemboja) dan memerintah Chenla hampir 12 tahun. Raja Sailendra sebenarnya berasal dari Thailand atau Kemboja.
  • 825 Raja Sailendra bernama Samaratungga , cucu kepada Raja Vishnu berjaya menyiapkan candi Borobudur.
  • Borobudur merupakan candi , monument agama Buddha di atas sebuah gunung berapi yang terletak antara Magelang dengan Yogyakarta. di atas Borobudur terdapat stupa-stupa atau binaan pemujaan yang cantik dan indah di mana penganut agama Buddha berdoa dan mencari restu.
  • 835 Patapan dari Sanjaya mengambil alih Sailendra , menggantikan agama Buddha kepada agama Hindu. Raja Balitung pula memerintah Jawa Tengah. Ketika ini agama Buddha berkembang ke pulau Lombok dan lain-lain.
  • 850 Balaputram menuntut kembali kekuasaaan Sailendra.
  • Raja Sanjaya yang baru iaitu Raja Daksa di Jawa Tengah mula membina kuil Hindu di Prambanan.
  • Raja Warmadewa merupakan pemerintah pulau Bali. Ketika ini epik Ramayana telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa kuno.

Rujukan

sunting
  1. ^ Zakharov, Anton A (August 2012). "The Śailendras Reconsidered" (PDF). nsc.iseas.edu.sg. Singapore: The Nalanda-Srivijaya Centre Institute of Southeast Asian Studies. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 1, 2013. Dicapai pada 2013-10-30.
  2. ^ Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 978-602-9346-00-8.