Wander Over Yonder

Wander Over Yonder ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat di Disney XD yang dicipta oleh Craig McCracken yang mengikuti Wander dan sahabat baik dan tunggangannya Sylvia. Wander yang suka mengembara dan optimistik menunggang merentasi galaksi untuk membantu orang hidup dengan bebas melawan niat Lord Hater untuk memerintah alam semesta. Siri ini merupakan terbitan pertama McCracken untuk Disney Television Animation; beliau sebelum ini mengetuai The Powerpuff Girls dan Foster's Home for Imaginary Friends untuk Cartoon Network.

Wander Over Yonder
Genre
PenciptaCraig McCracken
PengarahDave Thomas (pengarah menyelia)
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
Two Man Gentlemen Band
Lagu pembukaan"Wander Over Yonder Main Title"[1]
PenggubahAndy Bean
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod43 (79 segmen) (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifCraig McCracken
Penerbit
  • Lisa Furlong Jones
  • Laurens Fein
Tempoh siaran
  • 22 minit (kedua-dua segmen)
  • 11 minit (satu segmen)[2]
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Syarikat pengedaran
Disney–ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asal
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal16 Ogos 2013 (2013-08-16) – 27 Jun 2016 (2016-06-27)
Pautan luar
Laman sesawang

Siri ini pada asalnya disiarkan di Disney Channel pada Ogos 16 2013. Episod-episod baharu dipindahkan semasa musim pertamanya ke Disney XD pada Mac 31 2014.

Pada Jun 23 2014, Disney memperbaharu siri ini untuk musim kedua. Satu set 11 tayangan singkat seminit disiarkan di rangkaian itu mulai Julai 20 2015 untuk mempromosikan musim kedua yang pertama kali ditayangkan pada Ogos 3 2015.

Pada Mac 5 2016, Craig McCracken mengumumkan bahawa rancangan ini tidak akan diperbaharu untuk satu lagi musim dan bahawa musim kedua akan menjadi musim terakhir. Beliau menyatakan bahawa beliau mempunyai rancangan untuk meneruskannya tetapi Disney enggan menempah lebih episod. Penamat siri setengah jam berjudulkan "The End of the Galaxy" disiarkan pada Jun 27 2016 di Disney XD.

Rujukan

sunting
  1. ^ ID no. 885983837, dapat dicari di tapak sesawang rasmi Diarkibkan 6 Mac 2013 di Wayback Machine bagi ASCAP.
  2. ^ Michael, Schneider (22 Julai 2013). "Disney Channel Sets Premiere Date for New Cartoon Wander Over Yonder". TV Guide (dalam bahasa Inggeris). CBS Interactive. Dicapai pada November 8 2013. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar

sunting