Wan Sulaiman Wan Tam

Wan Sulaiman Wan Tam merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kota Star Selatan, negeri Kedah (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Yang Berhormat
Wan Sulaiman Wan Tam
Fail:Wan Sulaiman Wan Tam.jpg
Ahli Parlimen
bagi Kota Star Selatan, Kedah
Digantikan olehMahathir Mohamad
Maklumat peribadi
LahirKedah Kota Star Selatan, Kedah
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Rujukan

sunting