Wan Sharifuddin bin Wan Hassan

Wan Sharifuddin bin Wan Hassan yang dikenali sebagai Wan Shah merupakan bekas anggota kumpulan UNIC (2002-2004) yang merupakan pengasas kumpulan penyanyi Malaysia nasyid UNIC yang terawal merancang dan menubuhkan kumpulan nasyid remaja yang menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid. Sebelum beliau mengundur diri dari kumpulan UNIC pada tahun 2004, beliau juga telah memegang watak pengawas sekolah bersama Fitri Haris dalam telemovie See You Di IPT pada tahun 2004 sebagai kemunculan terakhirnya bersama UNIC.

Wan Shah
Kelahiran
Wan Sharifuddin bin Wan Hassan

(1984-05-28) 28 Mei 1984 (umur 40)
Warganegara Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Terkenal keranaUNIC
U-NICE

Biografi

sunting

Dilahirkan di Pengkalan Chepa, Kelantan pada (1984-05-28) 28 Mei 1984 (umur 40) beliau menjadi pengurus A&R D'Mind Music Entertainment ketika bersama UNIC dan selepas meninggalkan kumpulan itu. Antara projek ketika berliau bersama syarikat D'Mind Music Entertainment adalah seperti penubuhan kumpulan nasyid baru Devotees, projek Telemovie See You Di IPT UNIC kerjasama bersama Hijjaz Records.

Beliau pernah bersama menjayakan sebuah program Cahaya Kasih kerjasama Group Inspirasi Unik dan sebuah sekolah PPDK Nusajaya pada tahun 2010 dengan sebuah lagu bertajuk Cahaya Kasih ciptaan sepenuhnya oleh Wan Shah sendiri, tujuan program ini adalah untuk mengutip dana bagi membantu golongan kurang upaya dengan mengadakan sebuah pementasan teater yang bertajuk Primadona (Perahu Mimpi) yang berlangsung di UTM Skudai, UiTM Segamat, dan Dewan MaTiC Jalan Ampang yang mana Zamri Pangat sebagai Pengarah untuk pementasan Teater tersebut, selain itu perlakon yang terlibat untuk menjayakan pementasan itu adalah seperti Bell Ngasri, Anne Ngasri, Maulana Af, Linda Jasmine dan Que Haidar.

Beliau juga pernah mencipta sebuah lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan kanak-kanak Soleh-in sempena Tilawah Alquran peringkat kebangsaan (MTQ) pada tahun 2012 yang bertajuk "Tangguh Solat".

Kini Wan Shah masih aktif didalam industri muzik sebagai tulang belakang beberapa projek mega dan aktif mencipta lagu untuk iklan,produk,komersial, untuk artis dan lain-lain.

Pautan luar

sunting