Wan Daud bin Wan Ismail al-Fatani
Syeikh Daud bin Ismail al-Fatani (1860-an–1936) atau lebih dikenali sebagai Syeikh Daud Khatib ialah seorang ulama Islam kelahiran Pattani.
Tok Syeikh Daud Khatib | |
---|---|
Kelahiran | Daud bin Ismail 1860 Pattani, Thailand |
Meninggal dunia | 1936 Kota Bharu, Kelantan |
Dikebumikan | Kampung Banggol, Kota Bharu |
Pendidikan |
|
Pekerjaan | Pengarang kitab, ulama |
Latar belakang
suntingSyeikh Daud Khatib dilahirkan pada 1860. Bapanya, Ismail merupakan seorang pendakwah berasal dari Turki yang datang ke Aceh. Ibunya bernama Mariam yang berasal dari wilayah Kelantan-Patani yang merupakan saudara perempuan kepada Wan Cik binti Haji Muhammad Salih al-Fatani, ibu kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, dan saudara perempuan kepada Wan Aishah binti Haji Muhammad Salih al-Fatani, isteri kepada Tok Wan Ali Kutan.
Syeikh Daud menerbitkan beberapa penerbitan di Matbaah al-Miriyyah, Mekah, yang mana beliau merupakan individu kedua yang menjadi keutamaan selepas Syeikh Ahmad al-Fatani. Beliau pulang ke semenanjung Melayu kira-kira selepas tahun 1915.
Meninggal dunia
suntingSyeikh Daud meninggal dunia pada 13 Oktober 1936, di Kota Bharu, Kelantan, dan dikebumikan di Kampung Banggol, Kota Bharu.
Rujukan
sunting- TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.