WALL-E

(Dilencongkan daripada Wall-e)

WALL-E (dipromosi dengan tanda interpunct sebagai WALL·E) ialah sebuah filem kembara cereka sains animasi komputer 2008 terbitan Pixar Animation Studios yang dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini diarahkan oleh Andrew Stanton, yang sebelum ini pernah mengarah filem Finding Nemo, diterbitkan oleh Jim Morris dan ditulis oleh Jim Reardon dengan lakonan suara oleh Ben Burtt, Elissa Knight, Jeff Garlind, Fred Willard, John Ratzenberger, Sigourney Weaver, Kathy Najimy dan sistem PlainTalk. Filem ini mengisahkan pengembaraan dan percintaan antara dua robot di zaman akan datang. Kebanyakan watak filem ini tidak bersuara manusia, sebaliknya berkomunikasi dengan bahasa gerak-geri dan bunyi-bunyi (rekaan Ben Burtt) yang menyerupai suara. WALL-E juga merupakan filem cetera animasi Pixar pertama yang mengandungi segmen-segmen yang mengandungi watak lakonan langsung dan merupakan salah satu daripada sembilan filem cetera keseluruhan yang diterbitkan oleh Disney.

WALL-E
Poster keluaran pawagam
PengarahAndrew Stanton
PenulisAndrew Stanton
Pete Docter
Jim Reardon
Dihasilkan olehJim Morris
John Lasseter
DibintangiBen Burtt
Elissa Knight
Sigourney Weaver
Jeff Garlin
Fred Willard
John Ratzenberger
Kathy Najimy
Disunting olehStephen Schaffer
Muzik olehThomas Newman
Peter Gabriel (lagu)
Diedarkan olehWalt Disney Pictures
Tarikh tayangan
27 Jun 2008 (AS)
21 Ogos 2008 (Malaysia)
Masa tayangan
98 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$180,000,000[2]
Pecah panggung$89,470,409 (Jumlah)
$86,311,330 (AS)
$3,159,079 (Luar)[2]

WALL-E mula ditayangkan di pada 27 Jun 2008 di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia mengutip $23.1 juta pada hari pembukaannya, dan $63 juta pada hujung minggu pembukaannya, menjadi filem jualan terlaris. Ini merupakan kutipan minggu pembukaan ketiga tertinggi Pixar sehingga ini. WALL-E juga meraih sanjungan tinggi daripada para pengulas filem, ketika ini mendapat #26 dalam Top 250 list of all-time IMDb serta markah 96% di Rotten Tomatoes.

Pada awal abad ke-22, megakorporasi Buy n Large mengambil alih setiap perkhidmatan ekonimi di Bumi, termasuklah kerajaan. Akibat disarati sampah-sarap yang tidak dikitar semula, maka Bumi teruk sekali tercemar sehingga tidak mampu menampung kehidupan lagi. Dalam langkah memastikan kemandirian manusia, CEO BnL Shelby Forthright (Fred Willard) menaja pelarian beramai-ramai dari Bumi selama lima tahun di atas searmada kapal angkasa eksekutif yang boleh menampung setiap keperluan manusia, dilengkapi krew robot yang automatis sepenuhnya. Beratus-ribu unit robot pelupusan sampah "WALL-E" ditinggalkan di Bumi untuk membersihkan Bumi dengan memampatkan sampah menjadi bentuk kubus lalu menimbunkan sampah menjadi setinggi pencakar langit agar memudahkan pelupusan. Bagaimanapun, rancangan ini ditolak apabila Forthright menjangka pada tahun 2110 bahawa Bumi sudah terlampau tercemar untuk diduduki manusia lagi. Pada tahun 2815, kira-kira 700 tahun kemudian, hanya seunit WALL-E (suara rekaan Ben Burtt) yang masih berfungsi.

Berabad-abad kehidupan berterusan telah membolehkan WALL-E ini berakal dan ingin tahu. Ia gemar mengumpul barang-barang yang menarik di kalangan sampah-sarap, memetik alat ganti dari unit WALL-E lain yang sudah mati untuk simpanan diri, dan selalu menonton filem muzikal 1969 bertajuk Hello, Dolly! dari pita video, khususnya persembahan "Put on Your Sunday Clothes" dan "It Only Takes a Moment" yang mengajarnya agar beremosi, dan saling berpegang tangan yang ditafsirkannya sebagai tanda cinta. Pilu dirasa si WALL-E yang tiada sesiapa untuk berpegang tangan.

Pada suatu hari, WALL-E menemui sebatang kecambah dan menanamnya dalam sebelah kasut lama. Tidak lama kemudian, sebuah kapal angkasa mendarat di Bumi dan mengeluarkan EVE (Elissa Knight), sebuah robot "betina" yang dihantar kapal angkasa Axiom, dengan diberi arahan mencari hidupan tumbuhan di Bumi. Sekali pandang terus jatuh cinta si WALL-E itu, manakala EVE meluahkan rasa kagum terhadap personaliti WALL-E; sayangnya bagi WALL-E, EVE tidak membalas rasa cinta WALL-E kerana mementingkan arahan sahaja. Apabila WALL-E menunjukkan tumbuhan yang dijumpainya kepada EVE, EVE menyimpan kecambah itu lalu mematikan diri. WALL-E berusaha melindungi badan EVE yang tidak bernyawa sehingga EVE diambil balik oleh kapal yang menghantarkannya. Dengan rasa tidak keruan, WALL-E mengejar kapal itu lalu berpaut pada badan kapal yang berlepas ke kapal Axiom.

Setelah berabad-abad hidup dalam mikrograviti, kaum manusia di kapal Axiom banyak kehilangan jisim tulang, menjadikan mereka terlalu gemuk dan tidak mampu berdiri atau berjalan tanpa bantuan robot. Ketua kapal, Kapten B. McCrea (Jeff Garlin) pun mengutus segala tugasnya kepada sistem autopilot kapal yang bernama "Auto" (suara program MacInTalk). Apabila WALL-E mengekori EVE ke dalam kapal, kelakuannya yang luar biasa menyebabkan manusia dan robot bertindak luar biasa, khususnya M-O, robot dekontaminasi yang ingin berfikir sendiri semasa hendak mengekori jejak WALL-E agar boleh membersihkan robot dari Bumi itu, dan dua orang manusia bernama John (John Ratzenberger) dan Mary (Kathy Najimy) yang sebelum ini kurang memahami dunia luar sehingga saling bertemu kerana baru kenal WALL-E secara berasingan.

EVE cuba membawa kecambah tadi kepada McCrea agar diletakkan dalam pengesan holo kapal, iaitu sejenis peranti yang akan melancarkan langkauan hiper ke Bumi sesudah mengimbas tumbuhan, tapi kecambah itu hilang. EVE dianggap rosak lalu dihantar ke wad pembaikan robot bersama WALL-E. WALL-E tersalah sangka mesin diagnostik cuba mengapa-apakan EVE, lalu merampas senapang plasma EVE dan terlepas tembakan, sekaligus membebaskan robot-robot rosak yang lain di wad pembaikan dan dijadikan ancaman keselamatan bersama EVE dan WALL-E. EVE yang tidak tahan dengan perangai WALL-E cuba menghantarnya kembali ke Bumi dalam pod kecemasan apabila pembantu utama McCrea GO-4 tiba dan menyimpan kecambah yang hilang itu ke dalam lenggai; mungkin GO-4 yang mencurinya tanpa disedari McCrea. GO-4 menetapkan pod itu binasa diri lalu melancarkannya apabila WALL-E di dalam, namun WALL-E sempat melepaskan diri bersama kecambah itu sedetik sebelum musnahnya pod tadi. EVE lega kerana WALL-E menyelamatkan kecambah itu dan mereka menari-nari di keliling kapal Axiom dengan ghairahnya.

EVE mengembalikan kecambah itu kepada McCrea, diikuti WALL-E sebentar lagi. Kapten McCrea ingin tahu bagaimana rupa Bumi pada zaman sekarang lalu memaparkan rakaman kamera keselamatan EVE, yang membolehkan EVE menyaksikan usaha WALL-E melindunginya ketika pendam, lalu dia jatuh cinta pada WALL-E juga. Terpesona oleh imej-imej zaman silam kehidupan di Bumi sebelum bangkitnya BnL, McCrea tergamam oleh kemusnahan alam di Bumi yang digambarkan dalam rakaman EVE, lalu mencadangkan agar manusia kembali ke Bumi untuk memulihkan segalanya. Namun, Auto menegaskan manusia tidak wajar kembali ke Bumi, lalu terpaksa menunjukkan bahawa Shelby Forthright mengarahkan semua autopilot agar tidak mengembalikan manusia kerana rancangan pembersihannya gagal. Auto yang tidak terdaya mengingkari arahan ini memberontak lalu cuba membuang kecambah tersebut. Dalam perebutan kecambah itu, Auto dengan ganasnya merenjatkan WALL-E yang cuba melindungi kecambah itu dan mematikan EVE sekali, lalu membuang kedua-dua mereka ke dalam pelongsor sampah bersama kecambah itu sekali dan mengunci McCrea dalam biliknya.

Setelah sempat menyelamatkan diri dari dilepaskan ke dalam angkasa bersama-sama sampah-sarah dalam kemudahan pelupusan sampah kapal atas bantuan M-O, EVE mengingkari arahan membawa tumbuhan kepada pengesan holo kapal aga cuba membaiki WALL-E, tetapi WALL-E mengehendaki EVE menjalankan arahannya sambil mengingatkan EVE bahawa andai mereka berjaya pulang ke Bumi, WALL-E boleh diselamatkan dengan alat ganti simpanannya. WALL-E dan EVE membawa kecambah itu untuk mencari pengesan tersebut dengan bantuan M-O. Mereka berdua dibantu McCrea yang mengarahkan mereka dari tahanan agar lekas ke pengesan itu, dibantu robot-robot rosak yang membantu mereka melawan pasukan keselamatan. McCrea menipu Auto bahawa kecambah itu dalam genggamannya lalu bersemuka dan berlawan dengan Auto. McCrea sempat menghidupkan pengesan holo itu yang berbentuk kekaki yang timbul dari lantai dek. Auto memirngkan kapal, mengakibatkan manusia-manusia yang tidak boleh berjalan tertimbun ke sisi kapal. Auto cuba membenamkan pengsan itu, tetapi dihalang WALL-E dengan badannya sendiri. McCrea menyeru kekuatan berdiri sendiri lalu mengatasi Auto, agar memulihkan keadaan di dalam kapal. Kecambah itu diletakkan dalam pengesan yang melepaskan WALL-E yang rosak teruk lalu melangkaukan kapal kembali ke Bumi.

Setibanya di Bumi, EVE tergesa-gesa membaiki dan menghidupkan kembali WALL-E. Sayangnya, betapa teruk kerosakannya nampaknya telah memadamkan ingatan dan keperibadian WALL-E, lalu menyebabkannya kembali ke arahan asalnya. Dengan rasa pilu kerana percaya WALL-E yang dicintainya sudah tiada, EVE memegang tangan WALL-E lalu "mengucupnya." Percikan dari ciuman tadi memulihkan ingatan dan keperibadian WALL-E, lalu dia dapat mengecam semula EVE dan teruja kerana dapat berpegang tangan bersama EVE. Manusia dan robot pun bekerjasama agar memulihkan biosfera Bumi dengan tujuan baru, di bawah pimpinan McCrea yang teruja sekali.

Pembikinan

sunting

Andrew Stanton membayangkan idea WALL-E sebelum Toy Story dibikin lagi:[3] ideanya berbunyi: "Jikalau manusia meninggalkan Bumi dan lupa memadamkan robot terakhir yang tinggal?"[4] Pete Docter mengembangkan filem itu selama dua bulan pada tahun 1995, setelah mendengar penjelasan dari Stanton, tetapi membuat keputusan untuk membikin Monsters, Inc. (2001) pula kerana kurang pasti bagaimana untuk menceritakan kisah cinta.[5] Idea WALL-E masih mengisi otak Stanton kerana minat beliau terhadap opera angkasa dan mempersonifikasikan objek-objek tidak bernyawa.[6]

Rekabentuk robot timbul apabila Stanton bertaklimat kepada para pereka, "Anggaplah macam setakat perkakas dulu, kemudian cari perwatakan di dalamnya."[3] Ketika mereka watak utama, para animator diilhamkan oleh sepasang binokular dan Luxo Jr., si lampu yang ditampilkan dalam logo Pixar.[6] Stanton sedang bermain-main dengan sepasang binokular untuk membuat-buat wajah suka duka.[7] Stanton berkata "anda tidak perlukan mulut, tak perlukan hidung juga, anda dapat seluruh personaliti dari [matanya]", iaitu para penonton akan berasa dia "bukan setakat manusia berbadan robot". Badan WALL-E bercirikan rengkokan seperti kura-kura dan tayar kereta kebal yang membolehkannya melalui mana-mana jenis daratan. Pengarahnya juga mengakui bahawa beliau mungkin dipengaruhi separa sedar oleh Johnny 5 dari filem Short Circuit (yang pernah ditontonnya sekali).[8]

Stanton mengemukakan ceritanya kepada Ben Burtt yang turut serta untuk membuar rekaan bunyi.[6] Dalam filem ini sedikit sahaja perbualan; Stanton berlawak bahawa "Saya pada asasnya sedang membikin R2-D2: The Movie", menyentuh kerja-kerja Burtt di Star Wars. Untuk menghasilkan perbualan, Burtt memetik pelbagai bunyi mekanik, lalu mengadukkannya agar menyerupai perbualan.[4] Ketika WALL-E mengecas baterinya melalui tenaga solar, dia melakukan bunyi pembukaan yang serupa dengan komputer Macintosh terkini.[9] Mengenai kekurangan dialog dalam cerita, penerbit eksekutif John Lasseter menyatakan bahawa "seni animasi adalah mengenai perbuatan sesuatu watak, bukan perbualannya. Bergantunglah pada bagaimana anda mencerita, tak kira banyak atau tidak dialognya."[10]

Menyentuh filem Pixar yang lain

sunting

Filem-filem Pixar sering mengandungi sentuhan pada projek-projek lain studio tersebut. EVE mengesan sebuah trak Pizza Planet dari Toy Story. Mainan-mainan Rex dan Hamm dari Toy Story, kelihatan di kawasan pengangkut sampah di babak-babak berasingan. Sebuah mainan Mike dari Monsters, Inc. turut kelihatan dalam kawasan pengangkut tadi. Apabila WALL-E bermalam dengan lipas peliharaanya di awal filem, di atas rak di atasnya ialah sebuah patung kepala sasul Frozone dari The Incredibles. Pada babak penghargaan akhir filem, kelihatan suatu lukisan mozek penyu dari Finding Nemo. Kod A113 yang selalu dimasukkan ke dalam setiap filem Pixar sehingga kini, merupakan kod yang penting dalam filem WALL-E. John Ratzenberger turut menyumbangkan suara kepada salah satu watak filem ini, seperti yang dilakukan beliau dalam setiap keluaran cetera Pixar sebelum ini.[11]

Runut bunyi

sunting
WALL·E
 
 
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada24 Jun, 2008
TempatAmerika Syarikat  
GenreSkor
Panjang98:00  
BahasaBahasa Inggeris  
SyarikatWalt Disney Records
PengedarWalt Disney Studios Motion Pictures, Walt Disney Studios Sony Pictures Releasing (en)   dan Disney+  
PengarahAndrew Stanton  
PenerbitJim Morris dan Lindsey Collins (en)    
Ulasan profesional
Kronologi Pixar Soundtracks
Ratatouille
(2007)
WALL-E
(2008)
BURN-E (mul)    
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Album runut bunyinya keluar pada 24 Jun 2008, menampilkan petikan dari lagu-lagu "Put On Your Sunday Clothes" dan "It Only Takes a Moment" (nyanyian Michael Crawford) dari runut bunyi Hello, Dolly!, dan lagu "La Vie en Rose" nyanyian Louis Armstrong, dan juga gubahan asli "Down to Earth" oleh Peter Gabriel. Penggubahan muzik diterajui oleh Thomas Newman dengan pengorkestraan oleh Carl Johnson, JAC Redford, Thomas Pasatieri, dan Gary K. Thomas. Newman pernah menggubah muzik untuk Finding Nemo. Hampir semua filem Pixar lain digubah muziknya oleh sepupu beliau iaitu Randy.

Senarai runut

sunting
  1. Put On Your Sunday Clothes (nyanyian Michael Crawford) 1:17
  2. 2815 A.D. 3:28
  3. WALL-E 2:00
  4. The Spaceship 1:42
  5. EVE 1:02
  6. Thrust 0:42
  7. Bubble Wrap 0:51
  8. La Vie en Rose (nyanyian Louis Armstrong) 3:24
  9. Eye Surgery 0:41
  10. Worry Wait 1:19
  11. First Date 1:20
  12. EVE Retrieve 2:20
  13. The Axiom 2:25
  14. BnL 0:20
  15. Foreign Contaminant 2:07
  16. Repair Ward 2:20
  17. 72 Degrees and Sunny 3:13
  18. Typing Bot 0:48
  19. Septuacentennial 0:15
  20. Gopher 0:40
  21. WALL-E's Pod Adventure 1:14
  22. Define Dancing 2:23
  23. No Splashing No Diving 0:48
  24. All That Love's About 0:37
  25. M-O 0:47
  26. Directive A-113 2:06
  27. Mutiny! 1:29
  28. Fixing WALL-E 2:08
  29. Rogue Robots 2:03
  30. March of the Gels 0:55
  31. Tilt 2:01
  32. The Holo-Detector 1:08
  33. Hyperjump 1:05
  34. Desperate EVE 0:57
  35. Static 1:43
  36. It Only Takes a Moment (nyanyian Michael Crawford) 1:08
  37. Down to Earth (nyanyian Peter Gabriel) 5:59
  38. Horizon 12.2 1:27
  • Skor asli gubahan Thomas Newman kecuali:
    • Runut 1 & 36 – gubahan Jerry Herman, dari filem Hello Dolly!
    • Runut 5 & 22 – gubahan Thomas Newman dan Peter Gabriel
    • Runut 14 – ditulis oleh Bill Bernstein dan Thomas Newman
    • Runut 37 – muzik oleh Peter Gabriel dan Thomas Newman, lirik oleh Peter Gabriel

Keluaran

sunting

Tayangan perdana filem ini berlangsung di Greek Theatre di Los Angeles pada 23 Jun 2008.[12] WALL-E dibuka kepada umum di Amerika Syarikat dan Kanada pada 27 Jun 2008 dan mengutip $23.1 juta pada hari pembukaannya.[13] Pada hujung minggu pembukaannya, filem ini mengutip $63 juta di 3,992 pawagam, dan menduduki tempat #1 di box office.[14] The opening weekend would give the film the third-best opening weekend for a Pixar film.[15]

Mengikut tradisi Pixar, WALL-E digandingkan dengan filem pendek bagi keluaran pawagamnya. Filem pendek berkenaan ialah Presto.

Sambutan

sunting

WALL-E hampir bulat-bulat meraih sanjungan dari para pengulas.[16] Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 97% pengulasnya memberi ulasan yang bagus bagi filem ini, berasaskan 172 ulasan, dengan purata pemarkahan 8.6/10.[17] Di Metacritic yang menetapkan pemarkahan normalisasi berdasarkan markah penuh 100 bagi ulasan arus perdana, filem ini meraih markah purata 94, berasaskan 38 ulasan.[16]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Pixar Projection - Home". Pixar.com. Dicapai pada 2008-06-25.
  2. ^ a b "Production Budget of Wall E". Boxofficemojo. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ a b Eric Vespe (2007-08-11). "Quint sits down with WALL·E director Andrew Stanton!!!". Ain't It Cool News. Dicapai pada 2007-08-11. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ a b Eric Vespe (2007-08-01). "Quint catches up on Disney's Prince Caspian and WALL·E panel at Comic-Con!!!". Ain't It Cool News. Dicapai pada 2007-08-01. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ James White (April 2008). "How We Made WALL-E". Total Film. m/s. 113–116.
  6. ^ a b c Peter Scieretta (2007-07-28). "Comic-Con: Indepth Wall-E Details Revealed". Slash Film. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-11. Dicapai pada 2007-10-03. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ Eric Vespe (2008-02-24). "WonderCon: Quint sees some WALL-E and Prince Caspian footage at Disney's panel! Plus Q&A with Andrew Stanton!". Ain't It Cool News. Dicapai pada 2008-02-24. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama fswonder
  9. ^ Dawn C. Chmielewski (2008-06-25). "'Wall-E' draws design inspiration from Apple". Los Angeles Times. Dicapai pada 2008-06-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ Steve Fritz (2007). "A talk with John Lasseter: What the man in Disney's chair has to say". Newsarama. Dicapai pada 2007-11-04.
  11. ^ Peter Sciretta (2008-06-27). "WALL-E Easter Eggs". Slashfilm.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-30. Dicapai pada 2008-07-02. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ "Wall-E rolls out for world premiere". The Press Association. 2008-06-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-21. Dicapai pada 2008-06-23.
  13. ^ "WALL-E (2008) - Daily Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai pada 2008-06-29.
  14. ^ "WALL-E (2008) - Weekend Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai pada 2008-06-29.
  15. ^ "Pixar Movies". Box Office Mojo. Dicapai pada 2008-06-29.
  16. ^ a b "WALL-E: Reviews". Metacritic. CNET Networks, Inc. Dicapai pada 2008-07-08.
  17. ^ "WALL-E Movie Reviews". Rotten Tomatoes. IGN Entertainment, Inc. Dicapai pada 2008-07-08.

Pautan luar

sunting