Walau Siapa Pun Aku
Walau Siapa Pun Aku adalah telefilem Malaysia 2013 disiarkan di TV1 melalui pada 5 November 2013, jam 9.00 malam.
Walau Siapa Pun Aku | |
---|---|
Pengarah | Zamri Zakaria |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit | Cintakasih Pictures |
Tempoh siaran | 87 minit |
Syarikat penerbitan | Cintakasih Pictures Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 |
Siaran asal |
|
Sinopsis
suntingTurut dibintangi oleh Memey Suhaiza, Jasmin Hamid, Aida Khalida dan Ku Faridah, drama arahan Zamri Zakaria ini berkongsi perasaan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan bila mana kehadirannya tidak dialu-alukan oleh ibu dan ayah kandungnya sendiri kerana dia zuriat yang terhasil akibat kahwin paksa. Kisahnya bermula dengan watak utama Maisara menyintai Iqbal tetapi terpaksa berkahwin dengan Suffian dan menjadi isteri kedua setelah diperangkap oleh Kalsom. Akibat terpaksa berkahwin dengan Suffian, Maisara tidak dapat menerima kelahiran Aisyah. Justeru, Aisyah sering menjadi mangsa penderaan Maisara dan kebencian Suffian. Penderitaan Aisyah mendapat perhatian Iqbal yang baru pulang ke kampung selepas lima tahun membawa diri kerana kecewa dengan perkahwinan Maisara dan Suffian. Dalam waktu yang sama pula, Zainab ingin menjodohkan Iqbal dengan Nurain untuk mengelak daripada salah sangka Suffian terhadap kepulangan Iqbal. Iqbal akhirnya bersemuka dengan dengan Suffian dan menegaskan dia tidak pernah menyentuh Maisara. Suffian sedar kesilapannya dan insaf bila mengetahui cerita sebenar. Maisara pula akibt tekanan, telah terkena anxiety attack dan nyaris maut jika tidak diselamatkan oleh Aisyah. Insiden yang berlaku menyedarkan Maisara yang Aisyah tidak pernah bersalah tapi semuanya telah terlambat. Aisyah meninggal ketika sujud dalam solat. Macam ni, Nad Zainal ni sebenarnya bercinta dengan Zahiril. Tapi, mak Nad Zainal ni berdendam dengan isteri Jalaluddin Hassan. So, dia buat perangkap supaya anak dia kahwin ngan Jalaluddin Hassan. Mereka pun berkahwin. Nad Zainal memang tak suka kat suami dia. Lepas tu, dorang dikurniakan anak, iaitu adik Balqis. Nad memang benci dengan anak dia. Dia dah jadi macam tertekan sangat, sampai sanggup dera anak dia sendiri. Nad ni masih sayangkan Zahiril. Satu hari, Nad suruh suami dia ceraikan dia dan bawak anak dorang. Dia dah tak boleh nak tengok muka anak dia. Anak dia ni sayang sangat kat mak dia... Pastu, adalah scene dera, scene adik balqis belajar mengaji sembunyi-sembunyi.. Memang sedih tau! Zahiril ni baik hati. Dia hadiahkan telekung buat adik Balqis dan ajarkan solat.. At last, barulah Nad tahu akan rancangan yang mak dia buat sampai dia kena kahwin tu. Rupanya mak dia dendam sebab isteri Jalaluddin tu rampas boyfriend dia.(jalaluddin)... Scene last, adik Balqis meninggal atas riba Nad tu memang sedih sangat... huhu.
Pelakon
sunting- Puteri Balqis sebagai Aishah
- Nad Zainal sebagai Maisarah
- Zahiril Adzim sebagai Iqbal
- Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Suffian
- Aida Khalida sebagai Norlia
- Memey Suhaiza sebagai Nurain
- Jasmin Hamid sebagai Kalsom
- Ku Faridah sebagai Zainab