Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Jawi: وادە ڤنچردسن اومت مليسيا ; disingkatkan WADAH) ialah sebuah pertubuhan kebajikan[1] Islam di Malaysia. Ia merupakan pertubuhan susulan kepada bekas penggiat pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).[2] Ia ditubuhkan pada 2005[3] dan kini diterajui oleh presidennya, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman.[4] WADAH mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia.
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia | |
---|---|
Jenis | Pertubuhan bukan kerajaan |
Ibu pejabat | Anjung Rahmat, Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996, Persiaran Makmur, Sg. Merab Luar, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia |
Penubuhan | |
Diasaskan | 9 November 2005 |
Identiti | |
Orang penting | Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden) |
Moto | "Mengangkat Martabat Umat" |
Laman sesawang | www |
sunting |
Sejarah
suntingPenubuhan WADAH diluluskan secara rasmi oleh pendaftar pertubuhan pada 9 November 2005 oleh penggerak ABIM dengan nombor pendaftaran PPM-003-10-11092005 (Selangor).[5] Penubuhannya diusulkan oleh Ab Halim Ismail dan Ahmad Azam Ab Rahman kepada jawatankuasa ABIM pada 2004.[5]
Setelah diluluskan, Dr. Siddiq Fadzil telah dipilih bagi mengetuai pertubuhan ini dari 2005 hingga 2015.[6] Bermula 2015, Ahmad Azam telah dipilih sebagai presiden kedua sehingga kini.
WADAH bersama-sama tiga pertubuhan Islam di Malaysia yang lain iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), ABIM dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) telah bergabung menubuhkan Sekretariat Himpunan Gerakan Islam Malaysia pada 2023.[7]
Pautan luar
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, NGO Directory, 27 October 2011
- ^ Sulam, Muhaimin (2023-11-05). "KOLUM | Jemaah Abim dalam Amanah". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-04-02.
- ^ AHMAD, BORHAN (2021-08-27). "Siddiq Fadzil dimasukkan ke ICU, dibantu alat pernafasan". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
- ^ "PM Anwar harap pertubuhan Islam main peranan pupuk perpaduan masyarakat majmuk". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-04-02.
- ^ a b editor@abim (2021-11-12). "Alhamdulillah, WADAH sudah mencecah usia 16 tahun penubuhan!". ABIM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Outreacher (2015-09-21). "Wadah Utara: AMANAT DR SIDDIQ FADZIL". Wadah Utara. Dicapai pada 2024-04-03.
- ^ ROZLIN, IZWAN (2023-08-07). "Sekretariat Himpunan Gerakan Islam tangkis isu api-apikan rakyat". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-04-03.