Vitaly Aleksandrovich Petrov (Rusia: Виталий Александрович Петров, lahir 8 September 1984 di Vyborg) ialah seorang pemandu Formula Satu dari Rusia, yang dahulunya memandu untuk Caterham F1 pada tahun 2012, setelah memandu untuk Renault pada tahun 2010 dan 2011.

Vitaly Petrov
Lahir (1984-09-08) 8 September 1984 (umur 40)
Vyborg, Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan Rusia
Tahun aktif20102012
TeamsRenault, Caterham
Entri58 (57 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium1
Mata kerjaya64
Petak pertama0
Pusingan terpantas1
Perlumbaan pertamaGrand Prix Bahrain 2010
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2012
Kedudukan 2012Ke-19 (0 mata)

Formula Satu

sunting

Caterham (2012)

sunting
 
Petrov memandu untuk Caterham di Grand Prix Australia 2012.

Pada 17 Februari, ia telah diumumkan bahawa Petrov akan berlumba untuk Caterham F1 pada tahun 2012, dengan menggantikan pemandu Itali, Jarno Trulli, dan menjadi rakan sepasukan Heikki Kovalainen.[1] Petrov mendapat tempat ke-20 pada pusingan kelayakan di Grand Prix Australia, dan berada di tempat ke-15 ketika beliau mengalami mengalami masalah stereng dan memaksanya bersara pada pusingan ke-36.[2] Di Malaysia, Petrov mendapat tempat ke-16, di hadapan Kovalainen.

Di Grand Prix China, beliau bermula dari tempat ke-20, dan sekali lagi berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Kovalainen.[3] Di Grand Prix Bahrain, Petrov memulakan perlumbaan di hadapan kedua-dua kereta HRT dan Caterham, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.


Di Grand Prix Sepanyol, Petrov berjaya memulakan perlumbaan di hadapan rakan sepasukannya buat kali pertama. Bagaimanapun, beliau menamatkan perlumbaan tersebut di belakang rakan sepasukannya.[4] Di Grand Prix Monaco, beliau bersara buat kali kedua selepas mengalami kegagalan elektrik.[5]

Di Grand Prix Kanada, Petrov berjaya untuk melayakkan diri ke tempat ke-19, di hadapan pemandu Toro Rosso, Jean-Éric Vergne, namun gagal melakukan sebarang kemajuan dalam perlumbaan dan menamatkan perlumbaan di tempat yang sama.[6] Di Grand Prix Eropah, Petrov mendapat tempat ke-13 selepas mengalami kemalangan bersama Daniel Ricciardo.[7]

 
Petrov di Grand Prix Amerika Syarikat 2012

Selepas diatasi oleh Kovalainen, Petrov berjaya menyesuaikan diri dengan keretanya dan berjaya menamatkan empat daripada lima perlumbaan terakhir musim ini di hadapan Kovalainen.

Pada perlumbaan terakhir musim di Brazil, Petrov mendapat tempat kesebelas, sekaligus mendapat keputusan terbaik Caterham. Dengan keputusan ini, Caterham menamatkan musim di tangga kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar, di hadapan pesaing utama, Marussia.

Petrov tidak ditandatangani oleh mana-mana pasukan untuk bertanding pada musim 2013, tetapi pengurusnya, Oksana Koschenko, mendakwa bahawa Petrov mempunyai beberapa pilihan untuk musim 2013.[8] Beliau tidak dikekalkan oleh Caterham, selepas Charles Pic dan Giedo van der Garde disahkan untuk mengantikan beliau dan Heikki Kovalainen dalam pasukan tersebut.

Rekod perlumbaan

sunting

Ringkasan kerjaya

sunting
Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2001 Lada Cup Russia ? ? ? ? ? ? ? Pertama
2002 Lada Cup Russia SK OOO Favorit 5 5 5 5 5 500 Pertama
VW Polo Cup ? 1 1 ? ? 1 ? ?
Formula RUS 10 Duimov 2 2 ? ? 2 41 Ke-10
2003 Formula Renault 2.0 UK Winter Series Eurotek Motorsport ? 1 0 0 1 44 Ke-4
Formula Renault 2000 UK 2 0 0 0 0 23 Ke-28
Formula Renault 2000 Italia Euronova Junior Team 12 0 0 0 0 12 Ke-19
Formula Renault 2000 Masters Euronova Racing 6 0 0 0 0 0 NC
Euro Formula 3000 1 0 0 0 0 0 Ke-22
2004 Formula Renault 2000 Italia Euronova Junior Team 4 0 0 0 0 2 Ke-28
Formula Renault 2000 Eurocup 4 0 0 0 0 0 NC
Euro Formula 3000 Euronova Racing 1 0 0 0 0 0 NC
Lada Revolution Russia Elex Polyus 4 1 4 ? 4 43 Ke-2
2005 Russian Formula 1600 ArtLine ProTeam 6 5 1 ? 9 85 Pertama
Lada Revolution Russia Maxmotor-Ulianovsk 14 10 5 6 9 ? Pertama
2006 Euroseries 3000 Euronova 17 4 0 2 9 72 Ke-3
GP2 Series DPR 8 0 0 0 0 0 Ke-28
F3000 International Masters Charouz Racing System 2 0 1 0 0 0 Ke-29
2007 GP2 Series Campos Grand Prix 21 1 0 0 1 21 Ke-13
2008 GP2 Series Barwa International Campos Team 20 1 0 1 3 39 Ke-7
GP2 Asia Series 10 1 1 0 4 33 Ke-3
2008–09 GP2 Asia Series Barwa International Campos Team 11 1 0 0 3 28 Ke-5
2009 GP2 Series Barwa Addax Team 20 2 2 1 7 75 Ke-2
2010 Formula Satu Renault F1 Team 19 0 0 1 0 27 Ke-13
2011 Formula Satu Lotus Renault GP 19 0 0 0 1 37 Ke-10
2012 Formula Satu Caterham F1 Team 20 0 0 0 0 0 Ke-19

Keputusan lengkap Formula Satu

sunting

(Kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2010 Renault F1 Team Renault R30 Renault RS27-2010 2.4 V8 BHR
Ret
AUS
Ret
MAL
Ret
CHN
7
ESP
11
MON
13
TUR
15
CAN
17
EUR
14
GBR
13
GER
10
HUN
5
BEL
9
ITA
13
SIN
11
JPN
Ret
KOR
Ret
BRA
16
ABU
6
Ke-13 27
2011 Lotus Renault GP Renault R31 Renault RS27-2011 2.4 V8 AUS
3
MAL
17
CHN
9
TUR
8
ESP
11
MON
Ret
CAN
5
EUR
15
GBR
12
GER
10
HUN
12
BEL
9
ITA
Ret
SIN
17
JPN
9
KOR
Ret
IND
11
ABU
13
BRA
10
Ke-10 37
2012 Caterham F1 Team Caterham CT01 Renault RS27-2012 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
16
CHN
18
BHR
16
ESP
17
MON
Ret
CAN
19
EUR
13
GBR
DNS
GER
16
HUN
19
BEL
14
ITA
15
SIN
19
JPN
17
KOR
16
IND
17
ABU
16
USA
17
BRA
11
Ke-19 0

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Benson, Andrew (17 Februari 2012). "Vitaly Petrov mengantikan Jarno Trulli di Caterham pada tahun 2012". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 22 Disember 2012.
  2. ^ "Button menang di Melbourne". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 18 Mac 2012. Dicapai pada 22 Disember 2012.
  3. ^ "Rosberg menang di Shanghai". Formula1.com. F1 Group. Dicapai pada 15 April 2012.
  4. ^ "magnificent Maldonado meletakkan Williams di atas". Formula1.com. F1 Group. Dicapai pada 13 Mei 2012.
  5. ^ "Webber menjadi pemenang keenam". Formula1.com. F1 Group. Dicapai pada 27 Mei 2012.
  6. ^ "Pemenang ketujuh; Hamilton di Canada". Formula1.com. F1 Group. Dicapai pada 10 Jun 2012.
  7. ^ "Alonso menang di Valencia". Formula1.com. F1 Group. Dicapai pada 24 Jun 2012.
  8. ^ "Petrov akan berada di petak permulaan di Grand Prix Sochi 2014". RT.com. RT.com. Dicapai pada 26 November 2012.

Pautan luar

sunting