Virus Zika virus /ˈzkə, ˈzɪkə/[1][2][3][4] (ZIKV) adalah virus ahli keluarga Flaviviridae dan genus Flavivirus, yang disebarkan oleh oleh nyamuk Aedes aktif-siang, seperti A. aegypti dan A. albopictus. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an. Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi,[5] dimana ia dirawat melalui rehat[6] dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Namanya berasal dari Hutan Zika di Uganda , di mana virus pertama kali diasingkan pada tahun 1947.[7] Virus Zika berkaitan dengan penyakit demam denggi, demam kuning, Ensefalitis Jepun, dan virus Nil Barat.[5]

Virus Zika
Aedes aegypti merupakan vektor yang membawa virus Zika
Pengelasan virus
Group:
Kumpulan IV ((+)ssRNA)
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Virus Zika

Pada 2014, virus ini merebak ke timur merentasi Lautan Pasifik ke Polinesia Perancis, kemudian ke Pulau Easter dan pada tahun 2015, ia merebak ke Amerika Tengah, Caribbean dan kini ia merebak ke Amerika Selatan sebagai satu wabak besar.[8] Pada Januari 2016, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan panduan perjalanan bagi negara-negara terjejas, termasuklah panduan langkah berjaga-jaga yang dipertingkatkan dan pertimbangan untuk menangguhkan perjalanan serta panduan untuk wanita hamil.[9][10] Agensi-agensi kesihatan dan pemerintah lain turut mengeluarkan amaran yang serupa,[11][12][13][14] manakala negara-negara seperti Colombia, Ecuador, El Salvador dan Jamaica, menasihati wanita untuk menangguhkan kehamilan sehingga risiko mengenai virus tersebut dapat lebih diketahui.[12][15].Pakar perubatan sedang bertungkus lumus dalam mencari vaksin bagi virus ini

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Zika Virus in the Caribbean di YouTube
  2. ^ How to Pronounce Zika virus di YouTube
  3. ^ "How to pronounce Zika: HowToPronounce.com". HowToPronounce.com.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama eid14
  5. ^ a b "Zika virus infection". ecdc.europa.eu. Dicapai pada 18 Januari 2016.
  6. ^ "Symptoms, Diagnosis, & Treatment". Zika Virus. DVBD, NCEZID, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
  7. ^ "ATCC Product Sheet Zika virus (ATCC® VR84TM) Original Source: Blood from experimental forest sentinel rhesus monkey, Uganda, 1947". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-03. Dicapai pada 4 February 2016.
  8. ^ McKenna, Maryn (13 Januari 2016). "Zika Virus: A New Threat and a New Kind of Pandemic". Germination. Dicapai pada 18 Januari 2016.
  9. ^ "Zika Virus in the Caribbean". Travelers' Health: Travel Notices. Centers for Disease Control and Prevention. 15 January 2016.
  10. ^ Petersen, Emily E.; Staples, J. Erin; Meaney-Delman, Dana; Fischer, Marc; Ellington, Sascha R.; Callaghan, William M.; Jamieson, Denise J. "Interim Guidelines for Pregnant Women During a Zika Virus Outbreak — United States, 2016". Morbidity and Mortality Weekly Report. 65 (2): 30–33. doi:10.15585/mmwr.mm6502e1.
  11. ^ "Zika virus: Advice for those planning to travel to outbreak areas". Berita ITV. 22 Januari 2016. Dicapai pada 24 Januari 2016.
  12. ^ a b "Pregnant Irish women warned over Zika virus in central and South America". Radio dan Televisyen Ireland. 2016-01-22. Dicapai pada 2016-01-23.
  13. ^ Nina Burton (24 Januari 2016). "Zika virus prompts travel warning for Kiwis". 3News, New Zealand. Dicapai pada 24 Januari 2014. Pemerintah New Zealand mengikuti cara Britain. Nasihat rasmi menyarankan agar mana-mana wanita yang hamil atau merancangnya dalam waktu dekat untuk menunda perjalanan ke negara-negara yang terkesan dengan virus Zika
  14. ^ "Zika: Olympics plans announced by Rio authorities". BBC. 24 Januari 2016. Dicapai pada 24 Januari 2016. Pihak berkuasa Rio de Janeiro telah mengumumkan pelan untuk mencegah penyebaran virus Zika ketika Sukan Olimpik lewat tahun. ... Agensi-agensi kesihatan Amerika Syarikat, Kanada dan EU telah mengeluarkan amaran yang mengatakan wanita hamil perlu mengelakkan perjalanan ke Brazil dan negara-negara lain di Amerika yang disahkan mempunyai Zika
  15. ^ "Zika virus triggers pregnancy delay calls". BBC. 23 Januari 2016. Dicapai pada 23 Januari 2016.

Pautan luar

sunting