Vikuna
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Wikunya
Wikunya (Quechua: wik'uña , Sepanyol: vicuña[1]) atau nama saintifik ia Vicugna vicugna merupakan salah satu daripada dua haiwan jenis unta yang wujud bersama guanako di Banjaran Andes merentasi Amerika Selatan. Spesies ini merupakan saudara llama, dan sekarang dipercayai sebagai nenek moyang liar kepada alpaka.
Wikunya | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | |
Spesies: | V. vicugna
|
Nama binomial | |
Vicugna vicugna (Molina, 1782)
|
Taburan dan habitat
suntingVikuna hidup khususnya di Amerika Selatan, terutamanya di tengah kawasan pergunungan Andes. Haiwan ini boleh ditemui secara semulajadinya di Peru (juga sebagai haiwan kebangsaan negara tersebut), barat laut Argentina, Bolivia (negara yang mempunyai populasi terbanyak) serta utara Chile. Terdapat juga sebuah populasi kecil vikuna yang diperkenalkan di tengah Ecuador.
Haiwan ini hidup di kawasan beraltitud 3200 hingga 4800 meter dari paras laut. Mereka memakan rumput di lapangan pergunungan Andes pada waktu siang dan bermalam di landaian gunung-gunung tersebut. Sinaran matahari dapat melepasi atmosfera nipis habitat vikuna pada waktu siang tetapi cuaca di persekitaran ini boleh menjadi sejuk yang melampau pada waktu malam; bulu lebatnya yang lembut yang memerangkap udara panas pada badan ia adalah suatu cara haiwan ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian.
Tabiat
suntingVikuna bersifat pemalu dan sering mengelakkan diri daripada penceroboh, disebabkan oleh pendengarannya yang tajam.
Ia hidup berkumpulan di mana satu kawanan itu boleh terdiri daripada seekor jantan, 5 hingga 15 ekor betina serta anak-anak mereka. Setiap kawanan vikuna mempunyai kawasan yang tersendiri meliputi sebanyak 18 km persegi maksimumnya, bergantung kepada ketersediaan makanan yang ada.
Rujukan
sunting- ^ "vicuña". Diccionario de la lengua española. Real Academia Española. Dicapai pada Sep 26, 2023.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons ada media yang berkaitan: |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Vikuna |
- Viva Vicuña. Light & Shadow. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-15. Dicapai pada 2020-07-21. - sebuah filem dokumentari mengenai haiwan ini di pergunungan Andes
- "The Vicuna: the precious treasure of the Andes". Alpaca Fiber News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-21.
- Bayly Letts, Andres; Pasquel Rodríguez, Enrique (Summer 2006). "Privaticemos las vicuñas: Cómo Eliminar el Peligro de Extinción y Aprovechar su Potencial Económico" [Privatize the vicunas: How to Eliminate the Danger of Extinction and Take Advantage of its Economic Potential] (PDF). Revista de Economía y Derecho (dalam bahasa Spanish). 3 (9): 69–80. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 March 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)