Theodore Roosevelt
Theodore Roosevelt, Jr. (Jawi: ثيئدور روزۏيلت⹁ جونيئر ; 27 Oktober 1858 – 6 Januari 1919) atau dikenali dengan T.R. dan di kalangan masyarakat dikenali dengan Teddy (walaupun beliau sendiri tidak menyukai nama panggilan ini) adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 (1901–1909). Beliau menggantikan presiden William McKinley yang dibunuh, lalu dipilih sebagai presiden. Pada usia 42 tahun, Roosevelt ialah presiden Amerika Syarikat yang termuda. Roosevelt ialah ahli Republikan.
Theodore Roosevelt ثيئدور روزۏيلت جونيئر | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat Ke-26 | |
Dalam jawatan 14 September 1901 – 4 Mac 1909 | |
Naib Presiden | Tidak Ada (1901-1905) Charles Warren Fairbanks (1905-1909) |
Didahului oleh | William McKinley |
Digantikan oleh | William Howard Taft |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 27 Oktober 1858 Gramercy, Manhattan, Bandaraya New York, New York, A.S. |
Mati | 6 Januari 1919 Oyster Bay, New York |
Kewarganegaraan | Amerika |
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Alice Hathaway Lee Roosevelt Edith Roosevelt |
Tandatangan | |
Ketika tempoh pertama, beliau tidak melantik naib presiden, namun pada tempoh kedua beliau melantik Charles W. Fairbanks sebagai naib presiden. Presiden ini merupakan dekat presiden Franklin Delano Roosevelt yang lebih terkenal. Nama boneka mainan beruang Teddy, dinamakan sempena nama Roosevelt kerana dahulu,pada saat beliau berburu, beliau enggan membunuh seekor anak beruang.
Theodore Roosevelt adalah Presiden Amerika Syarikat yang Ke-26. Berkhidmat dua tempoh jawatan iaitu dari tahun 1901 hingga 1909. Sebelum menjadi presiden Roosevelt adalah naib presiden di bawah Presiden William McKinley.
Theodore Roosevelt dilahirkan di kota New York pada 27 Oktober 1858. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana.
Awal kerjaya
suntingSebelum menjadi presiden, Theodore Roosevelt telah berpengalaman luas. Ia pemah menjadi anggota Parlimen New York, anggota Jabatan Kepegawaian Pemerintah Amerika Syarikat, Ketua Dewan Polisi New York, Leftenan Kolonel dalam perang Sepanyol-Amerika, Gabernor New York, dan Wakil Presiden Amerika.
Masa kepresidenan
suntingPada 1901 sewaktu Presiden William Mckinley meninggal dunia akibat tembakan seorang pengganas.
Ketika itu, ia menjadi Presiden Amerika yang termuda dalam sejarah Amerika Syarikat.
Sebagai Presiden, Theodore Roosevelt berpendirian bahawa pemerintah hendaklah;
- Menjadi penengah antara faktor-faktor ekonomi yang bertentangan di Amerika, terutama antara golongan majikan dan buruh.
- Menjamin keadilan bagi setiap orang dan tidak berat sebelah.
Dan presiden sebagai "pemimpin rakyat" harus mengambil tindakan apa sahaja demi kepentingan rakyat kecuali tindakan-tindakan yang dengan tegas dilarang hukum atau Konstitusi.
Presiden Theodore Roosevelt menjaga supaya perusahaan-perusahaan besar jangan sampai mempermainkan politik dan ia memaksakan pembubaran perusahan-perusahaan besar, kerana melanggar undang-undang antimonopoli.
Ia dengan lebih giat melibatkan Amerika Syarikat dalam politik antarabangsa. Ia sering mengutip sebuah peribahasa,
Berbicaralah dengan lemah lembut, tapi jangan lupa membawa pentungan yang besar
Ia tegas dalam pendiriannya bahawa negara-negara asing tidak boleh membangunkan pangkalan di Carribean, dan Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang boleh mencampuri urusan negara-negara Amerika lain.
Pada 1905 Presiden Theodore Roosevelt menenangi hadiah Nobel Perdamaian kerana mendamaikan Rusia dan Jepun yang sedang berperang. Ia juga merupakan presiden Amerika Syarikat yang pertama yang menggunakan Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa di Den Haag, Belanda.
Beberapa hasil usaha Presiden Theodore Roosevelt yang paling mengesankan adalah;
- Bidang pemeliharaan alam; dengan
menambah luas tanah-hutan negara di bagian barat Amerika dalam jumlah yang besar.
- Bidang kepentingan umum; dengan mengadakan proyek-proyek irigasi besar.
Kehidupan peribadi
suntingRoosevelt mencintai alam dan menganjurkan kehidupan keras.
Theodore Roosevelt adalah saudara jauh Presiden Franklin Roosevelt, Presiden Amerika yang ketiga puluh dua, dan paman Nyonya Eleanore Roosevelt.
Dengan isteri pertama ia mempunyai seorang puteri, empat tahun setelah pernikahan mereka, isterinya meninggal dunia. Pada pernikahannya yang kedua ia dianugerahi empat orang putera dan seorang puteri.
Setelah meninggalkan Rumah Putih, ia pergi ke Afrika melihat-lihat alam terbuka.
Setelah masa kepresidenan
suntingRoosevelt menjalankan dua masa jawatan dari 1901 sampai 1909. . Sekembalinya dari Afrika pada 1912 , ia berusaha menjadi Presiden kembali. Namun kerana ia telah keluar dari Parti Republik, parti aslinya, ia tampil sebagai calon Presiden parti yang dibentuknya sendiri.
Sewaktu berkempen, seorang fanatik menembaknya di dada, tapi ia sembuh kembali.
Ia dikalahkan dalam pemilihan tahun itu oleh Woodrow Wilson.
Ia meninggal dunia pada 1919.
Salasilah
sunting
Didahului oleh Frank S. Black |
Gabenor New York 1899 - 1901 |
Diikuti oleh: Benjamin B. Odell, Jr. |
Didahului oleh Garret Hobart |
Calon Wakil Presiden Parti Republik 1900 (menang) |
Diikuti oleh: Charles W. Fairbanks |
Didahului oleh Garret Hobart |
Naib Presiden Amerika Syarikat 4 Mac 1901 - 14 September 1901 |
Diikuti oleh: Charles W. Fairbanks |
Didahului oleh William McKinley |
Presiden Amerika Syarikat 14 September 1901 - 4 Mac 1909 |
Diikuti oleh: William Howard Taft |
Didahului oleh William McKinley |
Calon Presiden Parti Republik 1904 (menang) |
Diikuti oleh: William Howard Taft |
Didahului oleh – |
Calon Presiden Parti Progresif 1912 (kalah) |
Diikuti oleh: – |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Theodore Roosevelt |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Theodore Roosevelt. |