Vereinsthaler Mecklenburg
Vereinsthaler Mecklenburg ialah mata wang bagi dua buah Kawasan Pemerintahan Grand Duke, iaitu Mecklenburg-Schwerin dan Mecklenburg-Strelitz antara 1857 hingga 1873. Ia menggantikan Thaler Mecklenburg pada tara dan kemudian digantikan pula dengan Mark pada kadar 1 Vereinsthaler = 3 Mark. Vereinsthaler Mecklenburg dibahagikan kepada 48 Schillinge, dengan setiap Schillinge bernilai 12 Pfenninge.