Anjing pemburu rusa pampas

baka anjing dari Brazil
(Dilencongkan daripada Veadeiro pampeano)

Anjing pemburu rusa pampas[a] ialah satu baka anjing pemburu Brazil; ia juga terdapat di Argentina dan di Uruguay. Ia lazim di Brazil. Di sana, ia pertama kali diiktiraf oleh sebuah kelab kenel kebangsaan.[1] Anjing ini digunakan untuk menjejak, menangkap, dan memburu rusa (rusa pampas). Ia masih menjadi rakan pemburu yang lebih diutamakan untuk menjejaki haiwan lain, seperti babi hutan.

Pampas Deerhound
Nama lain
  • Anjing pemburu rusa gauco
  • Bianchini
Negara asalBrazil
Trait
Berat 20 kg (44 lb) hampir-hampir
Tinggi 47–59 cm (19–23 in)
Warna putih, perang kekuning-kuningan singa
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu rusa pampas berasal daripada zuriat yang berbeza daripada anjing pemburu rusa kebangsaan, walaupun terdapat persamaan kedua-dua nama. Kedua-dua baka diiktiraf di Brazil oleh SOBRACI sebagai baka berlainan antara satu sama lain.[2]

Sejarah

sunting

Anjing pemburu rusa pampas pada asalnya dikenali sebagai veadeiro, cervero, atau bianchini (yang memaksudkan "keputihan, putih, atau pucat" dalam bahasa Itali). Ciri-ciri baka anjing ini telah kekal stabil sejak sekian lama kerana program pembiakbakaan dalam sesama anjing yang mempamerkan trait perburuan yang diingini.[1] Pada tahun 2000, berkat usaha mendiang Carlos Lafaiete Seibert Bacelar, baka anjing ini akhirnya diberi pengiktirafan rasmi oleh Confederação Brasileira de Cinofilia (CBKC).[3] Walau bagaimanapun, ia masih belum diiktiraf oleh mana-mana kelab kennel Uruguay atau Argentina. Buat masa ini, para pembiak baka Brazil bagi baka anjing ini sedang dalam proses pemerolehan pengiktirafan daripada FCI.[4]

Asal usul

sunting

Asal usul veadeiro diselubungi oleh misteri kerana bukti tidak dapat tersimpul. Walau bagaimanapun, terdapat dua hipotesis yang bangkit sebagai yang paling berkemungkinan. Yang pertama menganggap bahawa anjing ini ialah keturunan sekelompok anjing primitif, seperti podengo atau podenco Ibiza, yang telah dibawa ke Amerika Selatan semasa Brazil dan Uruguay merupakan jajahan Portugis.[3] Kemudian, anjing ini dibawa ke sempadan Argentina oleh pemburu. Anjing primitif ini digunakan secara meluas untuk perburuan sara diri di kawasan luar bandar. Ia akhirnya menyesuaikan diri terhadap iklim baharu dan melalui pembiakbakaan silang, zuriat baharu berasal. Pembiakbakaan terpilih oleh pemburu mungkin telah menyumbang ke arah evolusi baka ini dan perkembangan beransur-ansur bagi traitnya. Kajian yang dijalankan oleh Carlos Bacelar mendedahkan bahawa sekeluarga pembiak baka anjing pemburu rusa pampas mula membiakbakakan veadeiro untuk perburuan sejak sehingga empat generasi lalu.[3]

Hipotesis kedua ialah bahawa baka anjing ini berasal dari Amerika Selatan. Hipotesis ini disokong oleh fakta bahawa anjing ini ialah unsur lazim di beberapa buah wilayah di Brazil, terutamanya di selatan dan di tengah-barat, dan juga di bahagian tertentu di Argentina utara dan Uruguay utara.[3] Di rantau pampas ketiga-tiga negara ini, nama rasmi anjing pemburu rusa pampas diterima pakai kerana kehadiran baka ini dipercayai terbatas hanya di rantau pampas gauco dan sehingga tahap lebih rendah di pampas Argentina dan Uruguay. Kehadiran meluasnya kemudian dicatatkan di wilayah lain di Brazil.[3] Kebanyakan spesimen yang telah didapati mengakuri piawaian unggul bertakrif sedang dikenal pasti melalui mikrocip. Ini diharapkan dapat membantu untuk mewujudkan susur galur pasti yang dibentuk oleh pasangan tidak berkaitan. Ini seterusnya membantu dalam membentuk salasilah keluarga baka ini yang merupakan prasyarat untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa.[4]

Terdapat sesetengah persamaan antara anjing pemburu rusa pampas dengan anjing Rajapalayam yang berasal dari rantau senama di India. Brazil sebelum ini ialah tanah jajahan Portugal. Pada masa sama, India mempunyai rantau tertentu di bawah penguasaan Portugis selama berabad-abad. Ini membentuk sebahagian daripada laluan perdagangan laut utama yang menghubungkan benua dan, dengan itu, menjelaskan kehadiran variasi baka anjing ini di Brazil.

Kegunaan sebagai anjing pemburu

sunting

Semasa berburu, anjing pemburu rusa pampas ialah pengejar tanpa henti yang tidak gentar dengan halangan. Ia merupakan penghidu cemerlang. Selepas mengenal pasti jejak, anjing tersebut dapat mengikuti mangsa tanpa henti dan tanpa rehat, walaupun mengambil masa dua hari untuk menjejak.[1] Selepas menemukan mangsanya, anjing ini menumbangkan dan membawa mangsa kepada pemburu. Jika atas sebab tertentu anjing tersebut tidak dapat menumbangkan mangsanya, ia memerangkap sasaran sehingga berada dalam jangkauan pemburu.[1] Sepanjang tempoh perburuan, anjing ini dapat melolong atau mengeluarkan bunyi berlainan untuk setiap situasi: satu ketika menemukan jejak, satu lagi semasa kehilangan jejak, dan satu lagi apabila ia hampir dengan mangsa.[1] Anjing ini dapat memburu bersendirian, berpasangan, dalam kawanan,[1] atau dengan pemiliknya. Ia merupakan pemburu hebat dan kerap digunakan untuk memburu rusa dan babi hutan. Memandangkan ia agak tangkas, ia juga dapat memburu kelinci dan tikus belanda Brazil.[1]

Oleh sebab keupayaannya untuk berburu dalam kawanan, anjing ini mempunyai sikap pendiam[5] dan ia juga merupakan teman sangat baik. Ia dihargai kerana sangat jinak dan ramah dengan kanak-kanak[1] kerana ia menunjukkan kesabaran dan kekal tenang dalam kehadiran kanak-kanak aktif.[3] Ia juga sangat terikat dengan pemiliknya dan merupakan pengawas cemerlang yang akan menyedarkan tuannya tentang kehadiran orang asing dengan menyalak.[1] Walaupun kecerdasan dan ketangkasan baka ini, dalam sesetengah kes, telah dihargai dalam konteks kegiatan seperti penggembalaan biri-biri dan lembu, ia masih dianggap mempunyai aptitud sedia ada untuk berburu.

Penampilan

sunting

Dengan saiz sederhana dan tungkai panjang serta otot baik (yang menunjukkan kekuatan dan ketahanan), baka anjing ini langsing tanpa kelihatan sangat kurus dan terbina secara fisiologi untuk kelajuan.[3] Ekor terangkat rendah-rendah, dengan panjang yang tidak melebihi paras keting. Sesetengah anjing mungkin mempunyai jumbai kecil ke arah bahagian bawah ekor.

Hidungnya mungkin berwarna hitam, perang, atau hati dan muncungnya sama panjang dengan tengkorak dengan stop tidak terlalu ketara. Telinganya runcing, bengkok ke arah belakang (telinga mawar), dan tegak apabila berjaga-jaga. Matanya berwarna kehijau-hijauan atau hazel dan mungkin mempunyai cahaya warna berlainan.[5]

Lapis bulunya adalah tunggal dengan helaian bulu yang pendek, lurus, padat, dan kasar, tanpa sebarang lapis bulu bawah dan tidak berbau.[1] Ia dapat terdiri daripada warna perang kekuning-kuningan singa hingga cahaya warna perang kekuning-kuningan cerah dan putih,[5] warna-warna terakhir ini merupakan yang paling lazim. Walaupun warna-warna ini mungkin padu, mungkin juga terdapat tanda kecil atau besar pada lapis bulu putih. Anjing ini mungkin mempunyai tanda putih di sekeliling lehernya dan tanda putih pada dada dan tungkainya.[5]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روسا ڤمڤس; Portugis: veadeiro pampeano; bahasa Inggeris: pampas deerhound

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j Marcos Pennacchi (diretor editorial), Revista Cães & Cia nº 322, Editora Forix, 2006, reportagem Cães fora de série Veadeiro Pampeano (dalam bahasa Portugis).
  2. ^ SOBRACI - Piawaian anjing pemburu rusa kebangsaan (dalam bahasa Portugis) Diarkibkan 7 November 2016 di Wayback Machine
  3. ^ a b c d e f g Andrea Calmon (jornalista responsável), Almanaque Cães & Raças 2009 (dalam bahasa Portugis), Editora On-Line, 2009
  4. ^ a b Marcos Pennacchi (director editorial), Revista Cães & Cia nº 293, Editora Forix, 2003, reportage especial Novas Raças Brasileiras (dalam bahasa Portugis).
  5. ^ a b c d CBKC - Confederação Brasileira de Cinofilia, (2010), Sergio Meira Lopes de Castro, Adonize Bonetto, Piawaian Rasmi Anjing Pemburu Rusa Pampas (dalam bahasa Portugis). <http://cbkc.org/application/views/docs/padroes/padrao-raca_226.pdf> Dicapai pada 25 Mac 2024.

Pautan luar

sunting