Vanu Gopala Menon (lahir pada 8 September 1960) ialah diplomat di Singapura. Beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia sejak 2014. Sebelum itu, beliau pernah mewakili Singapura ke beberapa perwakilan Singapura di luar negara seperti, Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Wakil Tetap Singapura ke PBB di Geneva, dan Duta Besar Singapura ke Turki.

Tuan Yang Terutama

Vanu Gopala Menon

P.P.A (Emas), P.P.A.(Perak)
Vanu Gopala Menon (kiri) pada 2013
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia
Memegang jawatan
2014
Dilantik olehTony Tan Keng Yam
Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York
Dalam jawatan
2004–2011
Dilantik olehS.R.Nathan
Duta Besar Singapura ke Turki
Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva
Dalam jawatan
2001–2004
Dilantik olehS.R.Nathan
Butiran peribadi
Lahir (1960-09-08) 8 September 1960 (umur 64)
PasanganJayanthi Menon
Anak-anak1 orang anak lelaki & 1 orang anak perempuan
Alma mater
  • Universiti Kebangsaan Singapura
  • Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London, Universiti London, United Kingdom

Kerjaya

sunting

Menon menyertai Kementerian Ehwal Luar Singapura pada Jun 1985. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Perutusan Tetap Singapura di New York dari Mac 1988 hingga April 1991. Beliau turut menjadi kaunselor dan kemudiannya menteri kaunselor di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dari November 1994 hingga November 1997.[1]

Selepas itu, beliau kembali berkhidmat di kementerian. Beliau dilantik sebagai penolong pengarah kanan Jabatan Dasar, Perancangan dan Penilaian pada Disember 1997, dan kemudian menjadi pengarah.[1]

Pada Disember 2001 hingga Ogos 2004, beliau telah berkhidmat sebagai Wakil Tetap Singapura ke PBB di Geneva, dan dalammasa yang sama berperanan sebagai Duta Besar Singapura ke Turki.[2] Pada November 2004, beliau dilantik pula sebagai Wakil Tetap Singapura ke PBB di New York merangkap Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Kanada.[1][3]

Dari Ogos 2011 hingga Oktober 2014, beliau dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Kementeria Ehwal Luar Singapura. Beliau juga menjadi Duta Besar Bukan Residen ke Kesatuan Afrika dari April 2013 hingga Oktober 2014 dan secara serentak menjadi Duta Besar Singapura ke Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia dari Ogos 2013 hingga Oktober 2014.[4]

Pada Oktober 2014, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia.[4]

Pendidikan

sunting

Menon mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Singapura, mengambil sarjana muda dalampentadbiran perniagaan pada 1985. Beliau menyambung pengajian dengan biasiswa Raffles ke Sekolah Ekonomi London dan memperoleh sarjana sains dalam hubungan antarabangsa pada 1994.[4]

Kehidupan peribadi

sunting

Menon dilahirkan pada 8 September 1960. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Jayanthi Menon dan dikurniakan sepasang anak.[2][5]

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Singapura
    • Pingat Perkhidmatan Awam (Emas) - 2009
    • Pingat Perkhidmatan Awam (Perak) - 2001

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "NEW PERMANENT REPRESENTATIVE OF SINGAPORE PRESENTS CREDENTIALS | Meetings Coverage and Press Releases". press.un.org. Dicapai pada 2024-10-01.
  2. ^ a b "New Permanent Representative of Singapore Presents Credentials". un.org. September 16, 2004. Dicapai pada November 7, 2010.
  3. ^ "Ambassador of Singapore Vanu Gopala Menon to Speak at Adelphi on April 27". events.adelphi.edu. March 30, 2010. Dicapai pada November 7, 2010.
  4. ^ a b c "MFA Press Statement Appointment of Singapores High Commissioner to Malaysia NonResident Ambassador t". www.mfa.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-01.
  5. ^ [2014-Oct-29] MFA Press Statement: Appointment of Singapore's High Commissioner to Malaysia, Non-Resident Ambassador to the African Union and Non-Resident Ambassador to the Democratic Republic of Timor-Leste, mfa.gov.sg, diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-19, dicapai pada September 19, 2017